Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘happiness’ Category

Jika anda melihat orang bukan Islam, maka bersyukurlah kerana anda berada dalam Islam. Jika anda melihat orang yg suka berbuat dosa, maka bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda berada dalam taqwa. Jika anda melihat orang bodoh, maka bersyukurlah kerana anda masih memiliki ilmu. Dan jika melihat orang mendapat bencana maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar darinya.                                    Muntiara 453 – Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Banyak2lah bersyukur kerana sebenarnya bersyukur atas nikmat Allah itu lebih sukar daripada bersabar dengan ujianNya – pesan org tua saya dulu2.

Sekarang sebagai test drive self check; Adakah kita tahu, amalkan dgn istiqamah, faham maknanya akan DOA KELUAR TANDAS? (jika sesiapa tidak hafal, sila rujuk anak2 tadika atau darjah satu, 98% mereka hafal doa ini). Sekurang-kurangnya bacalah;

yang maknanya: “Aku memohon keampunan daripadaMu”.  …. dibaca sebagai tanda kesyukuran selepas kita selesai menyelesaikan ‘hajat’. Berapakah NILAI nya? Saya pun kurang pasti, tetapi jika di ambil kira dengan keupayaan yg dikurniakanNya untuk melepaskan kotoran (cair dan pejal) dari badan TANPA perlu kepada tiub kesihatan, tanpa perlu di bantu dgn alat2 bantuan khas, tanpa perlu ada kepakaran tertentu, maka sememangnya wajar nikmat dapat memboloskan diri dari kotoran cair dan pejal itu di sertakan dgn selafaz doa sebagai tanda kesyukuran.

Begitu juga dengan do’a selepas ‘kematian kecil’ iaitu ketika bangun dari tidur, DOA bangun tidur – Berapa NILAInya? Sama2lah kita semak maknanya dan saling mengingatkan diri untuk bersyukur dgn nikmat2 harian yg kepada sesetengah jiwa, sudah menjadi ‘routine’ harian,,,,, – now kepada semua (termasuk saya) sama2 amalkan doa2 harian, sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat Allah SWT yg tidak ternilai ini.

Advertisements

Read Full Post »

Perjalanan mencari Cinta Abadi telah membawa saya ke satu majlis Ilmu yang pemberi ilmunya seorang yg sering mentarbiyahkan orang2 kampung, pakcik2 pesara dan sememangnya bahasa yg di gunakan oleh penceramah adalah bahasa yg sesuai sangat untuk para pendengar dari kelompok tersebut. Mudah, terus, kekadang bahasa yg kasar, tiada berselindung, dan jelas tiada unsur2 politiking.

Dalam menterjemahkan huraian Minhajul Abidin oleh Imam Al Ghazali, dalam bab2 taubat, saya di terjahkan dengan istilah tak biasa kita dengar…. Taubat Cabai dan Taubat Tahi!

Nah engkau!, apa halnya cabai dan tahi dengan taubat, dengan Imam Al Ghazali dan dengan mencari keredhaanNya? Panic di buatnya. Namun, setelah difikirkan dan di saringkan, kena pulak dalam suasana yang mana keseluruhan murid yang hadir (tolak diri saya je) kesemuanya adalah warga pencen dan penghuni tempatan yang aktiviti rasmi hariannya ialah menghabiskan masa di warong Mek Yah sambil melewati haji dan kapit dalam main dam. Dan kerja sambilan mereka ialah mencari duit dengan kutip buah kelapa sawit dan berkebun. Tidaklah ada niat memandang rendah kepada mereka sedikitpun, namun itulah hakikatnya dan ‘sometimes reality bites’. Jadi tidaklah salah bila istilah Taubat Cabai dan Taubat Tahi keluar dari mulut penceramah, kerana itu mungkin menepati penerimaan para pendengar.

Rupanya; Taubat Cabai ialah org yg kononnya bertaubat, tapi seolah2 bertaubat hanya kerana implikasi sementara, umpama seperti selepas terburai urat perut lepas kena masak sambai tumis cabai kering… terus bertobat tak mau makan lagi… tapi lepas je clear perut celaru, lepas je hilang panas perit pedas di mulut, segala perit pedas hilang, dan hilanglah penyesalan akan dosa yg di buat, maka di ulang2 lagi perbuatan dosa yang sama, tanpa ada rasa keazaman untuk tidak mengulangi lagi kesalahan dosa tadi… org kampung tu panggil taubat cabai,,, saya pun sengeh je la.

wild fruits

Ini bukan cabai tapi buah salok kampong, turut dijadikan sajian ulaman

Taubat Tahi

pula di ceritakan kisah umpama seorang yg TERmakan tahi, terutama tahi sendiri (bukan tahi Ayah Pin yg di kapsulkan). Dah terkena sekali, walaupun segigit, maka sampai sudah akan terus berhati2, takut2kan terkena lagi, malah cukup membenci akan keTERtidak sengajaan dia TERmakan tahi (terutama tahi sendiri). Maka akan tertanam sikap keazaman tinggi untuk tidak terjebak lagi makan tahi, memohon ampun kerana kesalahan TERmakan tadi dan berIKHTIAR bersungguh2 untuk menggelakakan perkara yang sama berulang. Begitulah tuntutan taubat seperti dalam huraian kitab Minhajul Abidin tulisan terakhir Iman Al-Ghazali yang dianggap penulisannya yang paling populer.

minhajul abidinSesiapa yang berhajat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan 4 syarat taubatul nasuha yang di gariskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin, bolehlah mengikuti kelas2 kuliah oleh Ustaz2 yang diiktiraf oleh pihak2 berkuasa, di kawasan berhampiran dgn anda, kerana saya percaya kitab ini adalah antara kitab terlaris yang digunapakai oleh Ustaz2 untuk pengajian.

 

Read Full Post »

Seminggu dua ini saya sibuk tahap impak maksima, dengan tugasan fardhu kifayah, menjaga amanah kalian masyarakat demi juga sebagai tanggungjawab peribadi. Tidak berpeluang untuk menambahkan nota-nota terkini yang kini banyak terperusuk dalam IC recorder. Namun, pengalaman tengah hari ini amat menusuk kalbu dan saya ambil peluang terhad yg ada untuk menotakan di sini sebelum tenggelam dengan pengalaman yang lain pula.

Tadi, kerana kesibukan yang bukan di buat2, terpaksa tinggalkan dewan seminar dan bergegas ke ofis. Sampai ofis dah terlampau hampir waktu Zuhur maka terus melencung ke mussola berhampiran. Bila selesai solat perut pula mengeroncong lalu pit stop sekejap dekat Resto melayu yg jadi kebiasaan. Kami pun ambil makanan ala-ala koboi dan duduk lalu menjamu tuntutan. Di meja depan ada satu pasangan muda dan seorang lelaki. Kedua2 lelaki berkopiah, mungkin baru juga selesai solat bisik hati saya.

Namun, dalam keasyikan saya menikmati juadah top-ups, terganggu sedikit mula2 dengan aksi2 suap menyuap, sambil tangan kiri dibawah meja menggosok2 peha masing2, pasangan di depan meja seperti tidak nampak manusia lain di sekeliling. Yang lebih sedu mata bila mereka langsung tidak endah kawan lelaki yang duduk semeja mereka itu. Saya perhatikan kawan pasangan itu makan berterusan sambil tunduk kepala dan matanya ke arah makanan. Langsung tidak angkat muka, mungkin kerana segan. Yang pasangan ini lagi org pandang lagi depa suap menyuap, sehinggalah selesai. Lalu berdua mereka bangun ke sinki cuci tangan, berdua, sambil yang perempuan menggosok tangan si lelaki, manja dan lembut. Selesai si lelaki, sambil berdiri di belakang wanita, mungkin sebagai pendinding kerana giliran wanita cuci tangan dan mungkin membongkok, jadi si lelaki ‘cover’ lah takut2 ada mata2 nakal yg curi2 perhatikan susuk tubuh wanita dari belakang, ketika dia agak membongkokkan diri. Saya perhatikan hampir setiap langkah mereka kerana tertarik dengan lagak mereka berdua.

the K members

the K members

Lalu, yang lelaki menuju ke kaunter bayaran, dan mungkin sedar akan perhatian mata2 yg ada dalam restoran maka dia meramahkan diri memberitahu tokey resto yg juga cashier,,,,,,, “kami baru kahwin, sijil nikah baru je ambil tadi”, dengan suara agak tinggi, mungkin supaya di dengari org lain seperti kami yang masih curi2 perhati dari hujung mata….oooooo baru kahwin….alahai.

Dalam hati saya, dulu macam gini ke saya kot, dah ‘buat’buat’ lupa la, pasal tak buat gitu kot. Mereka mungkin terlampau mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dah masih terlampau hangat terasa kenikmatannya ‘siang dan malam’. Sampai mungkin tersasul, terlupa yang ada adab-adab dalam masyarakat sebagai pasangan muslim. Perlu juga di jaga hati2 manusia sekeliling. Kasih sayang dan kemesraan dengan pasangan memanglah tuntutan, tapi berpada-pada la…. apatah lagi di depan mata2 yang mungkin tidak faham akan erti perkahwinan, kanak2 dan remaja.

Apa2 pun, peristiwa tengah hari tadi juga menambahkan peringatatan kpd saya untuk tidak lupa bersyukur dengan apa yang DIA kurniakan kepada saya, satu keluarga bahagia walau ada compang campingnya, ada salah kurangnya, masakan tidak, siapa yang IDEAL? cuma DIA yang Maha Sempurna…. sudah menghampiri 15 tahun rupanya bahtera saya. Kepada pasangan, terima kasih kerana menjadi mangsa dan pemangsa yang sentiasa bersedia menerima kita seadanya. Memang bersyukur dengan nikmatNya adalah sehebat malah lebih hebat cabarannya banding dengan  bersabar dengan keperitan ujianNya.

Read Full Post »

Menuju ke penghujung Ramadhan 1430H, seperti mana2 tahun2 sebelumnya, maka tiada apa yang lain yang di cari melainkan mencari suatu malam yang Allah Firmankan sebagai satu malam yg lebih baik di sisiNya daripada seribu bulan (surah al-Qadar). Manakan ada manusia pada zaman ini dapat beribadah kepadaNya selama 83thn 4 bulan Non Stop. Maka saya dan seluruh umat Islam di zaman ini, dan dari zaman awal Umat Nabi Muhammad s.a.w tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang MENINGKATKAN ibadah di malam2 akhir Ramadhan untuk mendapat ganjaran seribu bulan tersebut, Insyaallah.

Ust Dr Azhar Yaakob, seorang penceramah yg hebat ilmunya datang berkongsi dengan jemaah di tempat saya berkenaan penyediaan diri mencari malam Qadar ini. Mengikutnya, sepertimana dalam banyak hadis yang sahih sanadnya, malam Qadar ini adalah salah satu malam dari malam2 di bulan Ramadhan. Jadi sesiapa yang telah konsisten berjemaah Maghrib dan Isya’ berjemaah dari awal 1 Ramadhan (rujuk sbg Perkara-1) sehingga malam akhir Ramadhan, insyaallah mereka akan mendapat ‘sebahagian’ dari malam Qadar, yang pasti berlaku dalam satu malam dari malam2 tersebut. (more…)

Read Full Post »

Saya bukan nak nota panjang2, cuma nak titipkan satu kata-kata bernas, muntiara, gempaq dari seorang tenaga pengajar, yang mendidik saya untuk memahami tatasusila menuntut ilmu, katanya (mungkin dari kata2 org alim yg terdahulu)…

“Tidur orang yang berilmu itu lebih digeruni oleh syaitan daripada beribadahnya orang yang jahil”…

Dan dari segi adatnya, afdhalnya, tertibnya, menuntut ilmu itu memerlukan si murid mencari guru, berkunjung ke tempat guru. Seumpama bila kita terima notis untuk menuntut barangan di pejabat pos, atau menuntut bagasi hilang di airport, kebiasaannya, kitalah yang perlu bertandang ke pejabat pos atau ke pejabat bagasi claim di airport.. Begitulah juga dengan menuntut ilmu, kita lah yang kena mencari dan bertandang ke tempat guru. Kepada sesiapa yang ingin belajar cara-cara ‘menuntut ilmu’, kitab di bawah mungkin boleh dirujuk… (more…)

Read Full Post »

Sebagai nota renungan, saya titipkan satu petikan risalah dari bahagian pengurusan dakwah JAIS berkenaan SABAR. Menurut penulisnya…

Walau apapun sebabnya masyarakat Malaya menggunakan kalimah Sabar secara meluas, sering berlaku salah pengertian konsep sabar yang di antaranya..

  • Kompromi: Sabar dan kompromi adalah dua kalimah berlainan makna, walaupun kita perlu bersabar untuk berkompromi. Ada perkara yang kita tidak boleh berkompromi, terutama yang melibatkan aqidah, maruah diri dan agama. Tidak seperti kefahaman lain, agama Islam mewajibkan kita agar bersedia mempertahankan diri dari awal, tanpa menawarkan pipi kanan setelah pipi kiri ditampar.. (more…)

Read Full Post »

Salam Jumaat buat diri dan sesiapa yang terbaca nota ini. Saya sambung catatan Rediscovery Diri yang dimulakan sekian masa dahulu dalam mencari Cinta Abadi. Kali ini berkenaan sikap saya terhadap tuntutan ‘memberi’, ‘menghulurkan’. Bukanlah niat untuk membuka pekung di dada, tetapi melihat dari mana saya datang beberapa ketika dahulu, memang sifat cinta dunia dan cinta harta dunia itu menebal dalam diri (… dahulunya cita-cita adalah untuk ada nilai harta tujuh angka sebelum mencapai umur 40-an). Lantas sekarang sepertinya berperang dengan emosi diri melawan sikap cinta dunia yang sebetulnya menggunung bab gunung Kinabalu ini.

Bila disemak dalam kitab Ihya Ulumuddin karya ulung Imam Al-Ghazali, dinyatakan yang cinta harta itu sendiri ada dua sebab;

Pertama: kesukaan bersenang-senang (ialah, siapa diantara kita yang mampu untuk tidak mahu bersenang-senang?). Kerana kecintaan untuk bersenang-senang, maka tidak tercapai kecintaan itu jika tidak dengan harta dan disertai pula dengan angan-angan. Barangkali anak-anak pula dijanjikan bayangan kesenangan sehingga panjang angan-angan menyebabkan kita mengumpulkan harta demi anak-anak…

Nabi s.a.w pernah bersabda yang maksudnya ” anak-anak itu menyebabkan sifat kikir dan sifat pengecut serta kebodohan.” (rujuk Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin – Zaid Husein al Hamid)

Kedua: Bila kita mencintai harta sedangkan kita sudah mengetahui bahawa kita tidaklah memerlukan kesemuanya dikala hari tua (jika umur sepanjang itu), kecintaan harta ini seperti satu penyakit kronik dalam hati hanya untuk dicapai sebagai tujuan, bukanlah memilikinya yang diutamakan tetapi perasaan untuk memiliki itu lebih utama. Semoga Allah melindungi kita dari penyakit kronik ini.

sekadar gambar hiasan: bukanlah kehidupan sebegini yang saya perjuangkan

Menurut kitab Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin, untuk mengatasi sifat kikir, satu caranya ialah dengan mengurangi nafsu terhadap keduniaan serta keinginan untuk itu dan ini, banyak mengingati mati, merenung kematian teman-teman, menziarahi kubur, termasuk memikirkan cacing-cacing yang ada di dalam kubur itu. Perhatian terhadap peinginan untuk anak diatasi dengan menyedari bahawa Penciptanya mengurniakan rezeki bersama anak itu. Ramai anak yang mewarisi sedang itu bukan rezekinya, dan ramai pula anak yang tidak mewarisi, padahal Allah SWT mengurniakannya harta yang banyak selepas itu. Jika anak itu seorang yang soleh, maka Allah SWT akan memimpin orang-orang soleh. Tetapi jika anak itu orang yang fasik, maka ia akan menggunakan harta dunia yang ditinggalkan untuk jalan yang bathil.

Pernah saya ditanya rakan samada saya sanggup menyerahkan segala apa yang ada dari harta dunia kepada orang yang lebih memerlukan dan meneruskan kehidupan dengan seadanya ala-ala kadar sahaja, saya tidak mampu menjawab di mulut, tapi di hati saya pantas menjawab mana mungkin!…. jauh lagi rupanya apa yang saya impikan dari apa yang sebenarnya ada di dalam hati… semoga Allah terus memberi saya kekuatan untuk berjihad ke jalan yang perintahkannya, dan semoga saya menjadi lebih ringan hati untuk memberi…amin

Read Full Post »

Older Posts »