Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘anak-anak’ Category

Musim cuti akhir tahun 2009 kali ini menjadi lebih ceria daripada kebiasaan. Pertamanya alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Angah dalam UPSRnya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk lebih cemerlang dalam apa2 yg di ceburinya, dari segi duniawi dan ukhrawi. Menjadi lebih mendalam dia dalam amalan hariannya. Keduanya tergerak pula hati untuk membawa semua ahli keluarga bercuti insyaallah dalam sedikit masa nanti, sambil berusaha mengeratkan kasih mesra.

Tanpa banyak soal, Along dan Angah telah memulakan hari-hari kem ibadah mereka di Maahad Tafhiz Al Muqri kelolaan Ustaz Darulzaman. Dengan tujuan untuk memberi tambahan pendedahan kepada keduanya mengenai  akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat serta teknik hafazan al Quran. Teringat pula pesanan guru mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan syiar Islam, dengan berbekalkan ketinggian akhlak Baginda s.a.w sehingga dipuji Allah SWT dengan firmanNya dalam Al-Quran QS. Al-Qalam ayat 4;

 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (more…)

Advertisements

Read Full Post »

Lama saya tidak berpeluang untuk mencatat sebarang nota di sini, kerana tugasan fardhu kifayah demi tanggungjawab sebagai khalifah di bumi sementara ini. Namun peluang mengembara seketika di ambil untuk berkenalan dan mendekati manusia-manusia hebat dalam bidang masing2, dan kesemuanya seperti menjalankan peranan masing2 demi kefardhuan dan demi generasi akan datang.

Sepeninggalan saya terjadi pula beberapa peristiwa di rumah, oleh kerenah anak2 yang sedang meningkat remaja, penuh dengan jiwa ingin mencuba dan memberontak bila di paksa, jiwa yang masih mentah untuk berfikir akan hari2 mendatang dan jiwa yang penuh dengan desakan keasyikkan dunia. Mereka sentiasa ingin mencuba itu dan ini, dan semenjak akhir2 ini desakan isi hati mereka sangat membuak2 sehingga tersanggup mereka melukakan hati2 yang menyayangi mereka tanpa sebarang segi… termasuklah saya. Namun, saya akur dengan dugaan Allah, dan saya bersyukur kerana masih mampu bertahan dengan dugaan kecil ini, sedangkan ada di kalangan hamba2Nya yang sedang bergelumang dengan dugaan hidup yang jauh lebih getir… Sentiasa saya ingatkan diri untuk bersyukur, berdoa agar tidak di bebani dengan bebanan yg tidak sanggup saya hadapi, bebanan yg berat seperti umat2 terdahulu. 

Kata2 pepatah juga ada menyebut; jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya, jika ingin mendidik anak2 biar dari awalnya. Dan mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu didikan anak2 mengikut peringkat umur;

  • 1 hingga 7 tahun : didik cara gurau, manja dan belaian mesra
  • 8 hingga 14 tahun:  didik dengan displin dan tunjuk ajar, rotan (bukan sebat tali pinggang, debik, putung rokok etc)
  • 15 hingga 21 tahun:  didik cara kawan, chit-chat, gosok2 bahu…
  • 21 tahun ke atas: beri kebebasan untuk membuat keputusan dengan pengawasan berterusan

Along & Angah,,, sentiasa ingin mencuba

Along & Angah,,, sentiasa ingin mencuba

Persoalan saya: Adakah dengan berubahnya zaman, teknologi, tahap fitnah dsbnya, keadaan semasa yg mana anak 5 thn sudah boleh belajar merokok (dan lain2 hal buruk) dari TV, internet, bagaimanakah perlu kita adaptasikan pendekatan pendidikan. Sedangkan dalam hadis yg lain Nabi s.a.w pernah bersabda supaya kita mendidik anak2 mengikut zamannya. Saya masih lagi mencari2 penulisan ulama2 muktakhir dalam hal ini. Al-maklum sekarang murid sudah ke sekolah dengan Pistol, dulu kita hanya bawa kalam dan botol minuman…CLICK HERE for more info

Read Full Post »

Salam Jumaat Ramadhan 21 kepada semua.

Sumber nota dari Kitab Imam Habib Abdullah Al Hadad, berkenaan amalan kita yg masih hidup di dunia ini kepada org mati dari kaum keluarganya. Apabila mereka melihat perkara2 yg baik maka mereka pun bergembira dan bersuka, lalu mendoakan agar kita yg masih hidup ini mengamalkannya berterusan dengan istiqamah. Tetapi jika mereka melihat selain dari itu, mereka akan duka cita dan kecewa kepada apa yg mereka saksikan lalu mereka mendoakan agar org2 yg masih hidup supaya mendapat hidayat dan taufiq untuk mengerjakan amal baik dan amal soleh, sesuai dengan sabda Nabi s.a.w;

“Amalan-amalan manusia dihadapkan kepada Allah SWT pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Dan dihadapkan juga kepada para anbiya’ dan kepada para ibu-bapa pada tiap-tiap hari Jumaat, maka mereka akan bergembira melihat kebaikan-kebaikannya, dan wajah-wajah mereka akan bertambah nur. Maka hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allaj, dan jangan sekali-kali mengecewakan harapan orang-orang mati kamu”

Sempena roh Ramadhan yang masih tinggal dengan segala amalan2 baik yg kita lakukan, moga2 kekal istiqamah sehingga SELEPAS Ramadhan, dan di hari Jumaat yang mulia ini, dapatlah ditinggatkan amal baik, semoga mereka yang telah pergi mendapat kebahagian dan kegembiraan. Amin

DSC01243

Read Full Post »

Lama sepi nota kerana terpaksa mengubah jadual harian setelah bibik kami melarikan diri sehari sebelum Ramadhan 1430H tiba. Mungkin perasaannya untuk menyambut Ramadhan bersama ‘keluarga’nya lebih kuat daripada perasaan ingin terus bersama kami sekeluarga. Bersyukur kami suami isteri kerana ketiadaan bibik di sambut dengan keperihatian serta-merta anak-anak akan kerja-kerja rumah, dan masing-masing tangkas membantu ayah ibu menyiapkan kerja rumah mana yang mampu. Tak semena-mena Along dapat menunjuk bakatnya di dapur. Patutlah dalam satu hari koperasi sekolah, dia menjadi chef masak makaroni haritu…. Ada bakat rupanya.

Bibik lari tidaklah satu kes yang pelik lagi. Mengikut pengawal hari Jumaat 30Syaaban itu ada 3 org bibik yg melarikan diri di kawasan phasa saya. Jadi abang polis tidak lansung pelik dengan apa yg berlaku. Tapi cuma terasa sedikit (sangat terasa kepada isteri) kerana bibik lari bersama-sama DUA pasang BAJU RAYA isteri yang masih belum berbayar pun. Kainnya di beli dari kawan yang membawa pulang dari Pakistan. Aduih, marah dan kecewa Isteri bila teringatkan baju rayanya yang di larikan bibik. Itulah aturan Allah, DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga bibik tu insaf dan sedar kesalahannya dan sanggup untuk mohon maaf satu hari nanti. (more…)

Read Full Post »

Minggu lalu kita tersentak dengan pemergian arwah Ust Asri Rabbani ke alam barzakh (semoga Allah mencucuri Rahmat kepada rohnya). Membaca cerita isterinya mengenai hari-hari akhir arwah benar-benar menyentak sanubari saya betapa saya perlu membuat beberapa perubahan drastik dalam dairi kehidupan saya dan keluarga… antaranya; perkara sunat yang perlu di buat namun masih belum saya buat2 sampai ke semalam, iaitu wasiat…. buat isteri, anak-anak, dan ahli keluarga tercinta.

Saya diingatkan oleh seorang guru, bahawa meninggalkan wasiat terutama buat ahli keluarga (anak-anak, isteri..) pada asasnya adalah perkara sunat yang di tuntut. Cuma stigma saya, buat wasiat ni terasa macam nak meninggal dunia je. Al-maklum, terasa sangat hina untuk bertemu dengan si pencabut nyawa, masih belum bersedia, masih kecil bekalan amalnya… Dan buat wasiat ni bukanlah sekadar untuk pembahagian harta tetapi sebaliknya, tinggalkanlah wasiat-wasiat yang berupa pesanan kepada ahli keluarga. Antara pesanan yang di sarankan seperti pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya seperti di firmankan Allah dalam surah Al Luqman. (more…)

Read Full Post »

Dalam perbincangan kitab Tarbiyatul-Awlad Fil-Islam (karangan Abdullah Nasih Ulwan), tiba2 tersangkut pada bab berkhitan untuk anak2, terutama anak2 lelaki kerana anak saya yang berumur 7 tahun itu masih belum bersedia untuk berkhitan katanya. Sedangkan kebanyakan para ilmuan menyatakan bahawa khitan itu wajib ketika si anak menghampiri umur balighnya, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk memenuhi segala tuntutan hukum syariat dan perintah Allah seperti yang digariskan oleh syara’.

Barulah saya didedahkan dengan amalan afdhal, iaitu berkhitan dilakukan pada seawal umur anak, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah khitan. Dulu semasa saya mula mendapat cahaya mata, saya masih diselubungi oleh kepompong kejahilan dan berdegil untuk menunggu umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Sekarang bila sudah 7 tahun umurnya, pandai pula dia bersyarat, hendakkan balasan itu ini, ada specifikasinya pula diletakkan, memilih pula dia cara mana perlu dia dikhitankan. Zaman dah berubah kot. (more…)

Read Full Post »

Dalam menghabiskan minggu pertama cuti sekolah bulan Jun ni tiada kesempatan untuk saya penuhi beberapa permintaan putera2 tercinta yang sebahagiannya tidak berpuas hati untuk hanya bersantai lapang masa dengan ibunda mereka di rumah sementara ayahnya (saya lah tu) sibuk ke sana ke mari menyelesaikan tuntutan negara. Saya sudah aturkan minggu ke dua untuk bercuti-cuti M’sia insyaAllah, tapi biasalah mereka ni mana boleh tahan sabar banyak-banyak.

Apa sebabnya anak2 sekarang ini kurang sabarnya? Kenapa tabiat marah ini kekadang menguasai mereka dan juga menguasai kita? Suka saya rujuk kepada petikan kitab Pendidikan Anak-Anak Islam (Abdullah Nasih Ulwan); katanya, sebelum mencari ubat untuk kemarahan itu adalah perlu untuk memahami sebab2 kemarahan dan sesuaikan ubat dengan sebabnya. Betul sekali kata2 ini, tapi macamana nak tahu sebabnya?

1. Jika marah itu bersumberkan dari kelaparan (memang tabi’i manusia akan marah2 bila kosong perutnya), maka kenalah kita isi perut2 itu dengan isi yang sesuai (yang halal, bukan yang dari sumber haram, dan bukan yang ada logo halal ala-ala kadar itu). Sebabnya, mencuaikan pemakanan anak2 dan membiarkannya kosong boleh memudaratkan mereka dan membuatkan mereka memberontak.

2. Jika kemarahan dan pemberontakan anak2 berpunca dari penyakit, maka wajiblah kita berusaha mencari penyembuhnya. Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, dan apabila penyakit terkena ubatnya, baiklah pengidapnya dengan izin Allah SWT.

3. Jika sekiranya marah mereka kerana dimarahi dengan tidak semena-mena, maka kita hendaklah berusaha untuk menahan lidah dari kata-kata memalukan mereka, supaya tidak terlekat pada jiwa mereka perasaan marah dendam benci itu. Tuntutan syarak dalam pendidikan yang baik adalah dengan beradab, dan berterusan memperbaiki adabnya.

4. Jika kemarahan itu berpunca dari percakapan si anak kepada kedua ibu bapanya dengan tabiat marah, maka wajiblah kedua ibu-bapanya memberikan pendidikan dengan contoh tauladan yang baik dalam sifat lemah lembut, sopan santun, menahan diri dari marah. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran 134 yang bermaksud;
“Yang suka menahan marah, dan yang memaafkan kepada manusia, dan Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik”

Dan Nabi s.a.w juga pernah bersabda “orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya pada waktu marah”

5. Jika marah itu berasal dari si anak, iaitu kemanjaan yang melulu dan kemewahan yang melampau, maka wajiblah para ibu bapa bersifat sederhana dalam mencintai anak-anak, dan hendaklah mereka bersifat natural dalam membelas kasihan anak-anak, berbelanja ke atas mereka.
Saidina Ali Abu Talib k.w pernah berkata
“Kasihilah kekasihmu itu berpada pada, mana tahu dia menjadi orang yang engkau benci suatu masa. Dan bencilah orang yang engkau benci itu berpada-pada, mana tahu dia akan menjadi orang yang engkau kasihi suatu masa”

semasa n3 dibuat, mereka sedang happy main air tahan gaban

6. Jika kemarahan itu datang dari kesan ejekan, mengata nista, memanggil dengan gelaran yang jijik, maka wajiblah ibu bapa menjauhi sebab-musabab sebegini yang menimbulkan kemarahan anak2 itu, supaya tidak tertunas pada dirinya tabiat marah.

Kesimpulannya: (1)Bila time anak2 bercuti sekolah, cuba2lah mencari ruang untuk bercuti sama dan meluangkan masa bersama mereka, jangan dibiarkan sangat mereka melayan lamuan mereka dengan perkara2 yang kurang berfaedah itu. (2) Pendidikan mengikut cara syarak sangat2 halus dan menyeluruh, cuma si ibu dan bapa sahaja yang perlu mencari ilmu untuk mentarbiahkan anak2 yang dilahirkan suci bersih itu. InsyaAllah n3 ini akan disambung mengenai penyembuhan penyakit2 marah ini menurut syarak seperti yang dicatatkan dalam kitab Abdullah Nasih Ulwan ini.

Read Full Post »

Older Posts »