Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Cinta’ Category

Maghrib hari ini insyaallah berlabuhlah 1430H dan membuka tirai 1431H. Banyak tempat2, masjid2 yang menganjurkan majlis2 ilmu, berdoa dan amalan lain yang bertujuan untuk memupuk ukhwah Islam semoga terus berkembang di tahun mendatang.

Ramai bloggers yang memaparkan doa akhir tahun dan doa awal tahun, dan jika yg masih tiada bolehlah rujuk di mana2 blog yg memaparkannya. Dan seperti biasa akan ada juga bloggers yg akan menafikan amalan2 doa akhir dan awal tahun ini, menurut mereka ini adalah bukan dari amalan sunat dan tidak wajar dilakukan. Rujuklah bolg2 mereka untuk membaca hujjah2 bernas mereka.

Saya cuma terpanggil bila membaca petikan Dewan Negara hari ini (sidang 16 Dec 2009). Seorang Timbalan Menteri menggesa majikan2 membenarkan para pekerja untuk pulang awal hari ini 17 Dec 2009…! Wahhh, pak menteri pun peka rupanya dengan sambutan awal Muharram, ingat saya. Tapi bila baca berita penuh, rupanya berita tersebut berbunyi ” Timbalan Menteri Belia dan Sukan di sidang Dewan Negara menggesa majikan benarkan pekerja pulang lebih awal hari ini 17 Dec 2009 supaya para pekerja dapat menonton perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Laos….. tambah beliau lagi, jika tidak dapat benarkan maka majikan digesa untuk sediakan TV dan benarkan pekerja menonton perlawanan tersebut dari jam 6:00pm.

goooooaaallll!

Nah! mana yang kita hendak pilih? Samada ke masjid surau dan sertai majlis berdoa akhir tahun dari jam 6:30pm dan bersama lagi berdoa selepas solat Maghrib berjemaah serta mengikuti majlis ilmu selepas solat Maghrib? Atau bersama2 dengan Pak Timbalan Menteri menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA dari Jam 6:00pm sehingga habis, di kedai2 mamak, di ruang tamu rumah atau di pejabat? Pilihan adalah hak sendiri, cuma kekawan yg sedia membantu memberi nasihat peribadi.

SELAMAT TAHUN BARU 1431H UNTUK SEMUA. SEMOGA TAHUN INI MENJADIKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN KEREDHAANNYA, DAN LEBIH BERKAT KEHIDUPAN KITA SERTA DI AMPUNKAN SEGALA DOSA YG LALU DAN YG AKAN DATANG

Advertisements

Read Full Post »

Dalam saya menjelajah mencari ilmu untuk mencari Cinta Allah, saya telah sampai ke satu bandar di selatan Semenanjung, berdua dengan seorang teman. Kami telah diketemukan dengan seorang alim yang dikatakan terkenal di rantau Arab, cuma namanya tidak timbul di bibir masyarakat kita, mungkin kerana inilah dunia kita, terlampau sibuk dengan pengejaran duniawi, cuma maklum dengan tokoh2 keduniaan. Dan mungkin juga inilah jalan yang di pilih individu istimewa ini. Mengikut beberapa insan yang pernah bertemu dengan tokoh ini, kehidupannya sungguh zuhud, seorang yang sangat zahid (yg zuhud dunia) dan hanya mengabdikan dirinya untuk beribadat kepada Allah SWT. Maka tibalah kami ke rumah ini;

depan rumah habib

(more…)

Read Full Post »

Salam Jumaat Ramadhan 21 kepada semua.

Sumber nota dari Kitab Imam Habib Abdullah Al Hadad, berkenaan amalan kita yg masih hidup di dunia ini kepada org mati dari kaum keluarganya. Apabila mereka melihat perkara2 yg baik maka mereka pun bergembira dan bersuka, lalu mendoakan agar kita yg masih hidup ini mengamalkannya berterusan dengan istiqamah. Tetapi jika mereka melihat selain dari itu, mereka akan duka cita dan kecewa kepada apa yg mereka saksikan lalu mereka mendoakan agar org2 yg masih hidup supaya mendapat hidayat dan taufiq untuk mengerjakan amal baik dan amal soleh, sesuai dengan sabda Nabi s.a.w;

“Amalan-amalan manusia dihadapkan kepada Allah SWT pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Dan dihadapkan juga kepada para anbiya’ dan kepada para ibu-bapa pada tiap-tiap hari Jumaat, maka mereka akan bergembira melihat kebaikan-kebaikannya, dan wajah-wajah mereka akan bertambah nur. Maka hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allaj, dan jangan sekali-kali mengecewakan harapan orang-orang mati kamu”

Sempena roh Ramadhan yang masih tinggal dengan segala amalan2 baik yg kita lakukan, moga2 kekal istiqamah sehingga SELEPAS Ramadhan, dan di hari Jumaat yang mulia ini, dapatlah ditinggatkan amal baik, semoga mereka yang telah pergi mendapat kebahagian dan kegembiraan. Amin

DSC01243

Read Full Post »

Menuju ke penghujung Ramadhan 1430H, seperti mana2 tahun2 sebelumnya, maka tiada apa yang lain yang di cari melainkan mencari suatu malam yang Allah Firmankan sebagai satu malam yg lebih baik di sisiNya daripada seribu bulan (surah al-Qadar). Manakan ada manusia pada zaman ini dapat beribadah kepadaNya selama 83thn 4 bulan Non Stop. Maka saya dan seluruh umat Islam di zaman ini, dan dari zaman awal Umat Nabi Muhammad s.a.w tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang MENINGKATKAN ibadah di malam2 akhir Ramadhan untuk mendapat ganjaran seribu bulan tersebut, Insyaallah.

Ust Dr Azhar Yaakob, seorang penceramah yg hebat ilmunya datang berkongsi dengan jemaah di tempat saya berkenaan penyediaan diri mencari malam Qadar ini. Mengikutnya, sepertimana dalam banyak hadis yang sahih sanadnya, malam Qadar ini adalah salah satu malam dari malam2 di bulan Ramadhan. Jadi sesiapa yang telah konsisten berjemaah Maghrib dan Isya’ berjemaah dari awal 1 Ramadhan (rujuk sbg Perkara-1) sehingga malam akhir Ramadhan, insyaallah mereka akan mendapat ‘sebahagian’ dari malam Qadar, yang pasti berlaku dalam satu malam dari malam2 tersebut. (more…)

Read Full Post »

Alhamdulillah, dengan izinNya kita semua telah berjaya selesaikan separuh Ramadhan 1430H. Moga2 segala amalan, rintihan, esakan, tangisan akan di kabulkan olehNya, tak kiralah bila ketika, kerana jika itulah janjiNya, maka siapalah kita untuk menidakkannya.

Dalam peluang bersua dengan seorang pengiat dakwah, sempat dia berkongsi pengalamannya berdakwah sana-sini dan dalam satu sesi dakwahnya, dia bersua dengan para peniaga, pengusaha, pedagang, yang tidak lekang dari bibir mulut mereka berceritakan mengenai untung, pulangan berganda, sambutan hangat dsbnya. Perkara penting dalam perniagaan spt mereka ialah LOCATION  – TIMING – PRODUCT. Saya pun teringat mengenai pesanan seorang agen hartanah yang dulu pernah berpesan kpd saya untuk memerhatikan perkara sama dalam membuat pelaburan harta tanah, dan saya mengikutinya dan alhamdulillah memang ada benarnya.

LOCATION – TIMING – PRODUCTS begitulah juga dalam kita beramal, melakukan ketaatan kepada Allah, dengan mengharapkan keredhaanNya dan balasan syurga. Kita pun sepatutnya membuat pendekatan yang sama; (more…)

Read Full Post »

Sedikit peringatan untuk diri, untuk di amalkan tak kira hari, di hari rasa senang hati ataupun di hari terasa duka nestapa. Sepotong ayat yang cukup mudah untuk diingati, dan maknanya memang bisa mencucuk hati. Untuk di amalkan tak kira H1N1 melanda kini, ataupun dikala tiada wabak yang merisaukan hati… pesanan orang yang jauh lebih tinggi ilmu agamanya dari saya.. untuk di amalkan waktu pagi dan petang.. bacalah Ayat terakhir dari Al-Qur’an Surah At-Taubah (surah-9) ayat 129;

  

 حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ

 ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 

 

….cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

Bacalah seperti 7 kali di kala pagi dan petang, bacaan ayatnya sungguh mudah untuk diingati, kerana seringkali kita dengari.

Read Full Post »

Malam ini, Rabu malam Khamis 15hb Syaaban 1430H adalah antara malam – malam yang dinantikan oleh sekalian umat Islam di serata dunia. Tak kiralah ada, walaupun segelintir saudara seagama, yang benar-benar bersungguh2 menafikan, dengan dalil-dalilnya, menyuarakan akan ketidak perlunya untuk menyambut malam ini dengan tambahan amalan sunat, sehingga ada yang membeli ruangan akhbar tempatan, hanya untuk menidakkan amalan golongan ulama’  terdahulu, yang sangat mengutamakan malam nisfu Syaaban ini. Pada saya (yg cetek dan tandus amal ini) biarlah, inikan amalan sunat, jika keberatan untuk tidak melakukannya terpulanglah kepada diri sendiri, dan tidaklah perlu menghalang dari yang lain mengerjakannya. Kerana priority biarlah betul, yang perlu diperjuangkan dengan sehebat2nya ialah bagaimana membawa saudara2 seagama yg masih lalai itu ke jalan yg benar, bukan bertelagah antara nak lakukan yg sunat atau tidak.

Kepada yang berkesempatan, maka kunjungilah masjid dan surau berdekatan, sibukkanlah diri untuk beribadah pada malam ini, semoga ianya menjadi titik mula untuk terus menyibukkan diri dengan ibadah kepadaNya sementara menunggu Ramadhan, dan dapat istiqamah sepanjang Ramadhan dan berterusan selepas itu. (more…)

Read Full Post »

Older Posts »