Walaupun agak lewat saya ingin juga menotakan untuk diri sendiri terutamanya sedikit peringatan untuk meneruskan kehidupan di 1431H supaya waktu umur di tahun ini menjadi lebih bermakna dan insyaallah mendapat keredhaanNya.
Imbas kembali bagaimana kita memulakan tahun 1431H dan 2010 ini….. di Malam Jumaat 1 Muharram 1431H, segelintir umat Islam memenuhi ruangan solat masjid untuk mengisi masa dengan doa, zikir, membaca al-Qur’an dan amalan2 sunat yang lain. Kita membaca doa akhir tahun 1430H dan doa awal tahun 1431H walaupun segolongan daripada kita mendakwa amalan sedemikian (doa specific untuk akhir dan awal tahun) bukanlah dari amalan yg diamalkan oleh junjungan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Kita tinggalkan hal itu untuk perbincangan dikala lain. Di tonjolkan juga beberapa pemimpin negara mengunjungi ruang solat untuk beribadat. Saya kurang pasti tujuan sebenar tetapi kita bersangka baik dan bersyukur kerana masih ada di kalangan para pemimpin yang menampilkan teladan yang baik kepada masyarakat awam spt kita.
Di malam Jumaat seterusnya, 25 Disember segolongan besar juga muda-mudi Melayu (di lahirkan Islam) menjamu selera dengan bersuka ria sambil menonggak air kencing syaitan di merata kelab hiburan di kota, dan di malam Jumaat 1 Jan 2010, kemuncaknya, bertempik bersorak terkinja-kinja, terloncat-loncat (terlondeh), anak2 muda, tua, atuk dan nenek (seorang ditangkap khalwat) menyambut malam sambutan yg tiada kena mengena dengan Islam yg dianuti…. JAIS melaporkan sebanyak 52 pasangan (104 orang jika semuanya satu lelaki satu wanita) ditangkap (dan berapa ramai yg lolos?) Dan yang sangat menduka citakan saya, para pemimpin negara juga bersama2 menyambut malam 1 Jan yang tiada kena mengena dengan ajaran agama kita pun…pemimpin yang sama dengan sayu sugul menyertai sambutan 1 Muharram yang lalu….
Satu persoalan timbul dibenak saya, selepas Tsunami besar Dis 2006, sambutan 1 Jan 2007 di sambut dengan solat hajat dan majlis2 ibadah serta dalam suasana sugul, dengan gaya berperasaan ‘kerdil’. Tetapi derita, kesugulan, kesedihan Tsunami 2006 hanya tinggal kenangan sedih di kalangan ahli keluarga mangsa, tidak lagi di kalangan masyarakat dan pemimpin. Apakah kita hanya akan rasa insaf, sayu, rasa ‘kerdil’ apabila di timpa bencana seumpama tsunami 2006? Di masa kita tengah senang lenang ini cubalah sekali sekala ziarah ke kuburan, singgah ke rumah rawatan, ke rumah anak2 yatim, lihat sendiri kekerdilan kita, timbulkan rasa ‘kesyukuran yang amat’ akan Rahmat Allah takkala ramai yang lain menderita…emosi ni.
Semoga, hari2 mendatang, akan terus menjadi hari yang lebih baik buat kita semua. Antara doa dan harapan saya di 1431H ini ialah semoga cerdik pandai ahli2 agama di negara kita bertindak berlandaskan ilmu yang mereka ada bukan di atas emosi semasa mereka. Bersama2 kita meningkatkan martabat agama tercinta, insyaallah yg lain akan datang serta. Semoga bertambah2 ukhwah sesama kita, walaupun berlainan pendapat, tetapi dapat kita kengkang perbezaan dan pupuk kecintaan persaudaraan, tanpa perlu saman menyaman, tanpa perlu kutuk mengutuk, tanpa perlu caci mencerca, dan tanpa perlu mengadu domba. Amin






Amin……. moga-moga diperkenankan….
ameennnn…
gitewww
huhuhu
Semoga ………… semoga
dan ianya bermula dari setiap dari kita
Aminnnn
Salam.
Saya sangat suka doa yang anda kaler kan hijau itu.
Juga suka catatan di sini.
salam kembali Iris.
semoga kita sama2 aminkan yg terbaik untuk hari2 mendatang.
berbesar hati jika tulisan saya memanafaatkan pembaca budiman.
aminnnn…
masuk tahun baru, tengok local news,,, sedih, sebak, senak ulu hati, urut2 dada, dan terus menanti apa kesudahannya bahana ‘keterbukaan’ kita….
salam ziarah …amin…smg Allah maqbulkn doa kita…. emm x clp ana tsunami besar2 berlaku 26 disember 2004….
salam ziarah… amin… smg doa’ kita di maqbul Allah…klo x silap ana tsunami berlaku 26 disember 2004… wallahua’lam…