Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Hadits’ Category

Ingin penulis membawa satu hadis dari riwayat sahih Bukhari seperti di bawah. Saya percaya ramai yg telah maklum dgn hadis ini, di sebut oleh penceramah2 bila membahaskan hal2 khilafiyah berkenaan bacaan talkin, pahala membaca Al Qur’an kepada si mati, dalam pertelingkahan berkeaan perkara2 bid’ah dsbnya. Namun, bukan itulah tujuan nota ini.

Yang menulis lebih cenderung untuk membawa diri dan pembaca kepada isi kandung hadis dan kemudian amalan2 harian yg tersurat dalam hadis, dan lebih fokus kepada siksaan akibat amalan buruk yg ringan spt disebut oleh hadis, dan bukan lah untuk menilai amalan2 yg di qiyaskan dari hadis ini spt menanam pokok di kuburan, menabur bunga di pusara, menyiram air bunga, dsbnya.

Hadisnya adalah spt berikut:- 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

Maksudnya:“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.”

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-Baul.)

Dua amalan yg disebut dalam hadis bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Perkara 1. (Bagi lelaki) – Seorang tidak bersuci daripada kencing – tidak melakukan amalan berIstibra’ – yakni mengeluarkan lebihan air kencing daripada zakar semasa berhadas kecil. Mengikut biologi lelaki, memang menjadi kecenderungan untuk air kencing lelaki untuk tidak habis keluar dan tinggal titisan di ‘alat’ kencing’. Dan Istibra’ adalah amalan spt berdehem, batuk2 ataupun mengurut zakar supaya lelehan kencing itu keluar. Jika tidak, adalah dikhuatiri lebihan itu akan keluar semasa seseorg itu solat, dan bayangkan jika tidak diamalkan amalan sunnah sebegini, dan lelehan itu keluar semasa seseorg itu bertawaf, maka bertawaflah dia dengan keadaan najis… kan sedih gitu, hanya di sebabkan amalan sunnah yg kecil je di mata mereka yg tidak cakna.

Camna nak urut benda tu kalau kencing berdiri gini?

Perkara ke -2 : di sebut dalam hadis ialah manusia (kebiasaannya wanita) yang suka berjalan ke sana ke mari menjaja cerita orang lain, mengadu-domba, membawa mulut. Timbullah istilah minah CNN, makcik satelite, dsbnya. Perkara seperti ini seolah di pandang engteng oleh sebahagian ahli masyarakat, namun, implikasinya sangat besar lagi merbahaya. Akhirnya, izinkan saya kongsikan kata pujangga purba…. tutur kata itu indah ibarat perak, namun diam itu lagi indah ibarat emas...waallahualam 

Read Full Post »

Ceritanya bermula bila saya kerap ke tandas awam masa cuti2 raya semalaya haritu. Banyak tempat2 yg disinggahi, kebanyakkan saudara2 muslim, bila melepaskan hajat kecil, ramai yang ikut suka je, ‘ikut dang’ kata org kampong. Ada lah macam2 gaya. Lepas tu teringat satu kisah, hadis dari sahih Muslim, pernah di ajar untuk menjaga tatasusila, SOP, bila melepaskan hajat kecil. Supaya kita termasuk dalam kategori org2 yang tahu, dan amal, dalam menjaga tatasusila bila melepaskan hajat kecil;

Dalam satu Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439) (more…)

Read Full Post »

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan blogging setelah lama menyepi, kerana disibukkan dengan pelbagai urusan dunia dan akhirat di hujung Ramadhan 1430H dan di awal Syawal. Diharap kepada semua yang telah menyambut hari kemenangan bermula 1 Syawal sehingga sekarang telah dapat memenuhi segala tuntutan diri, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Tak lupa juga kepada yang kurang bernasib baik, kemeriah Syawal ini sememangnya perlu disambut dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka juga. Dan kepada beberapa rakan yang kehilangan ahli keluarga semasa sambutan Syawal kali ini, di harap dapat bersabar dengan dugaan yg di alami. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan aturanNya adalah yang terbaik.

Imbas kembali sambutan malam 1 Syawal di kampung keluarga isteri tercinta, sungguh berbeza jauh dengan apa yang disarankan oleh guru-guru kuliah. Pesan guru, hidupkan malam Raya nanti sebagaimana saranan Rasulullah s.a.w yang pernah bersabda (sedikit sebanyak maknanya): “Barang siapa yang menghidupkan kedua-dua malam Raya ( Eid dan Ad-ha), maka sesungguhnya Allah janjikan akan hati mereka terus dihidupkan (dengan Nur iman) dikala semua hati-hati akan dimatikan”. Maka dengan perancangan teliti saya mengatur langkah menyediakan diri menanti malam 1 Syawal. Sedih sungguh apabila masjid yang dikunjungi di malam Raya kali ini tidak berapa nak hidup, takbirnya cuma seperti segan-segan, dengan nada pilu (mungkin sudah sebati dgn naluri nusantara), dan sebaik sahaja selesai takbir semua jemaah bangkit pulang. Ramai yang sudah awal-awal lagi pulang ke rumah, berlumba2 membakar mercun berdetum-detum (sampai ada yg berterusan dgn mercun sampai subuh). (more…)

Read Full Post »

Menuju ke penghujung Ramadhan 1430H, seperti mana2 tahun2 sebelumnya, maka tiada apa yang lain yang di cari melainkan mencari suatu malam yang Allah Firmankan sebagai satu malam yg lebih baik di sisiNya daripada seribu bulan (surah al-Qadar). Manakan ada manusia pada zaman ini dapat beribadah kepadaNya selama 83thn 4 bulan Non Stop. Maka saya dan seluruh umat Islam di zaman ini, dan dari zaman awal Umat Nabi Muhammad s.a.w tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang MENINGKATKAN ibadah di malam2 akhir Ramadhan untuk mendapat ganjaran seribu bulan tersebut, Insyaallah.

Ust Dr Azhar Yaakob, seorang penceramah yg hebat ilmunya datang berkongsi dengan jemaah di tempat saya berkenaan penyediaan diri mencari malam Qadar ini. Mengikutnya, sepertimana dalam banyak hadis yang sahih sanadnya, malam Qadar ini adalah salah satu malam dari malam2 di bulan Ramadhan. Jadi sesiapa yang telah konsisten berjemaah Maghrib dan Isya’ berjemaah dari awal 1 Ramadhan (rujuk sbg Perkara-1) sehingga malam akhir Ramadhan, insyaallah mereka akan mendapat ‘sebahagian’ dari malam Qadar, yang pasti berlaku dalam satu malam dari malam2 tersebut. (more…)

Read Full Post »

Sebagai sambungan komentar Ust Anzaruddin berkenaan kesalahan kecil yang sering kita lihat, ingin saya titipkan nota seterusnya.

Di bulan Ramadhan ni, kita dapat lihat ramai ahli2 baru yang mengunjungi masjid untuk menyahut peluang yang Allah sediakan dengan ganjaran pahala berlipat ganda, yang mana amalan2 wajid itu digandakan berganda2 ganjarannya, dan amalan2 sunat itu diganjarkan spt pahala amalan wajib. Maka berpusu2 kita memeriahkan masjid, alhamdulillah meriah sungguh. Namun, kita juga di ingatkan, jangan buat amal dengan ikut2 tanpa ilmu.

Kerana takut2kan amalan kita menjadi sia-sia atau tidak diterima kerana kita kurang ilmu. Kita janganlah menjadi ahli golongan orang yang ‘tidak tahu yang kita tidah tahu’. Di antara kesalahan biasa yang di perhatikan (komentar Ust Anzaruddin) lagi, ialah;

Mengakhirkan solat tidak bersama Imam.

Kekadang, sesetengah tempat akan bertarawih 20 rakaat dan tambah 3 rakaat witir, setengah tpt buat 8 rakaat je tarawih. Tak perlu kita bertegang urat untuk membahaskan 8 ke 20? 20 ke 8? itu telahpun di bahaskan oleh para Ulama dan keputusan telahpun di putuskan. Cuma, bila kita bingkas keluar saf selepas 8 rakaat, kerana imam buat 20 rakaat, ataupun kerana kita hendak sambung lagi 12 rakaat tapi imam dah nak solat witir, jadi kita tinggalkan jemaah dan sambung bersendirian. Alangkah ruginya, kerana niat hendak beramal yg sunat tetapi terlepas ganjaran beribadah sepanjang malam kerana kita cetek ilmu. (more…)

Read Full Post »

Bersedekah bukanlah bermusim tapi…

Musim Ramadhan yang bakal menjenguk beberapa hari lagi, insyaallah akan membuka ruang untuk sekalian umat Islam untuk menjadi lebih mudah untuk bersedekah. Di harapkan bukanlah bermusim, tetapi kita mengambil peluang untuk melipat gandakan amalan sedekah kita kerana segala amalan adalah di lipat gandakan ganjarannya di bulan yang mulia ini.

Sabda Nabi s.a.w,Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakitmu dengan bersedekah dan hadapilah pelbagai bala itu dengan berdoa”.

Dan dalam satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah, tiada seorang pun yang memaafkan kezaliman melainkan Allah menambahkan kemuliaannya, dan tiada seorang pun yang tawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya”.

Dan kemuncaknya ialah petikan dari Al-Qur’an surah Al Baqarah ayat 268, Allah berfirman;

 

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ

 

يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ 

 

Syaitan itu menjanjikan (menakut-makutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya”.

Banyak masjid surau yang akan mengadakan tabung-tabung khas sempena Ramadhan, maka sesekali lalu di tepi tabung itu janganlah segan2 untuk menghulurkan sekeping dua wang kertas. Ataupun akan didatangkan bertemu kita sekian-sekian orang yg datang meminta-minta, sedarlah, walaupun apa persepsi kita, ada sesetengahnya memang berbuat demikian kerana paksaan hidup…maka hulurlah seringgit dua, kalau mampu hulurlah cukup untuk mereka sediakan satu juadah berbuka..

sama-samalah merebut peluang yang Allah sediakan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w ini, kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat kita.

 

Tuan, puan, bantulah kami

Tuan, puan, bantulah kami

 

Read Full Post »

Sekarang ni musim H1N1 influenza A, masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga memakai topeng mulut, dan seboleh-bolehnya tidak bersin di khalayak ramai. Kalau dulu, saya kebiasaannya akan melepaskan sepuas-puasnya angin bersin, berserta dgn cecair yg ingin keluar, dan semestinya dengan bunyinya sekali, di celah2 tangga dalam bangunan, sehingga bergema satu blok (AMARAN: Cara ini tidak menepati sunnah, dan ada kemungkinan akan mendapat rungutan tenant yang lain), kini, bersin pun sempoi2 je, simpul2 malu, antara nak bunyi tak bunyi je. Control gituew.

Satu soalan pernah saya tanya diri dahulu, apakah kita ni harus mendoakan orang Islam yang bersin, tak kira mereka mengucapkan Alhamdulillah atau tidak?.

Maka terjumpalah satu hadis riwayat Muslim, daripada Abu Musa r.a., katanya; saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

“Jika seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan Alhamdulillah, maka hendaklah kamu mendoakannya. Jika dia tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka JANGAN mendoakannya!” (more…)

Read Full Post »

Older Posts »