Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Hukum’ Category

Ingin penulis membawa satu hadis dari riwayat sahih Bukhari seperti di bawah. Saya percaya ramai yg telah maklum dgn hadis ini, di sebut oleh penceramah2 bila membahaskan hal2 khilafiyah berkenaan bacaan talkin, pahala membaca Al Qur’an kepada si mati, dalam pertelingkahan berkeaan perkara2 bid’ah dsbnya. Namun, bukan itulah tujuan nota ini.

Yang menulis lebih cenderung untuk membawa diri dan pembaca kepada isi kandung hadis dan kemudian amalan2 harian yg tersurat dalam hadis, dan lebih fokus kepada siksaan akibat amalan buruk yg ringan spt disebut oleh hadis, dan bukan lah untuk menilai amalan2 yg di qiyaskan dari hadis ini spt menanam pokok di kuburan, menabur bunga di pusara, menyiram air bunga, dsbnya.

Hadisnya adalah spt berikut:- 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

Maksudnya:“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.”

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-Baul.)

Dua amalan yg disebut dalam hadis bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Perkara 1. (Bagi lelaki) – Seorang tidak bersuci daripada kencing – tidak melakukan amalan berIstibra’ – yakni mengeluarkan lebihan air kencing daripada zakar semasa berhadas kecil. Mengikut biologi lelaki, memang menjadi kecenderungan untuk air kencing lelaki untuk tidak habis keluar dan tinggal titisan di ‘alat’ kencing’. Dan Istibra’ adalah amalan spt berdehem, batuk2 ataupun mengurut zakar supaya lelehan kencing itu keluar. Jika tidak, adalah dikhuatiri lebihan itu akan keluar semasa seseorg itu solat, dan bayangkan jika tidak diamalkan amalan sunnah sebegini, dan lelehan itu keluar semasa seseorg itu bertawaf, maka bertawaflah dia dengan keadaan najis… kan sedih gitu, hanya di sebabkan amalan sunnah yg kecil je di mata mereka yg tidak cakna.

Camna nak urut benda tu kalau kencing berdiri gini?

Perkara ke -2 : di sebut dalam hadis ialah manusia (kebiasaannya wanita) yang suka berjalan ke sana ke mari menjaja cerita orang lain, mengadu-domba, membawa mulut. Timbullah istilah minah CNN, makcik satelite, dsbnya. Perkara seperti ini seolah di pandang engteng oleh sebahagian ahli masyarakat, namun, implikasinya sangat besar lagi merbahaya. Akhirnya, izinkan saya kongsikan kata pujangga purba…. tutur kata itu indah ibarat perak, namun diam itu lagi indah ibarat emas...waallahualam 

Read Full Post »

Dalam suasana kekeliruan yang (sengaja) ditimbulkan oleh sesetengah ahli masyarakat termasuk pemimpin tertinggi masyarakat mengenai hukum sebat rotan (seorang model sambilan – semoga Allah menerima taubatnya) kerana di TANGKAP (diCAPITALkan kerana jika sendiri mengaku perlaksanaan hukumnya lain pula) oleh pegawai majlis agama semasa sedang minum arak di khalayak ramai. Timbul pula berita (sama saban tahun) berkenaan penangkapan beberapa orang lelaki Islam yang sedang meneguk arak (ditangkap dengan botol di tangan) semasa sambutan merdeka ke 52 semalam…Baca SINI

Kalau tahun2 dahulu, perkara orang Islam di tangkap pada malam sambutan merdeka, dengan araknya, dengan berkelakuan kurang sopannya, memang sudah perkara routine sepanjang tahun baru dan malam merdeka. Tapi pada tahun ini, tahun 1430H, sambutan malam kemerdekaan ke52, di sambut pada malam Ramadhan… sedang ramai yang sedang bertarawih, berwitir, atau bertadarus, ramai juga yang berada di tempat yang sangat salah, melakukan perkara yang sangat-sangat besar dosanya, meneguk air setan. Di beritakan, di Ops Masih ada yang Sayang’, seramai 200 orang muda remaja dan veteran, termasuk 6o remaja perempuan di tangkap,,, kesian mereka ni, harap-harap akan mendapat pengampunan dari Allah. Kehidupan kita pun tidak diketahui cara penamatnya. (more…)

Read Full Post »

Sempena hari ke – 4 Ramadhan al-Mubarak 1430H semalam, kunjungan ahli-ahli qariah ke masjid di tempat saya masih alhamdulillah boleh di tarik senyum lebar, masih meriah. Deretan kereta dan motor di parkir dan di tepi2 jalan sudah cukup memberi jawapan berapa ramai jemaah pada malam2 awal Ramadhan ini. Semoga berkekalan dan bertambah2 sampai ke hujung Ramadhan.

Dalam kegairahan manusia memenuhkan ruang legar masjid, dapat dilihat juga masih ramai dikalangan pengunjung yang datang untuk lebih berborak, sambil menghembus kepulan asap rokok, dan kurang untuk meluangkan masa di dalam ruangan solat samada untuk berzikir, membaca al-qur’an atau membaca kitab2 hadis. Kecewa melihat mereka melepaskan peluang masa yang di berikan. Semoga mereka di ringankan hati untuk lebih memanafaatkan masa untuk beramal dan kurang berborak pasal yang tak tentu hala.

Sebagai quick check dan masih tidak terlewat untuk mengingatkan diri sendiri serta berkongsi ilmu yang diturunkan oleh Ust Anzaruddin berkenaan kesalahan-kesalahan kecil yg manusia kurang ilmu macam saya mungkin akan buat, sedangkan dgn sedikit ilmu maka kita boleh maksimakan pahala dari amalan tambah2 dalam malam2 Ramadhan ini, kata Ust Anzaruddin;

Solat Isya’ bersendirian bila lewat tiba masjid

Kekadang, atas sebab2 tertentu, mungkin kita terdatang lewat untuk Isya’ dan bila sampai pak imam dah start tarawih. So? apa nak buat? (more…)

Read Full Post »

Umpama orang awam (bukan pakar) dalam masakan ikan buntal (blowfish) masak lemak cili api, lepas masak dan makan, tak sampai lima minit, biasanya si pemakan akan mengalami keracunan maut seperti yang pernah di alami oleh beberapa orang nelayan di negeri Terengganu pada Feb lalu.  Namun, di negara matahari terbit Jepun, yang terkenal dengan masakan laut yang agak2 pelik, satu masakan ikan buntal yang dinamakan Fugu, adalah antara masakan exotik yang digemari. Cuma hanya segelintir Chef yang mahir menyediakan masakan Fugu ini dan saban tahun sebegitu ramai Chef yang gagal dalam ujian saringan untuk melepasi ujian penyediaan Fugu ini. Ini hakikat. Dan begitulah juga dalam hal hukum hakam, usul Fiqh, ilmu hadis dan semua pengajian Ilmu.

Jangan hanya setakat tahu beberapa hadis, itupun belum cukup sahih sanadnya, dengan siapa guru yang dia bertalaqqi, adakah hanya dari bacaan semata2, sudah cukup mantap untuk mengeluarkan hukum, malahan hukum2 yang bercanggahan dengan hukum Imam Mazhab – Mazhab yang menjadi pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Dan ada pula hati untuk mendaifkan nas-nas yang di gunapakai imam Mazhab seperti Imam As-Syafi’i. Namun, hakikatnya, inilah yang berlaku secara meluas di sana sini, termasuklah di bumi Malaya yang kita diami ini. (more…)

Read Full Post »

Model kena rotan

Kepoh satu Malaya bila semalam, Tuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman maksima rotan 6 sebatan dan denda RM5,000 kepada seorang model wanita (mungkin yang pertama di bumi Malaya) kerana kesalahan minum arak di tempat awam, bersama suaminya.

Ada sebahagian tokoh2 agama yang memberi pandangan bahawa hukuman itu lebih kepada untuk memberi keinsafan kepada pesalah untuk menjauhkan dari kesalahan tersebut dan bukan untuk menyakitkan. Ada seorang presiden pertubuhan wania muslim yang turut menyokong hukuman tersebut kerana dikira akan memberi peringatan kepada wanita tersebut untuk tidak mengulanginya. Namun tidak kurang pula NGO-NGO wanita lain, ahli politik, dsbnya yang sebahagiannya beragama Islam memandang hukuman itu sebagai tidak setimpal dengan kesalahan. Ada yang berkata hukuman sebat kepada wanita adalah satu kekejaman yang jelas, perlu dihentikan, tidak civilised dsbnya.. Pagi tadi semasa kuliah Jumaat, sempat saya ajukan soalan berkenaan kepada guru yang mengajar, Ust Nazmi Abdul Karim. Dan jawapannya, memang membuka minda cetek saya berkenaan hukum Fiqh (yang memang saya ketandusan). Katanya… (more…)

Read Full Post »

“Maaf Bang, rambutan tak boleh pilih tau!, pilih kira harga lain!”
Pernah terkena ke gitu bila pergi membeli di pasar minggu ke, pasar borong ke, kedai runcit ke?Dalam melakukan jual beli, adalah dalam Islam dibolehkan untuk memilih, akan diteruskan jual beli atau tidak, disebabkan terjadinya sesuatu hal. Hal ini disebut sebagai Khiar (memilih).

Sebab itu, jika ke pasar minggu, bila si penjual tidak benarkan pembeli memilih, terutama bila membeli buah tempatan, saya cuma akan angkat kaki ke gerai yang lain, yang boleh kita pilih beliannya. Tak perlu banyak2 soal. Ada pun dalam pengajian Fiqh, khiar itu ada 3 macam;

1. Penjual dan Pembeli, boleh melalukan khiar samada jadi jual atau jadi membeli. Satu hadis riwayat Muslim bermaksud;


” Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w. beliau bersabda,” Bila dua orang berjual beli, maka masing-masing boleh khiar (jadi atau tidak jual belinya), selama keduanya belum bercerai (bersurai)”.


2. Khiar syarat; ertinya si penjual atau si pembeli mensyaratkan sesuatu syarat, yang akan menguntungkan kepada salah satu pihak, asal tidak merosakkan yang diperjualbelikan itu.

Sebagai satu penerangan, dinotakan satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud;

” Dari Jabir r.a. bahawa ia pernah menjual seekor unta kepada Nabi s.a.w. dan disyaratkannya, supaya ia boleh menunggang unta itu untuk pulang ke rumahnya”.

3. Khiar aib, iaitu si pembeli mensyaratkan, kalau barang yang dibeli itu ada cacatnya, maka barang itu akan dikembalikan.

Seperti seorang yang membeli sebuah kereta. Setelah kereta itu digunakan beberapa hari didapati ianya ada kerosakkan seperti kesan2 kemalangan lampau. Tanda-tanda kerosakkan itu sudah lama, dan pasti sudah ada sebelumnya dibelinya, lantaran yang demikian jual beli ini dapat atau boleh dibatalkan (ade ke agen kereta terpakai yang benarkan hal gini?). Sedang faedah yang didapatinya selama menggunakan kereta tersebut adalah hak pembeli, kerana andai kata kereta itu rosak teruk dan berlaku kemalangan semasa penggunaan sipembeli antara masa akad dengan membatalkannya, adalah itu adalah tanggungjawabnya (sipembeli).

Khiar syarat hanya boleh selama 3 hari (return within 3 days of purchase). Dan bila terlebih 3 hari, teruslah akad. Sebabnya, dalam masa 3 hari itu sudah cukup untuk mengetahui sesuatu berhubung barangan yg telah diperjualbeli itu.

Ref: Ust H Idris Ahmad S.H

Read Full Post »

Ingat ke bila kali terakhir anda meniup lilin bila sambut hari ulang tahun kelahiran? Tiap2 tahun tiup lilin? Betul ke? Dari mana asalnya tradisi ini? Pernah bertanya tak, kenapa kena tiup lilin? Bukankah bermain dengan api itu bahaya, dan kekadang jika anda bukan perokok, nak kena cari mancis atau lighter lah pulak, bukankah itu menyusahkan. Dan bila dah berlilin, nak kena regu dengan nyanyian lah pulak, tak kan tiup lilin dan diam je…? Dari mana sebenarnya tradisi memotong kek dan meniup lilin? Ada pulak meletak lilin mengikut jumlah umur yg disambut. Bayang kalau atok atau tokki berumur 72 tahun, nak kena letak 72 batang lilin ke? Dan kena ke si atok tu meniup 72 batang lilin tu?

Mungkin ada yang akan terasa kena ‘kenen’ tersindir dsbnya oleh tulisan saya ini. Alah2 tok sah lah terasa sangat dengan penulisan saya, tapi kalau terasa biarlah kerana kejahilan kita… Bukanlah ada niat untuk mengusik jiwa dan perasaan sesetengah ibu ayah yang sering kali sambut hari ulang tahun mengikut tradisi kaum tertentu. Untuk makluman, dek kerana ianya telah menjadi ‘tradisi’ masyarakat umum, si penulis pun tidak terkecuali, pernah juga meniup lilin atas kek hari ulang tahun, dan pernah juga menganjur acara meniup lilin atas kek untuk anak-anak. Di zaman jahiliyah dahulu… sebenarnya apa hukumnya meniup lilin di atas kek hari ulang tahun? Adakah kita hendak berterusan liberalkan Islam atau ingin berhijrah ke arah Islam Ad’Din dalam kehidupan. Ya Rabb, ampunlah dosa kami yang kering ilmu ini atas dosa-dosa amalan kami yang terdahulu…

macamni kot rajuk dia bila kek b’day tak berlilin….

Mengikut penerangan Ustaz-Ustaz yang ditanya, termasuk Ust Azhar yang menerangkan bahawa tradisi meniup lilin atas kek semasa menyambut hari ulang tahun kelahiran adalah haram hukumnya mengikut pendapat ijma’ ulama, kerana perbuatan ini adalah bukan dari amalan Islam, dan tiada sebarang kebaikkan dari perbuatan tersebut. Adapun perbuatan2 yang tradisinya bukan dari Islam tetapi untuk kebaikkan dan tidak melanggar hukum syarak seperti hukum memakai seluar (yg katanya direka oleh bukan orang Islam), atau hukum menggunakan telephone bimbit (yg bukan juga direka oleh orang Islam) tidaklah sama dengan haramnya hukum meniup lilin atas kek hari ulang tahun kelahiran yg tiadalah apa2 kebaikkannya. Waallahualam

Read Full Post »

Older Posts »