Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Fiqh’ Category

Jika anda melihat orang bukan Islam, maka bersyukurlah kerana anda berada dalam Islam. Jika anda melihat orang yg suka berbuat dosa, maka bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda berada dalam taqwa. Jika anda melihat orang bodoh, maka bersyukurlah kerana anda masih memiliki ilmu. Dan jika melihat orang mendapat bencana maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar darinya.                                    Muntiara 453 – Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Banyak2lah bersyukur kerana sebenarnya bersyukur atas nikmat Allah itu lebih sukar daripada bersabar dengan ujianNya – pesan org tua saya dulu2.

Sekarang sebagai test drive self check; Adakah kita tahu, amalkan dgn istiqamah, faham maknanya akan DOA KELUAR TANDAS? (jika sesiapa tidak hafal, sila rujuk anak2 tadika atau darjah satu, 98% mereka hafal doa ini). Sekurang-kurangnya bacalah;

yang maknanya: “Aku memohon keampunan daripadaMu”.  …. dibaca sebagai tanda kesyukuran selepas kita selesai menyelesaikan ‘hajat’. Berapakah NILAI nya? Saya pun kurang pasti, tetapi jika di ambil kira dengan keupayaan yg dikurniakanNya untuk melepaskan kotoran (cair dan pejal) dari badan TANPA perlu kepada tiub kesihatan, tanpa perlu di bantu dgn alat2 bantuan khas, tanpa perlu ada kepakaran tertentu, maka sememangnya wajar nikmat dapat memboloskan diri dari kotoran cair dan pejal itu di sertakan dgn selafaz doa sebagai tanda kesyukuran.

Begitu juga dengan do’a selepas ‘kematian kecil’ iaitu ketika bangun dari tidur, DOA bangun tidur – Berapa NILAInya? Sama2lah kita semak maknanya dan saling mengingatkan diri untuk bersyukur dgn nikmat2 harian yg kepada sesetengah jiwa, sudah menjadi ‘routine’ harian,,,,, – now kepada semua (termasuk saya) sama2 amalkan doa2 harian, sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat Allah SWT yg tidak ternilai ini.

Read Full Post »

Sebagai sambungan komentar Ust Anzaruddin berkenaan kesalahan kecil yang sering kita lihat, ingin saya titipkan nota seterusnya.

Di bulan Ramadhan ni, kita dapat lihat ramai ahli2 baru yang mengunjungi masjid untuk menyahut peluang yang Allah sediakan dengan ganjaran pahala berlipat ganda, yang mana amalan2 wajid itu digandakan berganda2 ganjarannya, dan amalan2 sunat itu diganjarkan spt pahala amalan wajib. Maka berpusu2 kita memeriahkan masjid, alhamdulillah meriah sungguh. Namun, kita juga di ingatkan, jangan buat amal dengan ikut2 tanpa ilmu.

Kerana takut2kan amalan kita menjadi sia-sia atau tidak diterima kerana kita kurang ilmu. Kita janganlah menjadi ahli golongan orang yang ‘tidak tahu yang kita tidah tahu’. Di antara kesalahan biasa yang di perhatikan (komentar Ust Anzaruddin) lagi, ialah;

Mengakhirkan solat tidak bersama Imam.

Kekadang, sesetengah tempat akan bertarawih 20 rakaat dan tambah 3 rakaat witir, setengah tpt buat 8 rakaat je tarawih. Tak perlu kita bertegang urat untuk membahaskan 8 ke 20? 20 ke 8? itu telahpun di bahaskan oleh para Ulama dan keputusan telahpun di putuskan. Cuma, bila kita bingkas keluar saf selepas 8 rakaat, kerana imam buat 20 rakaat, ataupun kerana kita hendak sambung lagi 12 rakaat tapi imam dah nak solat witir, jadi kita tinggalkan jemaah dan sambung bersendirian. Alangkah ruginya, kerana niat hendak beramal yg sunat tetapi terlepas ganjaran beribadah sepanjang malam kerana kita cetek ilmu. (more…)

Read Full Post »

Selepas panas tapak kaki unta, begitulah sabda Nabi s.a.w bila ditanya mengenai waktu solat sunat Dhuha. Dhuha maksudnya pagi, dan di tempat kita masuknya waktu Dhuha ialah 28 minit selepas waktu syuru’. Mengikut pendapat Imam Nawawi waktu afdalnya ialah selepas berlalunya 1/4 tempoh siang hari iaitu 10am (Kitab al-Majmu’ ). Saya tidak berniat untuk menotakan kelebihan solat sunat Dhuha, yang telah banyak kali diperkatakan oleh Ustaz2 tenaga pengajar, pendakwah2 dan sekalian cerdik pandai. Memang kelebihan solat sunat Dhuha ini sangatlah tinggi.

Namun, apa yang penting pada pengamatan saya ialah bagaimana hendak kekalkan amalan solat sunat Dhuha ini? Bagaimana hendak istiqamah dalam mengerjakannya? Ada ada petua untuk membantu saya dan orang lain mengekalkan amalan harian ini? Silakan, bantulah saya. (more…)

Read Full Post »

Model kena rotan

Kepoh satu Malaya bila semalam, Tuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman maksima rotan 6 sebatan dan denda RM5,000 kepada seorang model wanita (mungkin yang pertama di bumi Malaya) kerana kesalahan minum arak di tempat awam, bersama suaminya.

Ada sebahagian tokoh2 agama yang memberi pandangan bahawa hukuman itu lebih kepada untuk memberi keinsafan kepada pesalah untuk menjauhkan dari kesalahan tersebut dan bukan untuk menyakitkan. Ada seorang presiden pertubuhan wania muslim yang turut menyokong hukuman tersebut kerana dikira akan memberi peringatan kepada wanita tersebut untuk tidak mengulanginya. Namun tidak kurang pula NGO-NGO wanita lain, ahli politik, dsbnya yang sebahagiannya beragama Islam memandang hukuman itu sebagai tidak setimpal dengan kesalahan. Ada yang berkata hukuman sebat kepada wanita adalah satu kekejaman yang jelas, perlu dihentikan, tidak civilised dsbnya.. Pagi tadi semasa kuliah Jumaat, sempat saya ajukan soalan berkenaan kepada guru yang mengajar, Ust Nazmi Abdul Karim. Dan jawapannya, memang membuka minda cetek saya berkenaan hukum Fiqh (yang memang saya ketandusan). Katanya… (more…)

Read Full Post »

Sesiapa yang ada terbaca Harian Metro Ahad 5/7/09 akan maklum berita berkenaan CERAI KILAT yang dilaporkan. Macam-macam berita dikhabarkan berkenaan kes penceraian yang meningkat di seluruh negara dan mendapat perhatian tak banyak pihak, mungkin kerana ada banyak lagi kes-kes sosial yang lain yang mendapat tempat di hati masyarakat seperti hal kematian Micheal Jackson, al- malklom yg ini dikira ikon, tapi masalah sosial dianggap hal peribadi.

Menarik perhatian saya untuk membaca terus berita cerai-berai ni kerana ada sebab2 yg tak munasabah dilaporkan seperti kes buat air tak cukup gula, suami lupa tarikh lahir, malahan ada isteri yang mohon cerai selepas tiga hari kahwin, dan hanya selepas dua tahun baru sang suami lepaskannya. Aduhai, sakit masyarakat nih, ramai2lah kita ambil iktibar dan ambil berat untuk menghadapinya. Dulu ada belajar bab2 cerai-berai dalam kelas Fiqh, cuma tak berapa tumpu perhatian, rasanya kena rujuk balik nota sebagai pedoman. (more…)

Read Full Post »

Dalam edisi kelas fardhu ain yang terkini (murid-murid tua belajar silibus kanak-kanak), Ust Nazmi membariskan sepintas lalu syarat-syarat untuk seseorang boleh di pilih untuk menjadi imam solat, atau memilih diri sendiri untuk menjadi imam.

Rupanya, criteria untuk melayakkan diri sebagai seorang imam itu bukan setakat bacaannya betul (spt dalam banyak kes), ada 6 syarat yang dibariskan Ust sebagai kriteria untuk memilih seseorang menjadi imam.

Dalam banyak keadaan, kita cuma perlu kriteria pertama dan sudah memadai untuk memilih imam. Tapi bayangkan, jika ada 5 orang lelaki, hebat2 belaka, dalam satu qariah, masing2 mempunyai kekuatan mereka sendiri, bagaimanakah kita memilih imam yang akan menerajui solat berjemaah?

6 garis panduan untuk memilih imam adalah seperti berikut;
1. Qariun – bacaan al-Qur’annya betul (bukan sedap lagunya, tapi betul tajwid dan cara bacaannya). Ada juga org yang bunyi bacaannya mendayu2 tapi tak kena tajwid.. Patutlah semasa belajar tajwid di masjid, pak imam (guru) akan meminta (paksa rela) murid2 membaca dengan kuat, sorang-sorang, dan murid2 lain mendengarnya, sambil tu pak imam bagi komen, chorus tak betul, pitching nuuunnn pendek, nafas sesak, etc. Sebenarnya, itu sebagai endorsement untuk pak imam kenal siapa yang dia boleh tarik untuk menggantinya jika perlu.

2. Faqih – jika ke semua 5 calon lulus kriteria-1, kena tengok pula siapa di antaranya yang paling arif, tinggi ilmu Fiqhnya. Baru tahu siapa yang paling mahir hal-hal batal, sah, makhruhnya.

3. Paling elok pekerjaannya. Mengikut Ustaz, definasi ‘paling elok pekerjaannya’ adalah orang yg bekerja dengan tulang empat keratnya (i.e petani, penoreh kot). Kalau di bandar2 (mana ada petani, penoreh getah), kena pilih siapa yang paling baik kerjaanya (kurang syubhah etc)

4. Paling sedab bacaannya di antara kelima yang tercalon tadi selepas 3 kriteria pertama semuanya seri, sama2 hebat.

5. Paling tampan wajahnya. Jika setelah dibanding kesemua kriteria di atas, masih seri, imam hendaklah dipilih siapa yang paling tampan. Saya kurang pasti kenapa (masih mencari), mungkin juga mencari definasi wajah tampan,,,,perasan tak tampan lah ni. Tapi ini semua Ciptaan Allah belaka, cuma ini kan pengajian, mesti ada sebabnya.

6. Sekiranya, selepas di timbang kira kesemua ke lima2 prasyarat di atas, masih tidak dapat membuat keputusan, maka kriteria terakhir yang di ambil kira di pilih untuk menjadi imam lelaki yang mempunyai isteri paling cantek. Time ni kesemua para suami mithali ketawa, senyum, senggih, atas pelbagai sebab. Mungkin ada yang terasa isterinya paling cun, cantik, anggun. Iye lah, siapa yang tak rasa isterinya lawa? Bila ditanya kenapa perlu ada kriteria ke-6 ini, jelas Ustaz, menerusi satu cerita.

Katakan, si Ahmad ni, dalam perjalanan ke masjid tadi terserempak dengan seorang wanita cun, anggun, cantek di matanya. Ada kemungkinan si Ahmad akan terbayang dan terlintas dalam solatnya, menjadikan solatnya tidak kusyuk. Tetapi, sekiranya si Ahmad yang dilantik menjadi imam solat berjemaah itu mempunyai isteri yang cun, anggun dan cantek, maka wanita yang dia terserempak dalam perjalanan ke masjid tadi tiada sedikit menggugat perasaannya, kerana si isterinya lagi menawan hatinya, dan kuranglah kemungkinan berlaku lintasan berkaitan dalam solatnya.

Waallahualam.

Read Full Post »

“Maaf Bang, rambutan tak boleh pilih tau!, pilih kira harga lain!”
Pernah terkena ke gitu bila pergi membeli di pasar minggu ke, pasar borong ke, kedai runcit ke?Dalam melakukan jual beli, adalah dalam Islam dibolehkan untuk memilih, akan diteruskan jual beli atau tidak, disebabkan terjadinya sesuatu hal. Hal ini disebut sebagai Khiar (memilih).

Sebab itu, jika ke pasar minggu, bila si penjual tidak benarkan pembeli memilih, terutama bila membeli buah tempatan, saya cuma akan angkat kaki ke gerai yang lain, yang boleh kita pilih beliannya. Tak perlu banyak2 soal. Ada pun dalam pengajian Fiqh, khiar itu ada 3 macam;

1. Penjual dan Pembeli, boleh melalukan khiar samada jadi jual atau jadi membeli. Satu hadis riwayat Muslim bermaksud;


” Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w. beliau bersabda,” Bila dua orang berjual beli, maka masing-masing boleh khiar (jadi atau tidak jual belinya), selama keduanya belum bercerai (bersurai)”.


2. Khiar syarat; ertinya si penjual atau si pembeli mensyaratkan sesuatu syarat, yang akan menguntungkan kepada salah satu pihak, asal tidak merosakkan yang diperjualbelikan itu.

Sebagai satu penerangan, dinotakan satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud;

” Dari Jabir r.a. bahawa ia pernah menjual seekor unta kepada Nabi s.a.w. dan disyaratkannya, supaya ia boleh menunggang unta itu untuk pulang ke rumahnya”.

3. Khiar aib, iaitu si pembeli mensyaratkan, kalau barang yang dibeli itu ada cacatnya, maka barang itu akan dikembalikan.

Seperti seorang yang membeli sebuah kereta. Setelah kereta itu digunakan beberapa hari didapati ianya ada kerosakkan seperti kesan2 kemalangan lampau. Tanda-tanda kerosakkan itu sudah lama, dan pasti sudah ada sebelumnya dibelinya, lantaran yang demikian jual beli ini dapat atau boleh dibatalkan (ade ke agen kereta terpakai yang benarkan hal gini?). Sedang faedah yang didapatinya selama menggunakan kereta tersebut adalah hak pembeli, kerana andai kata kereta itu rosak teruk dan berlaku kemalangan semasa penggunaan sipembeli antara masa akad dengan membatalkannya, adalah itu adalah tanggungjawabnya (sipembeli).

Khiar syarat hanya boleh selama 3 hari (return within 3 days of purchase). Dan bila terlebih 3 hari, teruslah akad. Sebabnya, dalam masa 3 hari itu sudah cukup untuk mengetahui sesuatu berhubung barangan yg telah diperjualbeli itu.

Ref: Ust H Idris Ahmad S.H

Read Full Post »

Ini bukanlah tempat nak iklankan ruangan mencari jodoh atau pasangan. Dan bukan juga tempat iklan mencari mak janda (muda / tua).

Cuma nak berkongsi ilmu yg berkaitan dengan janda (muda dan tua) dan lihat sendiri apa yang ada dalam masyarakat sekeliling, mungkin kerana cetek, tandusnya ilmu agama dan kegopohan mengejar kehidupan dunia. Malah ada yang (akan) beranggapan kita ini kolot jika kita masih mengikut landasan yang telah disyariatkan dalam Ad Din kita. Ini persoalan dalam kes-kes Al-Ahdad (sumber ref: Fiqh Syafi’i -jilid 2).

Al-Ahdad ertinya membatasi diri, iaitu larangan memakai perhiasan yang indah-indah dan berbau harum ke atas para isteri-isteri yang kematian suami, selama waktu si isteri dalam idah wafat. Dan selama 3 hari jika yang meninggal itu anaknya, ibunya atau lain-lain ahli keluarganya. Dan kalau yg meninggal itu suaminya, tempoh idah wafat ialah EMPAT bulan.

Dalam satu hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bermaksud;

Dari Ummu Athiyah r.a berkata, adalah kami dilarang memakai perhiasan di waktu kematian lebih dari tiga hari, kecuali di waktu kematian suami iaitu empat bulan sepuluh hari, serta kami tidak boleh bercelak dan tidak boleh pula berharum-harum dan tidak boleh memakai kain yang berwarna (warni)”.

Hikmah Ahdah
Hikmahnya Ahdad ini diwajibkan ke atas perempuan ialah untuk menyatakan kerusuhan hatinya kerana kehilangan suami yang dengan izin Allah telah menjadi pembelanya, yang memberi belanja, tempat tinggal dan sebagainya. Oleh itu, wajiblah si isteri menzahirkan kesedihan atas hilangnya nikmat yang besar itu.

Syariat Islam ini jauh lebih baik mengatasi amalan2 di zaman jahiliah yang apabila berlaku kematian suami, si isteri akan memakai pakaian berwarna hitam, tidak memakai haruman dan terus tinggal sendirian selama setahun lamanya. Perbuatan jahiliah ini jelas jauh berlebih-lebihan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 234 bermaksud;
” Maka apabila idah mereka telah sampai, maka tidaklah berdosa kamu melakukan sesuatu atas diri mereka (membiarkan berhias), menurut apa yang patut dan Allah selalu memperhatikan segala yang kamu kerjakan.”
Waallahualam

sekadar hiasan, makhluk kesepian, tanpa wangian dan tanpa hiasan diri

Read Full Post »

Sekali dengar pengajian Ust Dr Zaki, bunyinya macam 18SX, tapi dari pengamatan dan setakat yang diketahui, beliau ni seorang yg serius, tak cakap yg mengarut-ngarut, tak de pulak terdengar ketawa berdekah-dekah.

Bila dirujuk semula, rupa-rupanya bukanlah cerita tentang anu ke, tentang yg menggairahkanke, cuma pengajian bab cukup umur, dalam hukum fiqh. Pengajian kali ini mengenai maksud dan petanda2 cukup umur, sangat penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak2 remaja yg sedang meningkat umur seperti saya.

Bila disebut anak bawah umur maksudnya ialah anak yang belum akil-baligh (belum muqallaf). Berhubung akalnya belum bebas dari diawasi oleh wali atau kedua ibu bapanya. Kalau ada harta bendanya (jika kematian ayah), maka tidak boleh diserahkan kepadanya kecuali sudah baligh.

Tanda-tanda akil-baligh adalah seperti berikut;
1. Telah sampai umur 15tahun (lelaki) atau haid bagi perempuan.

Dalam satu hadis sahih riwayat Bukhari Muslim, dinyatakan;
Dari Ibnu Umar r.a, ia berkata;” Pernah aku dibawa kepada Nabi s.a.w. untuk turut berperang pada hari perang Uhud, sedang aku masih berumur 14tahun, maka aku tidak dibolehkannya. Dan aku pun pernah pula dibawa untuk turut berperang pada hari perang Khandak, dan aku telah berumur 15tahun, maka dibolehkannya aku.”

2. Telah tumbuh rambut di kemaluan.

Dalam satu hadis berkaitan, yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, bermaksud;

Dari Athiyah Al-Qurzy r.a., ia berkata;” Pernah aku dibawa kepada Nabi s.a.w. pada hari perang Khandak. Ketika itu, sesiapa yang telah ada tumbuh bulu (di kemaluannya), setelah ditangkap terus dihukum mati, dan sesiapa yang belum tumbuh bulu dilepaskannya. Maka aku adalah termasuk orang yang belum tumbuh bulu (di kemaluan), maka ia lepaskan aku”.

3. Telah bermimpi (bersetubuh atau sebagainya yg mengeluarkan air mani) sebagai orang dewasa.
Dalam satu hadis, dari Ali r.a, ia berkata: Pernah aku menghafaz hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bersabda:”Tidak dianggap anak kecil lagi sesudah bermimpi”. Riwayat Abu Daud

Dalam Fiqh Syari’i Jil-2 (Ust Hj Idris Ahmad S. H) dinyatakan bahawa disamakan dengan bermimpi orang yang sudah keluar mani, baik waktu ia bermimpi atau sedang ia sedar, atau ia sudah ada syahwat untuk bersetubuh antara lelaki dan perempuan.

Yang mana nak dicheck dulu ni, tengok2 kot2 dah ada bulu…!

Read Full Post »

Hadis Pagi Jumaat: Menanam Pokok di Pinggir Jalan
Fenomena biasa bagi warga kota yang tinggal di kawasan taman perumahan ialah ketandusan tanah untuk bertanam. Walaupun rumah yang didiami adalah ‘landed property’ tapi tiada kawasan tanahnya, ataupun kawasan yang ada telah dikorbankan menjadi tempat parkir kenderaan, atau telah diturap dengan tiles dan menjadi kawasan pasu2 bunga, ataupun telah dikorek menjadi kolam ikan perhiasan (macam perli diri sendiri je). Tapi jari2 hijau ni masih inginkan tanam pokok2 besar seperti mangga, jambu air cuma kawasannya di mana?

Jika anda mempunyai wang lebihan dan mahukan pelaburan, bolehlah ke kawasan2 yang masih ada tanah2 kebun untuk dijual lalu belilah kebun itu dan usahakan. Jika anda jenis yang inginkan kawasan luas dan punyai tenaga kuat, bolehlah usulkan kepada Kerajaan Negeri untuk usahakan tanah2 kerajaan yg masih kosong. Tapi jika anda bukan semua yang di atas, maka tanah2 tepi jalan depan rumah, tepi rumah, belakang rumah lah yg akan dijadikan pilihan.

Dulu, semasa di Puchong, saya pernah menanam pokok2 mangga, betik, pisang, di tepi seberang jalan depan rumah. Kebetulan depan rumah di seberang jalan tu tanah lapang terus dijadikan tanah utk bertanam. Namun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah MahaBijaksana. Satu hari pihak MPSJ datang dengan lori biru mereka dan menebang kesemua pokok2 tersebut dengan alasan ianya tidak akan dijaga dan akan menambahkan kos operasi mereka untuk menjaganya nanti. Ikut suka tuanlah, saya hanya berbakti pada tanah, tapi mungkin salah tempat. Di kala pokok2 mangga berbuah, setiap kali itu buah2nya akan diambil (dicuri?) orang, mungkin mereka tidak mampu membeli sendiri dan segan untuk minta dari saya. Tak pe lah saya halalkan semuanya.

Dari dibiarkan tanah kosong dijadikan tempat sampah, baik tanam pokok buah

Begitulah menurut Fiqh Syafi’i Jilid-1 (m/s 122), apabila seseorang menanam pokok di pinggir jalan, maka bila pokok itu berbuah dan buahnya jika di makan burung atau diambil orang, maka itu kira sedekah.
Satu Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: Dari Anas r.a Dari Nabi s.a.w, beliau bersabda tidaklah dari seseorang muslim yang menanam pokok, lalu buahnya dimakan burung atau manusia, atau lain binatang, melainkan adalah baginya dengan yang dimakan itu menjadi sedekah baginya”.

Read Full Post »

Older Posts »