Semakan terakhir dari akhbar2 harian berterusan di paparkan dengan komentar pelbagai pihak berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain selain Islam dalam penyebaran fahaman terseleyeng mereka. Penulis bukanlah berlatar belakangkan undang2 untuk menyerbu masuk ke dalam perbincangan awam berkenaan isu yang telah jelas dan nyata dan telah sepi dari arus perdana selama puluhan tahun bumi Malaysia (kini menjadi 1Malaysia). Malas untuk berbicara dengan mereka yg sengaja buat2 tidak faham akan kekacauan, kekeliruan, keamukkan mendatang.
Semakan seterusnya dalam buku rujukan perlembagaan, terbaca “Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ kepada orang Islam untuk tujuan penyebaran agama, tetapi ia boleh digunakan untuk bukan Islam bagi tujuan yang sama”…..??? Bahana bila rujukan sebenar dari Yang Maha Pencipta iaitu Al-Qur’an di sisihkan dan panduan ciptaan manusia dijadikan asas. Saya,,,, agak kaget memikirkan perihal anak2 sendiri yang sedang dibesarkan, dalam suasana seperti sekarang…. hanya harapan doa, solat dan ketaatan kepadaNya sedaya mungkin menjadi timbal balas saya kepada Allah agar kita, ibubapa, anak2, generasi mendatang, mendapat perlindunganNya dari bahana bencana, musibah kerana kealpaan kita.
Seingat saya di zaman kanak2, setiap kali kalimah suci ini tertulis di akhbar atau di mana2 helaian kertas, saya akan terasa takut akan terpijaknya, takut kalau2 acik nasi lemak akan gunakan halaman tersebut buat bungkus nasi lemaknya… kerana hormat kita walaupun sekadar satu patah perkataan, tertulis di halaman akhbar… kini, jikalau kekallah keputusan mahkamah itu maka bukan saja di akhbar secara semborono, malahan di risalah2 edaran di tempat2 yg bukan mengajar untuk kita taat kepada Yang Maha Esa pun akan tercetak, tersebar, terpampang kalimah yang suci bagi kita... hanya sebak dada dan senak ulu hati…







salam Aykay
Mula mula akak ni tak ambik pusing hal ni..sebab blur sangat…tapi bila hari2 keluar kat tv dan akhbar..akak mula baca..cuba faham apa bende yang dia cakap…
lama lama..perasaan nak tau tu memuncak..apa pasal kalimah Allah ni jadi rebutan …
Bila baca blog Dr M dan penjelasan yang dia hurai kan secara terpeinci..baru lah terang mata akak ni…
Ini lah kita takut sangat ni..bila agama kita di perlekeh kan..senang senang je mereka mengguna kan kuasa undang2 untuk merampas hak kita…yang sedih nya tok tok guru kita kemana suara mereka….yang akak dengar mereka merestui pulak cadangan pihak gereja tu mengguna kan kalimah suci kita…
Bangun lah hamba Allah sekelian…kalau bukan kita mempertahan kan agama kita ..siapa lagi…
Makcik ni rela memegang sepanduk berarak membantah penggunaan kalimah Allah ni…
semoga episode ini membuka mata dan minda para pemimpin, sekalian ahli masyarakat beragama Islam, bersatu walaupun dengan ideologi politik dan taqlid mazhad yg berbeza.
the olrascal tu penname suami akak..lupa nak check masa nak send comment tadi..sori..
hihihi, ingatkan ada lagi abg blog yg ingatkan aykay ni makcik blogger…
Salam,
Itulah bahananya 1Malaysia. Bahaya undang-undang Lord Reid.
Saya juga ada menulis tentang itu, boleh ke blog saya.
1Malaysia rasanya boleh telan lagi tapi kalau semua jadi boleh rasanya agak mual lah.. jelek