Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘doa’ Category

Walaupun agak lewat saya ingin juga menotakan untuk diri sendiri terutamanya sedikit peringatan untuk meneruskan kehidupan di 1431H supaya waktu umur di tahun ini menjadi lebih bermakna dan insyaallah mendapat keredhaanNya.

Imbas kembali bagaimana kita memulakan tahun 1431H dan 2010 ini….. di Malam Jumaat 1 Muharram 1431H, segelintir umat Islam memenuhi ruangan solat masjid untuk mengisi masa dengan doa, zikir, membaca al-Qur’an dan amalan2 sunat yang lain. Kita membaca doa akhir tahun 1430H dan doa awal tahun 1431H walaupun segolongan daripada kita mendakwa amalan sedemikian (doa specific untuk akhir dan awal tahun) bukanlah dari amalan yg diamalkan oleh junjungan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Kita tinggalkan hal itu untuk perbincangan dikala lain. Di tonjolkan juga beberapa pemimpin negara mengunjungi ruang solat untuk beribadat. Saya kurang pasti tujuan sebenar tetapi kita bersangka baik dan bersyukur kerana masih ada di kalangan para pemimpin yang menampilkan teladan yang baik kepada masyarakat awam spt kita.

Di malam Jumaat seterusnya, 25 Disember segolongan besar juga muda-mudi Melayu (di lahirkan Islam) menjamu selera dengan bersuka ria sambil menonggak air kencing syaitan di merata kelab hiburan di kota, dan di malam Jumaat 1 Jan 2010, kemuncaknya, bertempik bersorak terkinja-kinja, terloncat-loncat (terlondeh), anak2 muda, tua, atuk dan nenek (seorang ditangkap khalwat) menyambut malam sambutan yg tiada kena mengena dengan Islam yg dianuti…. JAIS melaporkan sebanyak 52 pasangan (104 orang jika semuanya satu lelaki satu wanita) ditangkap (dan berapa ramai yg lolos?) Dan yang sangat menduka citakan saya, para pemimpin negara juga bersama2 menyambut malam 1 Jan yang tiada kena mengena dengan ajaran agama kita pun…pemimpin yang sama dengan sayu sugul menyertai sambutan 1 Muharram yang lalu….

Satu persoalan timbul dibenak saya, selepas Tsunami besar Dis 2006, sambutan 1 Jan 2007 di sambut dengan solat hajat dan majlis2 ibadah serta dalam suasana sugul, dengan gaya berperasaan ‘kerdil’. Tetapi derita, kesugulan, kesedihan Tsunami 2006 hanya tinggal kenangan sedih di kalangan ahli keluarga mangsa, tidak lagi di kalangan masyarakat dan pemimpin. Apakah kita hanya akan rasa insaf, sayu, rasa ‘kerdil’ apabila di timpa bencana seumpama tsunami 2006? Di masa kita tengah senang lenang ini cubalah sekali sekala ziarah ke kuburan, singgah ke rumah rawatan, ke rumah anak2 yatim, lihat sendiri kekerdilan kita, timbulkan rasa ‘kesyukuran yang amat’ akan Rahmat Allah takkala ramai yang lain menderita…emosi ni.

Semoga, hari2 mendatang, akan terus menjadi hari yang lebih baik buat kita semua.  Antara doa dan harapan saya di 1431H ini ialah semoga cerdik pandai ahli2 agama di negara kita bertindak berlandaskan ilmu yang mereka ada bukan di atas emosi semasa mereka. Bersama2 kita meningkatkan martabat agama tercinta, insyaallah yg lain akan datang serta. Semoga bertambah2 ukhwah sesama kita, walaupun berlainan pendapat, tetapi dapat kita kengkang perbezaan dan pupuk kecintaan persaudaraan, tanpa perlu saman menyaman, tanpa perlu kutuk mengutuk, tanpa perlu caci mencerca, dan tanpa perlu mengadu domba. Amin

Read Full Post »

Maghrib hari ini insyaallah berlabuhlah 1430H dan membuka tirai 1431H. Banyak tempat2, masjid2 yang menganjurkan majlis2 ilmu, berdoa dan amalan lain yang bertujuan untuk memupuk ukhwah Islam semoga terus berkembang di tahun mendatang.

Ramai bloggers yang memaparkan doa akhir tahun dan doa awal tahun, dan jika yg masih tiada bolehlah rujuk di mana2 blog yg memaparkannya. Dan seperti biasa akan ada juga bloggers yg akan menafikan amalan2 doa akhir dan awal tahun ini, menurut mereka ini adalah bukan dari amalan sunat dan tidak wajar dilakukan. Rujuklah bolg2 mereka untuk membaca hujjah2 bernas mereka.

Saya cuma terpanggil bila membaca petikan Dewan Negara hari ini (sidang 16 Dec 2009). Seorang Timbalan Menteri menggesa majikan2 membenarkan para pekerja untuk pulang awal hari ini 17 Dec 2009…! Wahhh, pak menteri pun peka rupanya dengan sambutan awal Muharram, ingat saya. Tapi bila baca berita penuh, rupanya berita tersebut berbunyi ” Timbalan Menteri Belia dan Sukan di sidang Dewan Negara menggesa majikan benarkan pekerja pulang lebih awal hari ini 17 Dec 2009 supaya para pekerja dapat menonton perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Laos….. tambah beliau lagi, jika tidak dapat benarkan maka majikan digesa untuk sediakan TV dan benarkan pekerja menonton perlawanan tersebut dari jam 6:00pm.

goooooaaallll!

Nah! mana yang kita hendak pilih? Samada ke masjid surau dan sertai majlis berdoa akhir tahun dari jam 6:30pm dan bersama lagi berdoa selepas solat Maghrib berjemaah serta mengikuti majlis ilmu selepas solat Maghrib? Atau bersama2 dengan Pak Timbalan Menteri menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA dari Jam 6:00pm sehingga habis, di kedai2 mamak, di ruang tamu rumah atau di pejabat? Pilihan adalah hak sendiri, cuma kekawan yg sedia membantu memberi nasihat peribadi.

SELAMAT TAHUN BARU 1431H UNTUK SEMUA. SEMOGA TAHUN INI MENJADIKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN KEREDHAANNYA, DAN LEBIH BERKAT KEHIDUPAN KITA SERTA DI AMPUNKAN SEGALA DOSA YG LALU DAN YG AKAN DATANG

Read Full Post »

Jika anda melihat orang bukan Islam, maka bersyukurlah kerana anda berada dalam Islam. Jika anda melihat orang yg suka berbuat dosa, maka bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda berada dalam taqwa. Jika anda melihat orang bodoh, maka bersyukurlah kerana anda masih memiliki ilmu. Dan jika melihat orang mendapat bencana maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar darinya.                                    Muntiara 453 – Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Banyak2lah bersyukur kerana sebenarnya bersyukur atas nikmat Allah itu lebih sukar daripada bersabar dengan ujianNya – pesan org tua saya dulu2.

Sekarang sebagai test drive self check; Adakah kita tahu, amalkan dgn istiqamah, faham maknanya akan DOA KELUAR TANDAS? (jika sesiapa tidak hafal, sila rujuk anak2 tadika atau darjah satu, 98% mereka hafal doa ini). Sekurang-kurangnya bacalah;

yang maknanya: “Aku memohon keampunan daripadaMu”.  …. dibaca sebagai tanda kesyukuran selepas kita selesai menyelesaikan ‘hajat’. Berapakah NILAI nya? Saya pun kurang pasti, tetapi jika di ambil kira dengan keupayaan yg dikurniakanNya untuk melepaskan kotoran (cair dan pejal) dari badan TANPA perlu kepada tiub kesihatan, tanpa perlu di bantu dgn alat2 bantuan khas, tanpa perlu ada kepakaran tertentu, maka sememangnya wajar nikmat dapat memboloskan diri dari kotoran cair dan pejal itu di sertakan dgn selafaz doa sebagai tanda kesyukuran.

Begitu juga dengan do’a selepas ‘kematian kecil’ iaitu ketika bangun dari tidur, DOA bangun tidur – Berapa NILAInya? Sama2lah kita semak maknanya dan saling mengingatkan diri untuk bersyukur dgn nikmat2 harian yg kepada sesetengah jiwa, sudah menjadi ‘routine’ harian,,,,, – now kepada semua (termasuk saya) sama2 amalkan doa2 harian, sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat Allah SWT yg tidak ternilai ini.

Read Full Post »

Alhamdulillah, dengan izinNya kita semua telah berjaya selesaikan separuh Ramadhan 1430H. Moga2 segala amalan, rintihan, esakan, tangisan akan di kabulkan olehNya, tak kiralah bila ketika, kerana jika itulah janjiNya, maka siapalah kita untuk menidakkannya.

Dalam peluang bersua dengan seorang pengiat dakwah, sempat dia berkongsi pengalamannya berdakwah sana-sini dan dalam satu sesi dakwahnya, dia bersua dengan para peniaga, pengusaha, pedagang, yang tidak lekang dari bibir mulut mereka berceritakan mengenai untung, pulangan berganda, sambutan hangat dsbnya. Perkara penting dalam perniagaan spt mereka ialah LOCATION  – TIMING – PRODUCT. Saya pun teringat mengenai pesanan seorang agen hartanah yang dulu pernah berpesan kpd saya untuk memerhatikan perkara sama dalam membuat pelaburan harta tanah, dan saya mengikutinya dan alhamdulillah memang ada benarnya.

LOCATION – TIMING – PRODUCTS begitulah juga dalam kita beramal, melakukan ketaatan kepada Allah, dengan mengharapkan keredhaanNya dan balasan syurga. Kita pun sepatutnya membuat pendekatan yang sama; (more…)

Read Full Post »

Walaupun dikala ini ada sesetengah yg berpendapat adalah tidak sampai pahala perlakuan org yg masih hidup untuk mensedekahkan pahala kepada org yg telah meninggal dunia, tetapi mengikut pengajian berasaskan kitab tulisan Imam Habib Abdullah Haddad, ada pelbagai berita dan atsar (kata2 para Sahabat Rasulullah s.a.w) yg memberi petunjuk akan hal ini.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadits bahawa Sa’ad bin Ubadah r.a pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w berkenaan ibunya Sa’ad yg telah pulang ke alam barzakh tanpa sempat bersedekah dan Sa’ad bertanya kpd Baginda Nabi s.a.w adakah boleh dia bersedekah bagi pihak ibunya. Lalu Baginda Nabi s.a.w membenarkan Sa’ad berbuat demikian dan Sa’ad telah menggali sebuah perigi dan dijadikan airnya sedekah atas nama ibunya.

Diriwayatkan lagi bahawa Baginda s.a.w pernah bersabda; kalau tidak kerana adanya org yg hidup nescaya binasalah segala org yg mati kerana tiada lagi org yg mendoakan bagi si mati, ataupun memohon istighfar dan belas kasihan untuk si mati.

Bersabda Rasulullah s.a.w yg maksudnya:
“Umatku ialah umat yg dirahmati. Mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa-dosa spt gunung, dan keluar daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dgn istighfar org hidup kpd si mati, sedekah, doa dan bacaan Al-Qur’an untuk mereka; para Malaikat membawa semua itu dalam piring-piring besar dari cahaya; ditudung dengan kain sutera. Kemudian para Malaikat itu berkata kpd tuan yg punya: inilah hadiah yg dikirimkan si fulan untukmu. Maka sipenerima itu akan merasa senang dan gembira”.

Di antara hadiah besar yg mendatangkan keberkatan dan manafaat yg banyak kpd si mati ialah membaca Al-Qur’an, serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati. Jumhur ulama’ dan para salihin dari golongan salaf dan khalaf telah mengakui amalan ini. Adapun Hadits2 yg menerangkan tentang perkara ini adalah dari Hadits yg dhaif, sebagaimana yg dikatakan oleh Imam Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah. Akan tetapi Hadits-Hadits dhaif pun boleh diamalkan dalam bahagian ‘kelebihan amalan’ – mengikut fadhaailul-A’maal. Rujuk Imam Habib Abdullah Haddad.

Kesimpulannya: Siapa yg ingat, insyaAllah akan diingati, dan sesiapa yg lupa atau buat2 lupa, insyaAllah ia akan dilupakan juga nanti, sedangkan Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala org yg mengamalkan kebaikan.

Read Full Post »

Sedih, sedu, kedu, pedih hempedu, semualah yg tak berapa gembira bila membaca beberapa paparan berita di muka depan suratkhabar tempatan beberapa hari ni.
1. Ibu hamil maut mangsa ragut.

2. Nenek meninggal selepas ditumbuk peragut yg menerpa masuk ke dalam rumah untuk ragut rantai anak nenek.
3. Lagi ibu hamil mati kemalangan lepas jatuh motosikal diragut..berita penuh
4. Dan lagi…..

semuanya kerana inginkan nak buat duit segera. Cash cepat2, mungkin untuk makan, rokok, duit minyak motor, beli ubat (batuk,,ooohhgk ooogh..). Apa rasa hati kita yang membaca,,, bayangkanlah rasa yg menanggungnya. Kita wajib redha dengan ketentuan Allah. Inilah aturanNya yang terbaik. Redha dengan pengetahuanNya, kerana tiadalah Dia menguji hambaNya melainkan yang mampu ditanggung oleh hambaNya.

Teringat do’a yang kerap dibaca setiap kali selepas solat, (ayat akhir surah Al-Baqarah)…

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. “

Tertarik pula dengan bila baca pendekatan kerajaan Jepun (tak pernah mereka mengaku mereka ni negara Islam (Hadhari ke tak?)) bila keadaan negara itu teruk dilanda krisis ekonomi; pekerja hilang punca pendapatan, penyewa tiada wang untuk membayar sewa, rakyat hilang tempat tinggal, soru miss….. kerajaan Jepun telah semak dan jalankan pendekatan SEMENTARA (they said, to cushion the impact);

1. sediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa krisis ekonomi.
2. sediakan makanan asas supaya mangsa2 krisis ekonomi tidak lapar

Rupanya pendekatan cara negara yg kaya dengan kereta Toyota dan Honda ini berdasarkan pendekatan yg diajar dalam Islam, iaitu pendekatan pencegahan, bagi mengelakkan mangsa2 menjadi ganas, jadi penjenayah kerana tiada lagi Yen di poket. Bukan mereka menggunakan wang negara untuk tambahkan kekuatan polis untuk menghadapi peningkatan penjenayah, kes ragut, pecah rumah dsbnya. Kenapa kita (yg pernah mengaku sebagai negara Islam) tidak terfikir untuk bertindak begini – may be pernah tapi saya tak tahu.

Kesimpulannya: dalam Islam, pendekatan menghadapi krisis ialah melalui pencegahan DAN yang lebih penting, manalah ada cara buat duit cepat cara betul, semuanya kena berdikit2 dan dengan kesabaran, dan kesemuanya dengan ketentuan Allah Maha Esa.

Read Full Post »

Dengan menyebut nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahamengasihani
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:”Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.” (Muslim)

Huraian (Jakim):

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.


Dalam hadith yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur” – (Bukhari-Muslim)

Sesungguhnya tidur adalah suatu kematian yang sementara sedangkan hidup dan mati itu di tangan Allah. Tiada siapa yang tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan menghadapi detik-detik apabila roh terlerai dari jasad. Bukankah jarang kita mendengar orang yang mati ketika sedang tidur! Oleh itu selaku orang Islam kita dituntut agar membaca doa sebelum melelapkan mata supaya terhindar daripada perkara yang tidak diingini iaitu mati dalam keadaan mengejut. Kita juga dituntut untuk membaca doa sebaik sahaja terjaga dari tidur sebagai tanda kesyukuran kerana dihidupkan kembali selepasa kematian sementara semasa tidur. Ingatlah bahawa menghisab amalan sebelum tidur akan menyedarkan kita tentang hari akhirat kelak. Ia menjadikan kita insaf agar tidak mensia-siakan usia dan masa yang diperuntukkan.

Hanya Allah yang Mahamengetahui

Read Full Post »

Untuk pagi2 Jumaat yang mulia ini, dinotakan untuk peringatan sendiri dan sesiapa yg terbaca dengan satu do’a;

Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Baguskanlah untukku agamaku..
Kerana ia pengawas seluruh urusanku
Perbaikilah untukku duniaku..
Yg di sana adalah kehidupanku
Sempurnakanlah untukku akhiratku..
Kerana ke sanalah tempat kembaliku
Jadikanlah hidupku..
Sebagai penambah kebaikan
Dan jadikanlah matiku..
Sebagai tempat istirehat daripada segala kejahatan…..

Amin.

Read Full Post »

Nota peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Panjangkanlah doa untuk kedua orang tuamu (samada yang masih hidup mahupun yg telah meninggalkan kita – ni saya punya keslah).

Berdasarkan satu Hadits Nabi s.a.w :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Secara ringkasnya hadits ini dihuraikan sebagai peringatan bersama seperti berikut:
– jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2….tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Doa kepada kedua orang tuamu;

Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Disamping itu doakan juga kebahagian keluarga

Doa untuk kebahagian keluarga:

Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Dan doakan agar kita mendapat keturunan yang baik2 (yang akan mendoakan untuk kita), bila kita sudah berhijrah ke alam seterusnya dari sini;

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.

Insyaallah dapat kita sama2 amalkan. Lama kelamaan ianya akan jadi sebati dalam diri dan dalam tiap2 kali doa kita. Selamat beramal

Read Full Post »

Selepas bertemu, berbicara dan mendapat pendedahan dari Dr Tg Shahrom a.k.a DrT dari Aman Palestin, barulah lebih jelas kenapa dan mengapa berlaku apa yang berlaku di Bumi Palestin itu.

Dr T mendedahkan kepadaku berkenaan Resolusi Yahudi pada 8.9.1897 (ye la 1897, bukan typo tu memang dari 1897 lagi) berkenaan penguasaan bumi Baitulmaqdis dan penubuhan Israel Raya. Bagaimana penguasaan terancang telah lama di perhalusi oleh kaum yang Allah Murka ini (itulah bacaan kita sekurang2 17 kali sehari dalam solat Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (Yahudi) dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (Nasrani)“...

Inilah Masjid Al Aqsa (masjid Kubah biru)


Dan ini ialah Kubah As Sakhrah (yang di dalamnya ada Batu), boleh lihat replika di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Kuala Terengganu (ewahh sempat promo kampung halaman)

Kaum Yahudi mendakwa mereka adalah golongan The Choosen One percaya mereka yang menguasai Baitulmaqdis yg dipercayai adalah kepada dunia akan menguasai dunia sejagat. Rupa2yna dalam kitab Talmud kaum yang diMurkai Allah ini ada menyebut berkenaan penindasan yang mereka perlu jalankan ke atas orang2 lain selain kaum mereka, supaya kaum2 lain menjadi hamba kepada mereka, dan dapat mereka tunggangi kaum2 lain selain mereka. Mereka juga percaya dan bercita2 untuk mendirikan Temple Haikal Sulaiman di tapak Masjid Al Aqsa. Untuk mengelirukan sekalian umat Islam, media massa bukan Islam dan Internet menunjukkan Kubah As Sakhrah apabila mereka merujuk kepada Al Aqsa, supaya dapat mereka meneruskan hasrat untuk meranapkan terus Masjid Al Aqsa yang sebenar. Kubah As Sakhrah ialah dimana dalamnya ada batu dipercayai batu yang Nabi Muhammad s.a.w berpijak semasa kejadian Mikraj’.

Jika dikaji Seerah Nabi dan para sahabat, maka kita akan ketahui bahawa bumi Palestin ini pada zaman Saidina Umar Al Khattab, beliau telah mewakafkan tanah ini kepada orang2 Islam. Dan Salehuddin Al Ayubi telah membebaskan Baitulmaqdis di zaman pemerintahannya. Namun tada tanggal 8 Sept 1897 itu dalam persidangan Yahudi mereka telah memutuskan untuk mengusai Baitulmaqdis dan seterusnya merobohkan Al Aqsa untuk didirikan Temple Haikal Sulaiman. Maka amat jelaslah bahawa dalam misi untuk menguasai dunia khususnya membinasakan Umat Islam, mereka kaum yang diMurkai Allah ini akan secara berterusan akan memerangi orang Islam di Palestin dek kerana nak kuasai bumi para Nabi dan Rasul ini. Ini bukanlah atas dasar perjuangan menguasai wilayah semata2 tetapi lebih kepada perjuangan untuk meruntuhkan aqidah umat Islam seluruhnya. Mereka juga percaya, dengan runtuhnya Al Aqsa, maka semangat dan keimanan orang Islam sedunia akan runtuhlah (walaupun sekarang memang kita dah ramai yang runtuh aqidahnya walaupun belum runtuhnya Al Aqsa itu).

Mengikut DrT, pihak pejuang Hamas di Palestin bukan mengharapkan kita ramai2 datang menyertai mereka (dah memang sah2 tak ramai pun yang akan sanggup ke sana). Mereka hanya mengharapkan kita berjihad dengan cara kita iaitu dengan berdoa munajat dan membantu mereka menyebarkan berita sebenar yang berlaku agar jiwa2 “pejuang Palestin” itu tidak luput dalam jiwa kita dan generasi muda kita (yang sekarang memang hangat berjuang dengan gejala tsunami aqidah yang melanda).

Sekiranya kita keluarkan kesemua wang tunai yang ada dalam wallet (yang memang tak lah berapa banyak pun) dan kita hulurkan kepada mana2 tabung untuk rakyat Palestin, nescaya insyaallah tidak kebulur pun kita sehingga penghujung bulan, namun setiap ringgit yang kita hulurkan (jika sampai ke sana, kena pastikanlah ikut proper channel), insyaallah akan dapat meringankan bebanan mereka yang bukan sahaja kebuluran makanan, tetapi juga ubat2an, peralatan dsbnya. Banyak sekali pertubuhan2 keamanan seperti Aman Palestin, Mercy, Global Peace dsbnya, carilah mereka dan hulurlah bantu yang termampu. Mengikut 8 Jan 2009, RM150.00 cukup untuk menyara seorang rakyat Palestin untuk sebulan!. Jom Jihad!

Read Full Post »

Older Posts »