Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Back-to-Basic’ Category

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan blogging setelah lama menyepi, kerana disibukkan dengan pelbagai urusan dunia dan akhirat di hujung Ramadhan 1430H dan di awal Syawal. Diharap kepada semua yang telah menyambut hari kemenangan bermula 1 Syawal sehingga sekarang telah dapat memenuhi segala tuntutan diri, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Tak lupa juga kepada yang kurang bernasib baik, kemeriah Syawal ini sememangnya perlu disambut dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka juga. Dan kepada beberapa rakan yang kehilangan ahli keluarga semasa sambutan Syawal kali ini, di harap dapat bersabar dengan dugaan yg di alami. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan aturanNya adalah yang terbaik.

Imbas kembali sambutan malam 1 Syawal di kampung keluarga isteri tercinta, sungguh berbeza jauh dengan apa yang disarankan oleh guru-guru kuliah. Pesan guru, hidupkan malam Raya nanti sebagaimana saranan Rasulullah s.a.w yang pernah bersabda (sedikit sebanyak maknanya): “Barang siapa yang menghidupkan kedua-dua malam Raya ( Eid dan Ad-ha), maka sesungguhnya Allah janjikan akan hati mereka terus dihidupkan (dengan Nur iman) dikala semua hati-hati akan dimatikan”. Maka dengan perancangan teliti saya mengatur langkah menyediakan diri menanti malam 1 Syawal. Sedih sungguh apabila masjid yang dikunjungi di malam Raya kali ini tidak berapa nak hidup, takbirnya cuma seperti segan-segan, dengan nada pilu (mungkin sudah sebati dgn naluri nusantara), dan sebaik sahaja selesai takbir semua jemaah bangkit pulang. Ramai yang sudah awal-awal lagi pulang ke rumah, berlumba2 membakar mercun berdetum-detum (sampai ada yg berterusan dgn mercun sampai subuh). (more…)

Advertisements

Read Full Post »

bismillah

Akhirnya, dengan rasa hiba menyaksikan Ramadhan 1430H beransur meninggalkan kita, begitu cepat waktu berlalu sehingga tak terasa sudah sampai ke hujung Ramadhan rupanya. Cuma sesekali tersentak bila anak2 bertanya kapan mahu berangkat pulang jumpa nenek mereka untuk beraya.

Mungkin bagi sesetengah jiwa, Ramadhan tahun ini sama dengan tahun2 terdahulu; samada kita telah capai tahap taqwa (kerana inilah tujuannya), atau kita masih terkial-kial, merasakan puasa ini hanya salah satu ibadah khusus, sebagai memenuhi tuntutan syarak, malam niat, tarawih witir, morer, siang tak makan tak minum, tak masukkan sesuatu ke dalam ruang rongga, maghrib berbuka, dan sekali bayar zakat fitrah, untuk ke sekian kalinya. Maka untuk ke sekian kalinya, itulah yang kita dapat, tak jelas apa yg dapat.

Atau kita merasakan ada sesuatu yang tercapai kali ini, terasa lebih manis, lebih lemak, lebih enak, lebih empuk puasanya, tak kira siangnya dan malamnya. Cuma, ada pula persoalan, kenapa selepas bulan Ramadhan, keenakkan, kemanisan, keempukkan, kelemakkan itu hilang begitu sahaja…..atau bagaimana mahu mencuba untuk setidak-tidaknya kekal secebis daripada kelazatan tadi, sehingga Syaaban 1431H akan datang (sekiranya umur kita sampai ke tahap itu), dan akan bertemu Ramadhan 1431H dengan kesan2 Ramadhan 1430H yang masih kekal. (more…)

Read Full Post »

Menuju ke penghujung Ramadhan 1430H, seperti mana2 tahun2 sebelumnya, maka tiada apa yang lain yang di cari melainkan mencari suatu malam yang Allah Firmankan sebagai satu malam yg lebih baik di sisiNya daripada seribu bulan (surah al-Qadar). Manakan ada manusia pada zaman ini dapat beribadah kepadaNya selama 83thn 4 bulan Non Stop. Maka saya dan seluruh umat Islam di zaman ini, dan dari zaman awal Umat Nabi Muhammad s.a.w tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang MENINGKATKAN ibadah di malam2 akhir Ramadhan untuk mendapat ganjaran seribu bulan tersebut, Insyaallah.

Ust Dr Azhar Yaakob, seorang penceramah yg hebat ilmunya datang berkongsi dengan jemaah di tempat saya berkenaan penyediaan diri mencari malam Qadar ini. Mengikutnya, sepertimana dalam banyak hadis yang sahih sanadnya, malam Qadar ini adalah salah satu malam dari malam2 di bulan Ramadhan. Jadi sesiapa yang telah konsisten berjemaah Maghrib dan Isya’ berjemaah dari awal 1 Ramadhan (rujuk sbg Perkara-1) sehingga malam akhir Ramadhan, insyaallah mereka akan mendapat ‘sebahagian’ dari malam Qadar, yang pasti berlaku dalam satu malam dari malam2 tersebut. (more…)

Read Full Post »

Alhamdulillah, dengan izinNya kita semua telah berjaya selesaikan separuh Ramadhan 1430H. Moga2 segala amalan, rintihan, esakan, tangisan akan di kabulkan olehNya, tak kiralah bila ketika, kerana jika itulah janjiNya, maka siapalah kita untuk menidakkannya.

Dalam peluang bersua dengan seorang pengiat dakwah, sempat dia berkongsi pengalamannya berdakwah sana-sini dan dalam satu sesi dakwahnya, dia bersua dengan para peniaga, pengusaha, pedagang, yang tidak lekang dari bibir mulut mereka berceritakan mengenai untung, pulangan berganda, sambutan hangat dsbnya. Perkara penting dalam perniagaan spt mereka ialah LOCATION  – TIMING – PRODUCT. Saya pun teringat mengenai pesanan seorang agen hartanah yang dulu pernah berpesan kpd saya untuk memerhatikan perkara sama dalam membuat pelaburan harta tanah, dan saya mengikutinya dan alhamdulillah memang ada benarnya.

LOCATION – TIMING – PRODUCTS begitulah juga dalam kita beramal, melakukan ketaatan kepada Allah, dengan mengharapkan keredhaanNya dan balasan syurga. Kita pun sepatutnya membuat pendekatan yang sama; (more…)

Read Full Post »

Sebagai sambungan komentar Ust Anzaruddin berkenaan kesalahan kecil yang sering kita lihat, ingin saya titipkan nota seterusnya.

Di bulan Ramadhan ni, kita dapat lihat ramai ahli2 baru yang mengunjungi masjid untuk menyahut peluang yang Allah sediakan dengan ganjaran pahala berlipat ganda, yang mana amalan2 wajid itu digandakan berganda2 ganjarannya, dan amalan2 sunat itu diganjarkan spt pahala amalan wajib. Maka berpusu2 kita memeriahkan masjid, alhamdulillah meriah sungguh. Namun, kita juga di ingatkan, jangan buat amal dengan ikut2 tanpa ilmu.

Kerana takut2kan amalan kita menjadi sia-sia atau tidak diterima kerana kita kurang ilmu. Kita janganlah menjadi ahli golongan orang yang ‘tidak tahu yang kita tidah tahu’. Di antara kesalahan biasa yang di perhatikan (komentar Ust Anzaruddin) lagi, ialah;

Mengakhirkan solat tidak bersama Imam.

Kekadang, sesetengah tempat akan bertarawih 20 rakaat dan tambah 3 rakaat witir, setengah tpt buat 8 rakaat je tarawih. Tak perlu kita bertegang urat untuk membahaskan 8 ke 20? 20 ke 8? itu telahpun di bahaskan oleh para Ulama dan keputusan telahpun di putuskan. Cuma, bila kita bingkas keluar saf selepas 8 rakaat, kerana imam buat 20 rakaat, ataupun kerana kita hendak sambung lagi 12 rakaat tapi imam dah nak solat witir, jadi kita tinggalkan jemaah dan sambung bersendirian. Alangkah ruginya, kerana niat hendak beramal yg sunat tetapi terlepas ganjaran beribadah sepanjang malam kerana kita cetek ilmu. (more…)

Read Full Post »

Sempena hari ke – 4 Ramadhan al-Mubarak 1430H semalam, kunjungan ahli-ahli qariah ke masjid di tempat saya masih alhamdulillah boleh di tarik senyum lebar, masih meriah. Deretan kereta dan motor di parkir dan di tepi2 jalan sudah cukup memberi jawapan berapa ramai jemaah pada malam2 awal Ramadhan ini. Semoga berkekalan dan bertambah2 sampai ke hujung Ramadhan.

Dalam kegairahan manusia memenuhkan ruang legar masjid, dapat dilihat juga masih ramai dikalangan pengunjung yang datang untuk lebih berborak, sambil menghembus kepulan asap rokok, dan kurang untuk meluangkan masa di dalam ruangan solat samada untuk berzikir, membaca al-qur’an atau membaca kitab2 hadis. Kecewa melihat mereka melepaskan peluang masa yang di berikan. Semoga mereka di ringankan hati untuk lebih memanafaatkan masa untuk beramal dan kurang berborak pasal yang tak tentu hala.

Sebagai quick check dan masih tidak terlewat untuk mengingatkan diri sendiri serta berkongsi ilmu yang diturunkan oleh Ust Anzaruddin berkenaan kesalahan-kesalahan kecil yg manusia kurang ilmu macam saya mungkin akan buat, sedangkan dgn sedikit ilmu maka kita boleh maksimakan pahala dari amalan tambah2 dalam malam2 Ramadhan ini, kata Ust Anzaruddin;

Solat Isya’ bersendirian bila lewat tiba masjid

Kekadang, atas sebab2 tertentu, mungkin kita terdatang lewat untuk Isya’ dan bila sampai pak imam dah start tarawih. So? apa nak buat? (more…)

Read Full Post »

Peringatan lanjut untuk diri sendiri menghadapi Ramadhan al Mubarak 1430H dalam beberapa hari sahaja lagi..insyaallah.

Ya Rabb, bantulah saya untuk menghadapi Ramadhan kali ini, dengan lebih baik dari segi amalannya, lebih membuahkan hasil, dan moga-moga menjadikan saya lebih menepati tuntutanMu sebagai hamba, dan terimalah dan masukkanlah saya dalam kategori hambaMu.

1. Tidak muflis pahala puasa : untuk menjaga sahnya puasa kita, hanya jaga supaya tiada yang dimasukkan dengan sengaja apa2 ke dalam ruang rongga; i.e makan minum, masuk sesuatu ke dalam telinga, hidung….tetapi Ramadhan kali ini saya bertekad, supaya setiap anggota saya yg berongga dapat menahan dari dimasuki anasir-anasir yang boleh melenyapkan dan menghapuskan pahala puasa kita. Itulah pesan Pak Imam Al-Hafiz Hj Che Yaakob semalam…. Jangan memasukkan ke dalam rongga2 mata, telinga, mulut (lidah) dengan perbuatan, perkataan yang membatalkan pahala puasa. Setiap percakapan yang mengurangkan pahala puasa (mengata orang, umpat, kata2 kesat) akan mengurangkan pahala puasa sendiri, dan akan memasuki rongga telinga insan lain yang mendengar, dan akan mengurangkan pahala puasa mereka.

Setiap yang di lihat oleh mata, sekiranya apa2 yang tidak harus di lihat, pandangan itu memasuki rongga mata dan tentunya meringankan pahala puasa. Setiap langkah, setiap perkara yang disusun, setiap patah yang di tuturkan, sekiranya tergolong dalam perkara yang sia-sia, maka tiadalah saya mendapat apa2 kecuali meringankan pahala puasa saya. Tahun 1430H ini saya menunggu Ramadhan dengan sabar, berdebar, gementar, dan berharap benar agar puasa saya bukanlah sekadar hanya lapar dan dahaga, bukan hanya sekadar melepaskan rukun yang lima, puasa kali ini seharusnya menjuruskan saya ke dalam kelompok yang di terima sebagai hambaNya…. (more…)

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »