Dengan lafaz Bismillah saya mulakan blogging setelah lama menyepi, kerana disibukkan dengan pelbagai urusan dunia dan akhirat di hujung Ramadhan 1430H dan di awal Syawal. Diharap kepada semua yang telah menyambut hari kemenangan bermula 1 Syawal sehingga sekarang telah dapat memenuhi segala tuntutan diri, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Tak lupa juga kepada yang kurang bernasib baik, kemeriah Syawal ini sememangnya perlu disambut dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka juga. Dan kepada beberapa rakan yang kehilangan ahli keluarga semasa sambutan Syawal kali ini, di harap dapat bersabar dengan dugaan yg di alami. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan aturanNya adalah yang terbaik.
Imbas kembali sambutan malam 1 Syawal di kampung keluarga isteri tercinta, sungguh berbeza jauh dengan apa yang disarankan oleh guru-guru kuliah. Pesan guru, hidupkan malam Raya nanti sebagaimana saranan Rasulullah s.a.w yang pernah bersabda (sedikit sebanyak maknanya): “Barang siapa yang menghidupkan kedua-dua malam Raya ( Eid dan Ad-ha), maka sesungguhnya Allah janjikan akan hati mereka terus dihidupkan (dengan Nur iman) dikala semua hati-hati akan dimatikan”. Maka dengan perancangan teliti saya mengatur langkah menyediakan diri menanti malam 1 Syawal. Sedih sungguh apabila masjid yang dikunjungi di malam Raya kali ini tidak berapa nak hidup, takbirnya cuma seperti segan-segan, dengan nada pilu (mungkin sudah sebati dgn naluri nusantara), dan sebaik sahaja selesai takbir semua jemaah bangkit pulang. Ramai yang sudah awal-awal lagi pulang ke rumah, berlumba2 membakar mercun berdetum-detum (sampai ada yg berterusan dgn mercun sampai subuh).
Di jalan-jalan di bandaraya itu muda mudi tangkas dengan aksi willy, superman, spiderman dsbnya. Saya cuma agak2 kerana sampai ke pagi kedengaran bunyi motosikal dan kekadang bunyi siren polis peronda mengejar mereka. Memang ‘hidup’ malam raya kali ini, tapi hidup yg bukan kerana kita bersolat tasbih seperti saranan Rasulullah s.a.w, bukan hidup dengan berzikir seperti saranan Baginda Nabi s.a.w.. tetapi ‘hidup’ dengan gaya kita sendiri. Beginilah keadaan manusia di tpt saya bermalam raya tahun ini. Moga2 aktiviti ‘menghidupkan’ malam raya akan datang menjadi lebih baik, menghampiri apa yang disarankan Baginda Nabi s.a.w.
sama lah kat klang ni…malam raya dan pagi raya meletup2 bunyi mercun macam lah raya cina pulak…banyak betul orang melayu ni duit..dalam gawat gawat ni..bersuka ria membakar duit!
Selamat pulang ke rumah dengan selamat…banyak betul orang maut di jalan raya tahun ini…lain kali kena suggest kat menteri pengankutan buat jalan kat udara pulak…
+230 nyawa lenyap di jalanan sepanjang Ops TakBersikap, yg sedihnya ada juga yg tak bersabit juga menjadi mangsa. Ye lah, ajal maut di tentukan Allah, tapi yg menjadi asbabnya kekadang manusia berani mati, sambil naik motor sambil terbang…. mungkin ingat jalan kat udara
Salam Syawal.
Tuan, bolehkah kita bertemu dalam kadar segera ?
salam,
abg Long, kita boleh jumpa time2 syawal ni, ada lagi bau2 raya. saya di shah alam, set je time sesuai, insyaallah jumpa
Malam raya kak jie lain ceritanya…
Masih di bulan Syawal, belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir & batin
kak jie now kena jaga anak2 sorang, tak takut ke?
Assalamualaikum,
Begitulah setiap tahun umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan syawal. Kebanyakkannya langsung tidak mengikut sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
dan yg sedihnya makin hari makin tersasar yg dikampung. Yg di taman bandaraya saya diberitakan lebih baik, dengan amalan takbir dari rumah ke rumah, dengan laungan takbir yg hidup.
Malam raya Tie di kota tinggi… macam dalam perang. Bising bunyi mercun. Suara takbir pulak sayup2… sedih, sebab tak semeriah dulu. Entah mana pergi orang2 di masjid. Ayah Tie keseorangan di masjid…. pilu rasanya.
Kat KayTie sama je, ahli2 masjid pulang awal utk 1) bakar mercun 2) bakar lemang 3) bakar kueh bakar
Macam di surau tempat saya selepas tarawih akan diadakan tazkirah setiap malam. Alhamdulillah hingga ke akhir ramadhan surau penuh.
Pada malam raya pulak ramai yang pergi bertakbir dari rumah ke rumah.
surau mana tu? taman dibandar ke di kampung.
ternyata suasana kehausan untuk mencari ilmu sangat berbeza di bandar2 dan di kampung. masjid / surau terasa sunyi bila pulang ke kampung dan terasa rindu suasana tazkirah dan akrab di masjid bandar.