Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘keluarga’ Category

Berita tergempar dari kampung,,, “kedai emas No-Zek kena rompak oleh geng Arab“, kata mak mertua saya. “Hilang satu peti besi, kerugian bernilai hampir RM1 Juta”. Berita ini dilaporkan di media2 tempatan,  klik sini untuk baca. Tuan kedai ini seorang kenalan mertua saya, dan saya pun pernah melanggan dari kedai emas ini. Dan memang Bandaraya Kay Tee meriah dengan lambakan kedai emas, mungkin kerana simpanan dengan cara emas berlian adalah cara mudah org KayTee menyimpan wang sambil bergaya. Nilai emas tidaklah susut teruk, dan sambil simpan dapatlah bergaya sehingga mak cik penjual keropok lekor pun bergelang emas separuh tangan, dan rantainya, waduh berat je nampak.

geng arab rompak noorzek

picture Utusan Malaysia

Bukan kisah emas berlian yg nak di notakan, tetapi amalan harian yg dipesan oleh ramai Ustaz2, supaya kita istiqamah mengamalkannya, antaranya sebagai pelindung diri daripada perbuatan manusia yg berniat jahat seperti pukau, santau, sihir dsbnya. Sebagai usaha kita dindingkan diri dengan bacaan2 doa, dari ayat2 Al Qur’an. Dan yg tidak pernah missed dari senarai bacaan yg di syorkan ialah membaca  ayat Al Baqarah 255;

(more…)

Read Full Post »

Musim cuti akhir tahun 2009 kali ini menjadi lebih ceria daripada kebiasaan. Pertamanya alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Angah dalam UPSRnya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk lebih cemerlang dalam apa2 yg di ceburinya, dari segi duniawi dan ukhrawi. Menjadi lebih mendalam dia dalam amalan hariannya. Keduanya tergerak pula hati untuk membawa semua ahli keluarga bercuti insyaallah dalam sedikit masa nanti, sambil berusaha mengeratkan kasih mesra.

Tanpa banyak soal, Along dan Angah telah memulakan hari-hari kem ibadah mereka di Maahad Tafhiz Al Muqri kelolaan Ustaz Darulzaman. Dengan tujuan untuk memberi tambahan pendedahan kepada keduanya mengenai  akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat serta teknik hafazan al Quran. Teringat pula pesanan guru mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan syiar Islam, dengan berbekalkan ketinggian akhlak Baginda s.a.w sehingga dipuji Allah SWT dengan firmanNya dalam Al-Quran QS. Al-Qalam ayat 4;

 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (more…)

Read Full Post »

Lama saya tidak berpeluang untuk mencatat sebarang nota di sini, kerana tugasan fardhu kifayah demi tanggungjawab sebagai khalifah di bumi sementara ini. Namun peluang mengembara seketika di ambil untuk berkenalan dan mendekati manusia-manusia hebat dalam bidang masing2, dan kesemuanya seperti menjalankan peranan masing2 demi kefardhuan dan demi generasi akan datang.

Sepeninggalan saya terjadi pula beberapa peristiwa di rumah, oleh kerenah anak2 yang sedang meningkat remaja, penuh dengan jiwa ingin mencuba dan memberontak bila di paksa, jiwa yang masih mentah untuk berfikir akan hari2 mendatang dan jiwa yang penuh dengan desakan keasyikkan dunia. Mereka sentiasa ingin mencuba itu dan ini, dan semenjak akhir2 ini desakan isi hati mereka sangat membuak2 sehingga tersanggup mereka melukakan hati2 yang menyayangi mereka tanpa sebarang segi… termasuklah saya. Namun, saya akur dengan dugaan Allah, dan saya bersyukur kerana masih mampu bertahan dengan dugaan kecil ini, sedangkan ada di kalangan hamba2Nya yang sedang bergelumang dengan dugaan hidup yang jauh lebih getir… Sentiasa saya ingatkan diri untuk bersyukur, berdoa agar tidak di bebani dengan bebanan yg tidak sanggup saya hadapi, bebanan yg berat seperti umat2 terdahulu. 

Kata2 pepatah juga ada menyebut; jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya, jika ingin mendidik anak2 biar dari awalnya. Dan mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu didikan anak2 mengikut peringkat umur;

  • 1 hingga 7 tahun : didik cara gurau, manja dan belaian mesra
  • 8 hingga 14 tahun:  didik dengan displin dan tunjuk ajar, rotan (bukan sebat tali pinggang, debik, putung rokok etc)
  • 15 hingga 21 tahun:  didik cara kawan, chit-chat, gosok2 bahu…
  • 21 tahun ke atas: beri kebebasan untuk membuat keputusan dengan pengawasan berterusan

Along & Angah,,, sentiasa ingin mencuba

Along & Angah,,, sentiasa ingin mencuba

Persoalan saya: Adakah dengan berubahnya zaman, teknologi, tahap fitnah dsbnya, keadaan semasa yg mana anak 5 thn sudah boleh belajar merokok (dan lain2 hal buruk) dari TV, internet, bagaimanakah perlu kita adaptasikan pendekatan pendidikan. Sedangkan dalam hadis yg lain Nabi s.a.w pernah bersabda supaya kita mendidik anak2 mengikut zamannya. Saya masih lagi mencari2 penulisan ulama2 muktakhir dalam hal ini. Al-maklum sekarang murid sudah ke sekolah dengan Pistol, dulu kita hanya bawa kalam dan botol minuman…CLICK HERE for more info

Read Full Post »

Dipetik dari buku kecil Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni,

dalam 566 kata-kata hikmah yang dia tulis, saya tak tahu kenapa yang dua ini betul2 meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa….

No 441: “Boleh jadi Allah mencegah anda dari memperolehi sesuatu adalah sebuah kurniaanNya, dan tidak terlaksananya keinginan anda adalah sebuah bentuk kasih sayangNya, tertundanya percapaian anda dari apa yang anda usahakan, yang anda inginkan adalah inayah dari Allah, kerana DIA lebih mengetahui apa-apa yang baik untuk diri anda melebihi dari diri anda sendiri”…..

No 449: ” Mendengarkan Al-Qur’an yang dibaca dengan suara yang merdu, berzikir dengan seikhlas hati, menginfaqkan harta yang halal, dan menasihati dengan ungkapan yang jelas dan baik, merupakan hidangan untuk jiwa dan taman bagi hati“…

Lepas perasaan dalam hutan

Lepas perasaan dalam hutan

Mungkin sehari dua ni jiwa agak sentimental, jadi bila baca buku kecil ni, teringat pula palikan pada diri sendiri. Esok hari Jumaat, 27 Syawal 1430H, kepada sesiapa yang belom dapat selesaikan 6 hari puasa sunat Syawal insyaallah boleh puasa, tapi kenalah gabungkan dengan hari ni khamis atau dengan Sabtu 28 Syawal…. tapi banyak lah pula jemputan open house…

Read Full Post »

Sering kita perhatikan kawan2 pengusaha, peniaga gerai2 masakan panas di luar2 kedai yang menjual char kueh teow (ini masakan asalnya dari negara mana?), dan terutama peniaga burger di tepi2 kedai, mereka semuanya berusaha mencari pendapatan halal dan tidak dinafikan ada sesetengah brother burger ini yg berjaya menghasilkan burger jalan yang sungguh enak, melebihi ke enakkan burger jenama import yang dibeli di kedai2 makanan segera (yg ini pun dulunya di boikot, biasalah semasa kesan bom dan roket masih panas di Gaza tempoh hari).

Mereka kebanyakkannya ada menggunakan telur ayam sebagai bahan resepi burger, kueh teow atau nasi goreng mereka. Persoalannya, adakah telur2 ini di basuh dahulu? atau main angkat pecah je dari tray kertas tempak letak telur yang di beli dari pasaraya secara terus… Saya ada buat beberapa pemerhatian di kawasan sekitar taman dan memang daripada pemerhatian, tiada satupun gerai yang menggunakan telur sebagai bahan ramuan yang nampaknya seperti telah membasuh telur2 yang di guna. Sempatlah memberanikan diri bertanya kepada Bro Burger, memang dia comfirmkan yang telur ni baru di beli dari pasaraya, terus guna malam tu, dan saya perhatikan ada telur tu yg ada bulu2 carik melekat. Mujurlah anak2 lelaki saya suka makan burger masak sendiri, dan orang rumah juga suka masak2 sendiri walaupun satu dua lauk je makan malam. Bila di tanya apesal tak basuh telur, Abg Burger tu tanya saya balik afesal nak basuh, dia bukan letak kulit telur,,,,,, 🙂 dan yang lebih penting…”awak ape hal?… hah!”

ehemm... telur ni tak basuh pun dik!

ehemm... telur ni tak basuh pun dik!

Saya pernah bertanya kepada seorang Ustaz berkenaan hal ini, samada apa jadi dengan makanan yang disediakan menggunakan telur yang tidak di basuh terlibih dahulu, jawab Ustaz tu, senang je, tak perlu beli je, tengok macamana penjual meletakkan simpanan telur tu, jika terus atas tray kertas bekas telur, tak perlu lah beli kat situ…..

Moral of the story: kalau boleh masak je sendiri kat rumah…. si suami, bolehlah bantu2 isteri di dapur jika ada kesempatan, boleh tambah seri meja nanti…. insyaallah

 

Read Full Post »

Seminggu dua ini saya sibuk tahap impak maksima, dengan tugasan fardhu kifayah, menjaga amanah kalian masyarakat demi juga sebagai tanggungjawab peribadi. Tidak berpeluang untuk menambahkan nota-nota terkini yang kini banyak terperusuk dalam IC recorder. Namun, pengalaman tengah hari ini amat menusuk kalbu dan saya ambil peluang terhad yg ada untuk menotakan di sini sebelum tenggelam dengan pengalaman yang lain pula.

Tadi, kerana kesibukan yang bukan di buat2, terpaksa tinggalkan dewan seminar dan bergegas ke ofis. Sampai ofis dah terlampau hampir waktu Zuhur maka terus melencung ke mussola berhampiran. Bila selesai solat perut pula mengeroncong lalu pit stop sekejap dekat Resto melayu yg jadi kebiasaan. Kami pun ambil makanan ala-ala koboi dan duduk lalu menjamu tuntutan. Di meja depan ada satu pasangan muda dan seorang lelaki. Kedua2 lelaki berkopiah, mungkin baru juga selesai solat bisik hati saya.

Namun, dalam keasyikan saya menikmati juadah top-ups, terganggu sedikit mula2 dengan aksi2 suap menyuap, sambil tangan kiri dibawah meja menggosok2 peha masing2, pasangan di depan meja seperti tidak nampak manusia lain di sekeliling. Yang lebih sedu mata bila mereka langsung tidak endah kawan lelaki yang duduk semeja mereka itu. Saya perhatikan kawan pasangan itu makan berterusan sambil tunduk kepala dan matanya ke arah makanan. Langsung tidak angkat muka, mungkin kerana segan. Yang pasangan ini lagi org pandang lagi depa suap menyuap, sehinggalah selesai. Lalu berdua mereka bangun ke sinki cuci tangan, berdua, sambil yang perempuan menggosok tangan si lelaki, manja dan lembut. Selesai si lelaki, sambil berdiri di belakang wanita, mungkin sebagai pendinding kerana giliran wanita cuci tangan dan mungkin membongkok, jadi si lelaki ‘cover’ lah takut2 ada mata2 nakal yg curi2 perhatikan susuk tubuh wanita dari belakang, ketika dia agak membongkokkan diri. Saya perhatikan hampir setiap langkah mereka kerana tertarik dengan lagak mereka berdua.

the K members

the K members

Lalu, yang lelaki menuju ke kaunter bayaran, dan mungkin sedar akan perhatian mata2 yg ada dalam restoran maka dia meramahkan diri memberitahu tokey resto yg juga cashier,,,,,,, “kami baru kahwin, sijil nikah baru je ambil tadi”, dengan suara agak tinggi, mungkin supaya di dengari org lain seperti kami yang masih curi2 perhati dari hujung mata….oooooo baru kahwin….alahai.

Dalam hati saya, dulu macam gini ke saya kot, dah ‘buat’buat’ lupa la, pasal tak buat gitu kot. Mereka mungkin terlampau mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dah masih terlampau hangat terasa kenikmatannya ‘siang dan malam’. Sampai mungkin tersasul, terlupa yang ada adab-adab dalam masyarakat sebagai pasangan muslim. Perlu juga di jaga hati2 manusia sekeliling. Kasih sayang dan kemesraan dengan pasangan memanglah tuntutan, tapi berpada-pada la…. apatah lagi di depan mata2 yang mungkin tidak faham akan erti perkahwinan, kanak2 dan remaja.

Apa2 pun, peristiwa tengah hari tadi juga menambahkan peringatatan kpd saya untuk tidak lupa bersyukur dengan apa yang DIA kurniakan kepada saya, satu keluarga bahagia walau ada compang campingnya, ada salah kurangnya, masakan tidak, siapa yang IDEAL? cuma DIA yang Maha Sempurna…. sudah menghampiri 15 tahun rupanya bahtera saya. Kepada pasangan, terima kasih kerana menjadi mangsa dan pemangsa yang sentiasa bersedia menerima kita seadanya. Memang bersyukur dengan nikmatNya adalah sehebat malah lebih hebat cabarannya banding dengan  bersabar dengan keperitan ujianNya.

Read Full Post »

Salam Jumaat Ramadhan 21 kepada semua.

Sumber nota dari Kitab Imam Habib Abdullah Al Hadad, berkenaan amalan kita yg masih hidup di dunia ini kepada org mati dari kaum keluarganya. Apabila mereka melihat perkara2 yg baik maka mereka pun bergembira dan bersuka, lalu mendoakan agar kita yg masih hidup ini mengamalkannya berterusan dengan istiqamah. Tetapi jika mereka melihat selain dari itu, mereka akan duka cita dan kecewa kepada apa yg mereka saksikan lalu mereka mendoakan agar org2 yg masih hidup supaya mendapat hidayat dan taufiq untuk mengerjakan amal baik dan amal soleh, sesuai dengan sabda Nabi s.a.w;

“Amalan-amalan manusia dihadapkan kepada Allah SWT pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Dan dihadapkan juga kepada para anbiya’ dan kepada para ibu-bapa pada tiap-tiap hari Jumaat, maka mereka akan bergembira melihat kebaikan-kebaikannya, dan wajah-wajah mereka akan bertambah nur. Maka hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allaj, dan jangan sekali-kali mengecewakan harapan orang-orang mati kamu”

Sempena roh Ramadhan yang masih tinggal dengan segala amalan2 baik yg kita lakukan, moga2 kekal istiqamah sehingga SELEPAS Ramadhan, dan di hari Jumaat yang mulia ini, dapatlah ditinggatkan amal baik, semoga mereka yang telah pergi mendapat kebahagian dan kegembiraan. Amin

DSC01243

Read Full Post »

Older Posts »