Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘kesihatan’ Category

Jika anda melihat orang bukan Islam, maka bersyukurlah kerana anda berada dalam Islam. Jika anda melihat orang yg suka berbuat dosa, maka bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda berada dalam taqwa. Jika anda melihat orang bodoh, maka bersyukurlah kerana anda masih memiliki ilmu. Dan jika melihat orang mendapat bencana maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda terhindar darinya.                                    Muntiara 453 – Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Banyak2lah bersyukur kerana sebenarnya bersyukur atas nikmat Allah itu lebih sukar daripada bersabar dengan ujianNya – pesan org tua saya dulu2.

Sekarang sebagai test drive self check; Adakah kita tahu, amalkan dgn istiqamah, faham maknanya akan DOA KELUAR TANDAS? (jika sesiapa tidak hafal, sila rujuk anak2 tadika atau darjah satu, 98% mereka hafal doa ini). Sekurang-kurangnya bacalah;

yang maknanya: “Aku memohon keampunan daripadaMu”.  …. dibaca sebagai tanda kesyukuran selepas kita selesai menyelesaikan ‘hajat’. Berapakah NILAI nya? Saya pun kurang pasti, tetapi jika di ambil kira dengan keupayaan yg dikurniakanNya untuk melepaskan kotoran (cair dan pejal) dari badan TANPA perlu kepada tiub kesihatan, tanpa perlu di bantu dgn alat2 bantuan khas, tanpa perlu ada kepakaran tertentu, maka sememangnya wajar nikmat dapat memboloskan diri dari kotoran cair dan pejal itu di sertakan dgn selafaz doa sebagai tanda kesyukuran.

Begitu juga dengan do’a selepas ‘kematian kecil’ iaitu ketika bangun dari tidur, DOA bangun tidur – Berapa NILAInya? Sama2lah kita semak maknanya dan saling mengingatkan diri untuk bersyukur dgn nikmat2 harian yg kepada sesetengah jiwa, sudah menjadi ‘routine’ harian,,,,, – now kepada semua (termasuk saya) sama2 amalkan doa2 harian, sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat Allah SWT yg tidak ternilai ini.

Advertisements

Read Full Post »

Sekarang ni musim H1N1 influenza A, masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga memakai topeng mulut, dan seboleh-bolehnya tidak bersin di khalayak ramai. Kalau dulu, saya kebiasaannya akan melepaskan sepuas-puasnya angin bersin, berserta dgn cecair yg ingin keluar, dan semestinya dengan bunyinya sekali, di celah2 tangga dalam bangunan, sehingga bergema satu blok (AMARAN: Cara ini tidak menepati sunnah, dan ada kemungkinan akan mendapat rungutan tenant yang lain), kini, bersin pun sempoi2 je, simpul2 malu, antara nak bunyi tak bunyi je. Control gituew.

Satu soalan pernah saya tanya diri dahulu, apakah kita ni harus mendoakan orang Islam yang bersin, tak kira mereka mengucapkan Alhamdulillah atau tidak?.

Maka terjumpalah satu hadis riwayat Muslim, daripada Abu Musa r.a., katanya; saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

“Jika seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan Alhamdulillah, maka hendaklah kamu mendoakannya. Jika dia tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka JANGAN mendoakannya!” (more…)

Read Full Post »

Dalam perbincangan kitab Tarbiyatul-Awlad Fil-Islam (karangan Abdullah Nasih Ulwan), tiba2 tersangkut pada bab berkhitan untuk anak2, terutama anak2 lelaki kerana anak saya yang berumur 7 tahun itu masih belum bersedia untuk berkhitan katanya. Sedangkan kebanyakan para ilmuan menyatakan bahawa khitan itu wajib ketika si anak menghampiri umur balighnya, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk memenuhi segala tuntutan hukum syariat dan perintah Allah seperti yang digariskan oleh syara’.

Barulah saya didedahkan dengan amalan afdhal, iaitu berkhitan dilakukan pada seawal umur anak, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah khitan. Dulu semasa saya mula mendapat cahaya mata, saya masih diselubungi oleh kepompong kejahilan dan berdegil untuk menunggu umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Sekarang bila sudah 7 tahun umurnya, pandai pula dia bersyarat, hendakkan balasan itu ini, ada specifikasinya pula diletakkan, memilih pula dia cara mana perlu dia dikhitankan. Zaman dah berubah kot. (more…)

Read Full Post »

Dalam menghabiskan minggu pertama cuti sekolah bulan Jun ni tiada kesempatan untuk saya penuhi beberapa permintaan putera2 tercinta yang sebahagiannya tidak berpuas hati untuk hanya bersantai lapang masa dengan ibunda mereka di rumah sementara ayahnya (saya lah tu) sibuk ke sana ke mari menyelesaikan tuntutan negara. Saya sudah aturkan minggu ke dua untuk bercuti-cuti M’sia insyaAllah, tapi biasalah mereka ni mana boleh tahan sabar banyak-banyak.

Apa sebabnya anak2 sekarang ini kurang sabarnya? Kenapa tabiat marah ini kekadang menguasai mereka dan juga menguasai kita? Suka saya rujuk kepada petikan kitab Pendidikan Anak-Anak Islam (Abdullah Nasih Ulwan); katanya, sebelum mencari ubat untuk kemarahan itu adalah perlu untuk memahami sebab2 kemarahan dan sesuaikan ubat dengan sebabnya. Betul sekali kata2 ini, tapi macamana nak tahu sebabnya?

1. Jika marah itu bersumberkan dari kelaparan (memang tabi’i manusia akan marah2 bila kosong perutnya), maka kenalah kita isi perut2 itu dengan isi yang sesuai (yang halal, bukan yang dari sumber haram, dan bukan yang ada logo halal ala-ala kadar itu). Sebabnya, mencuaikan pemakanan anak2 dan membiarkannya kosong boleh memudaratkan mereka dan membuatkan mereka memberontak.

2. Jika kemarahan dan pemberontakan anak2 berpunca dari penyakit, maka wajiblah kita berusaha mencari penyembuhnya. Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, dan apabila penyakit terkena ubatnya, baiklah pengidapnya dengan izin Allah SWT.

3. Jika sekiranya marah mereka kerana dimarahi dengan tidak semena-mena, maka kita hendaklah berusaha untuk menahan lidah dari kata-kata memalukan mereka, supaya tidak terlekat pada jiwa mereka perasaan marah dendam benci itu. Tuntutan syarak dalam pendidikan yang baik adalah dengan beradab, dan berterusan memperbaiki adabnya.

4. Jika kemarahan itu berpunca dari percakapan si anak kepada kedua ibu bapanya dengan tabiat marah, maka wajiblah kedua ibu-bapanya memberikan pendidikan dengan contoh tauladan yang baik dalam sifat lemah lembut, sopan santun, menahan diri dari marah. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran 134 yang bermaksud;
“Yang suka menahan marah, dan yang memaafkan kepada manusia, dan Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik”

Dan Nabi s.a.w juga pernah bersabda “orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya pada waktu marah”

5. Jika marah itu berasal dari si anak, iaitu kemanjaan yang melulu dan kemewahan yang melampau, maka wajiblah para ibu bapa bersifat sederhana dalam mencintai anak-anak, dan hendaklah mereka bersifat natural dalam membelas kasihan anak-anak, berbelanja ke atas mereka.
Saidina Ali Abu Talib k.w pernah berkata
“Kasihilah kekasihmu itu berpada pada, mana tahu dia menjadi orang yang engkau benci suatu masa. Dan bencilah orang yang engkau benci itu berpada-pada, mana tahu dia akan menjadi orang yang engkau kasihi suatu masa”

semasa n3 dibuat, mereka sedang happy main air tahan gaban

6. Jika kemarahan itu datang dari kesan ejekan, mengata nista, memanggil dengan gelaran yang jijik, maka wajiblah ibu bapa menjauhi sebab-musabab sebegini yang menimbulkan kemarahan anak2 itu, supaya tidak tertunas pada dirinya tabiat marah.

Kesimpulannya: (1)Bila time anak2 bercuti sekolah, cuba2lah mencari ruang untuk bercuti sama dan meluangkan masa bersama mereka, jangan dibiarkan sangat mereka melayan lamuan mereka dengan perkara2 yang kurang berfaedah itu. (2) Pendidikan mengikut cara syarak sangat2 halus dan menyeluruh, cuma si ibu dan bapa sahaja yang perlu mencari ilmu untuk mentarbiahkan anak2 yang dilahirkan suci bersih itu. InsyaAllah n3 ini akan disambung mengenai penyembuhan penyakit2 marah ini menurut syarak seperti yang dicatatkan dalam kitab Abdullah Nasih Ulwan ini.

Read Full Post »

Ini cerita bukan utk kenakan sesiapa. Malahan, yg menulis inilah yg paling kuat terpalitnya bila cerita bab2 rokok ni. Namun, inilah sebahagian nota yg ingin dicatatkan dan dikongsikan.

Ini bukan berkenaan boikot rokok atau bahayanya merokok. Itu semua orang sudah tahu, ada yg percaya dan segelintir yang yakin. Statistik menunjukkan lebih separuh lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok. Jadi hanya separuh je lah lelaki di Malaysia yang “hakkul yakin” bahawa merokok itu merbahaya. 30% remaja umur 12 – 18 thn merokok, jadi mereka ini belum percaya yg merokok itu bahaya. Kita tinggalkan statistik ini dan rujuk kepada hal yg lebih relevan kepada kita, sebagai seorang yg beragama Islam dan berpegang teguh dengan tuntutannya. Mengikut definasi; rokok ialah cebisan daun tembakau yg digulung dgn kertas rokok atau daun nipah atau apa2 je. So, rokok termasuklah rokok daun yg digunakan dipekan2.

Jika kita menyingkap sejarah, Mac 23, 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang merokok adalah haram bagi umat Islam. Keputusan ini dicapai melalui Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia ke 37 (MFK 37). Ini di wartakan berdasarkan kesan-kesan negatif yg diperolehi oleh perokok dan org ramai meliputi sudut kesihatan, ekonomi nahupun sosial. Tanggal 1 Dis 1995, Negeri Selangor telah mewartakan pengharaman merokok dikalangan umat Islam. Pulau Pinang mewartakan fatwa yang sama pada 18 Nov 2004. Yang demikian termasuklah merokok, menjual atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam hal berkaitan dengan rokok (inilah yg memberi tamparan hebat kepada diri penulis sehingga kini….Ya Allah, ampunilah dosaku yg daif dan hina ini…).

Sekarang timbullah persoalannya..berapa ramaikan yang tahu berkenaan hal fatwa ini? Kenapa ianya tidak dapat dikuatkuasakan? apakah lagi yg perlu untuk menguatkuasakan fatwa ini? Siapakah yang dapat tentukan bahawa sesuatu fatwa itu dapat dilaksanakan penguatkuasaannya? Jika ianya telah diwartakan di peringkat kebangsaan, kenapa pula tidak dapat dikuatkuasakan di peringkat negeri? Adakah kerana hukum berkenaan rokok ini tidak sejelas hukum mengharamkan arak dan judi yang jelas dinyatakan di dalam Al Qur’an? Kepada penulis, walau apapun alasannya, bagi seseorang individu, sesuatu hukum fatwa yang dibuat sudah semestinya dibuat oleh mereka2 yang arif tentang sesuatu, sudah tentulah berpandukan puluhan rujukan, dan tidak mungkin mengikut emosi. Yang kita ini yang masih mahu menegakkan kedegilan diri dan menafikan fatwa ini sajalah yang beremosi.

Ingat tak pasal arak dan judi? Mungkinkah pendekatan ilmiah yang sama boleh kita terapkan ke dalam didikan generasi muda sepertimana ibubapa kita mendidik bagaimana jijiknya arak dan judi semasa kita kecil. Nampak je ada botol seakan-akan botol arak kita dididik untuk menzahirkan rasa keji dan jijik, sehingga menyentuh botol itu pun kita rasa jelek.

Read Full Post »

Saya percaya ramai yang telah membaca liputan ini dari konteks sains, tetapi ingin saya huraikan sedikit dari kontek Islamic gitu untuk rujukan di masa akan datang.
Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai banyak persamaan. Namun ia juga mempunyai beberapa perbezaan. Antaranya:
  • Otak kiri lebih memfokuskan pada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian berkenaan dengan suatu perkara.

  • Otak kanan pula memefokuskan pada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep.

Orang yang mempunyai pemikiran yang baik adalah orang yang memanfaatkan kedua-dua bahagian otak ini. Pendidikan Islam menekankan penggunaan kedua-dua bahagian ini secara serentak. Sebagai contoh, semasa mempelajari ilmu kaedah fikah, penguasaan bahasa serta pemahaman dalil secara terperinci ditekankan. Dengan cara demikian, bahasa yang tersurat di dalam Quran dan sunnah dapat difahami dengan betul. Bagi mencapai tujuan ini, otak kiri perlu dimanfaatkan. Sebagai contoh jika dikaji sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim yang menceritakan.

“Nabi memberi kelonggaran kepada abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka.”

Secara zahir, nas ini menunjukkan kaum lelaki boleh memakai kain sutera apabila mereka menghidap penyakit kulit yang serius. Daripada bahasa tersurat, ulama Islam membuat analisis bagi memahami bahasa yang tersirat di sebalik nas itu. Hasil daripada kajian dan analisis, lahir konsep yang dikenali sebagai kaedah fikah. Kaedah yang lahir daripada nas ini adalah merujuk kepada kecemasan mengharuskan yang haram. Bagi memahami konsep yang tersirat daripada bahasa yang tersurat, otak kanan perlu dimanfaatkan.

Umat Islam dididik supaya menguasai kemahiran interpersonal dengan baik. Dengan kemahiran ini, umat Islam mampu menyelami dam memahami perasaan orang lain melalui bahasa, gaya pertuturan serta bahasa badan yang dilahirkan. Dalam konteks ini, Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud:

(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Bagi memahami perasaan dan emosi manusia melalui bahasa badan serta gaya pertuturan, otak kiri dan kanan perlu dimanfaatkan serentak.

Makan dan minum mempunyai pengaruh pada fungsi otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada karbohidrat kompleks yang baik seperti yang terdapat dalam pasta, bijirin, gandum, nasi dan seumpamanya. Karbohidrat kompleks tidak hanya berfungsi sebagai makanan yang menyalurkan tenaga. Ia juga mempunyai zat-zat logam, vitamin dan bahan serat yang penting bagi kesihatan manusia.

Sebaliknya, karbohidrat biasa yang terdapat dalam gula-gula, coklat, sirap dan air botol bergas, hanya mempunyai kalori tanpa vitamin dan zat. Justeru, ia sewajarnya dijauhi. Kajian juga menunjukkan vitamin B perlu untuk kesihatan otak dan kekurangannya boleh menyebabkan kemurungan, sakit mental dan gangguan daripada sudut intelek. Mengambil ikan juga baik bagi otak kerana ia kaya dengan protein. Selain daripada itu, minyak ikan kaya dengan asid lemak terutamanya omega-3. Omega -3 berkhasiat kerana ia mencegah daripada strok.

Read Full Post »