Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘kusyuk’ Category

Dipetik dari buku kecil Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni,

dalam 566 kata-kata hikmah yang dia tulis, saya tak tahu kenapa yang dua ini betul2 meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa….

No 441: “Boleh jadi Allah mencegah anda dari memperolehi sesuatu adalah sebuah kurniaanNya, dan tidak terlaksananya keinginan anda adalah sebuah bentuk kasih sayangNya, tertundanya percapaian anda dari apa yang anda usahakan, yang anda inginkan adalah inayah dari Allah, kerana DIA lebih mengetahui apa-apa yang baik untuk diri anda melebihi dari diri anda sendiri”…..

No 449: ” Mendengarkan Al-Qur’an yang dibaca dengan suara yang merdu, berzikir dengan seikhlas hati, menginfaqkan harta yang halal, dan menasihati dengan ungkapan yang jelas dan baik, merupakan hidangan untuk jiwa dan taman bagi hati“…

Lepas perasaan dalam hutan

Lepas perasaan dalam hutan

Mungkin sehari dua ni jiwa agak sentimental, jadi bila baca buku kecil ni, teringat pula palikan pada diri sendiri. Esok hari Jumaat, 27 Syawal 1430H, kepada sesiapa yang belom dapat selesaikan 6 hari puasa sunat Syawal insyaallah boleh puasa, tapi kenalah gabungkan dengan hari ni khamis atau dengan Sabtu 28 Syawal…. tapi banyak lah pula jemputan open house…

Advertisements

Read Full Post »

Alhamdulillah, dengan izinNya kita semua telah berjaya selesaikan separuh Ramadhan 1430H. Moga2 segala amalan, rintihan, esakan, tangisan akan di kabulkan olehNya, tak kiralah bila ketika, kerana jika itulah janjiNya, maka siapalah kita untuk menidakkannya.

Dalam peluang bersua dengan seorang pengiat dakwah, sempat dia berkongsi pengalamannya berdakwah sana-sini dan dalam satu sesi dakwahnya, dia bersua dengan para peniaga, pengusaha, pedagang, yang tidak lekang dari bibir mulut mereka berceritakan mengenai untung, pulangan berganda, sambutan hangat dsbnya. Perkara penting dalam perniagaan spt mereka ialah LOCATION  – TIMING – PRODUCT. Saya pun teringat mengenai pesanan seorang agen hartanah yang dulu pernah berpesan kpd saya untuk memerhatikan perkara sama dalam membuat pelaburan harta tanah, dan saya mengikutinya dan alhamdulillah memang ada benarnya.

LOCATION – TIMING – PRODUCTS begitulah juga dalam kita beramal, melakukan ketaatan kepada Allah, dengan mengharapkan keredhaanNya dan balasan syurga. Kita pun sepatutnya membuat pendekatan yang sama; (more…)

Read Full Post »

Sedikit peringatan untuk diri, untuk di amalkan tak kira hari, di hari rasa senang hati ataupun di hari terasa duka nestapa. Sepotong ayat yang cukup mudah untuk diingati, dan maknanya memang bisa mencucuk hati. Untuk di amalkan tak kira H1N1 melanda kini, ataupun dikala tiada wabak yang merisaukan hati… pesanan orang yang jauh lebih tinggi ilmu agamanya dari saya.. untuk di amalkan waktu pagi dan petang.. bacalah Ayat terakhir dari Al-Qur’an Surah At-Taubah (surah-9) ayat 129;

  

 حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ

 ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 

 

….cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

Bacalah seperti 7 kali di kala pagi dan petang, bacaan ayatnya sungguh mudah untuk diingati, kerana seringkali kita dengari.

Read Full Post »

Pengalaman semasa berasak2 dalam saf2 yang ketat dan amat rapat bersama2 dengan ribuan jemaah lain semasa di Baitullah baru2 ini mengingatkan saya kepada betapa rehat dan selesanya kita bila berjemaah di masjid taman rumah ataupun di masjid negeri semasa Jumaat.
Teringat pada satu Hadits dari himpunan Bukhari yang bermaksud;
“Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w, tidak mandi seseorang lelaki pada hari Jumaat dan bersuci sebolehnya daripada bersuci dan berwangian dari rumahnya, kemudian ia keluar, maka dia tidak memisahkan antara dua orang kemudian ia bersolat apa yg difardhukan kepadanya, kemudian ia diam apabila berkhutbah imam, melainkan diampunkan baginya antara dengan Jumaat yang lain.”
Jadi, berapa ramai di antara kita yg bersungguh2 menyucikan diri, berwangian dan mengenakan pakaian istimewa semasa melangkah ke masjid pada hari Jumaat? Malang sekali, untuk ke parti, kenduri kendara, dating, bersukan dsbnya, kita akan kenakan pakaian khas. Namun untuk Jumaat, yang menjadi pakaian pejabat itulah juga pakaian solatnya. Kekadang, dalam keadaan berpeluh dan membebaskan pelbagai bau yg kurang enak … 😦
Terlintas difikiran satu lagi Hadits dari susunan Al Bukhari Muslim yang bermaksud; “sesiapa yang makan dari pokok ini (bawang putih) maka jangan hampiri masjid kami.”
Kalau bau bawang putih pun di mulut sudah ditegah Nabi s.a.w untuk menghampiri masjid, bagaimana pula dengan bau kita yang kekadang menyebabkan orang di kiri dan kanan menjadi tidak selesa.

Kesimpulannya: jika keadaan mengizinkan, kenakanlah pakaian yg istimewa bila ke masjid untuk berjemaah, dengan wangian yang sesuai mengikut syarak, dgn tujuan kerana taat kepada perintah Allah dan RasulNya.

Read Full Post »

Dapat beberapa keping pic ni dari rakan lama sekolah. Sahih ke tidak tak sempat pulak check fakta sainsnya. Cuma tertarik dengan pengajaran yang kita boleh simpulkan sendiri, berlandaskan firman2 Allah dalam Al Qur’an berkenaan perkara ini.
Harap2 lepas ni, bila angkat tangan untuk takbir dan solat, ingat2lah betapa kerdilnya kita dan gerunnya bila ingat kebesaran yang Mahamencipta…


Dalam scala di bawah, Jupiter adalah sekecil 1 pixel dan bumi sudah tiada kelihatan dek mata kasar
Dan ini bukanlah penghujungnya, cuma penghujung kepada pengetahuan manusia sahaja
Dan kesemuanya adalah di bawah pengawasan dan pengurusan Allah ‘Azza wa Jalla

Read Full Post »

Aku menyebut dengan nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang.

Akhir-akhir ini pelbagai persoalan yg timbul dalam benak fikiran bila didedahkan dengan pelbagai hal2 yang baru dalam solat.

Pendedahan baru ini didatangkan dalam bentuk ilmiah, dengan kitab2 rujukan dan petikan2 hadits yang disanadkan oleh pembawa sebagai sahih. Selalunya semua sesi2 kuliah yang diikuti akan dibukakan dengan unggakap ‘datanglah dengan minda terbuka’ atau ‘amalan2 ini bukan perkara baru cuma di tanah air kita ini pendedahannya agak terhad’.

Pendedahan baru ini nampak seperti perkara kecil, hal2 khaifiat dalam mengerjakan solat, seperti bagaimana kita melakukan perkara2 sunat dalam mencari kesempurnaan bersolat. Pada mulanya begitulah cara pemikiranku. Ini cuma hal kecil2, selagi tidak melanggar rukun2 dalam solat, dan tiada perbezaan aqidah, maka biarlah perkara ini datang sebagai ilmu baru dan jika tidak dpt diterima maka biarlah ianya berlalu.

Namun, akhir2 ini perbezaannya semakin ketara. Sampai kepada perkara2 sunat Ab’adh seperti membaca qunut. Tidaklah dapat difahami bagaimana segelintir jemaah yang bertegas bahawa bacaan qunut dalam solat subuh berjemaah adalah tidak perlu. Maka mereka cuma berdiri tegak semasa imam membaca do’a qunut. Bukankan berjemaah itu syaratnya ialah mengikut imam? Pusing bila ku fikirkan terus bagaimana perkara kecil ini boleh memporak perandakan jemaah yang baru sahaja ada tanda2 pertambahan ahlinya. Walaupun sesetengah pendapat mengatakan bahawa bacaan qunut dalam solat subuh kebiasaan bukanlah sesuatu yang perlu untuk kesempurnaan solat, tetapi bila berjemaah kan perlu ikut imam? Melainkan jika pak imam itu sendiri yang memilih untuk tidak membaca qunut dan tidak pula sujud sahwi maka lainlah ceritanya.
Begitulah dilema kita hari ini, dengan kemudahan komunikasi maka penyebaran agama menjadi lebih meluas, cepat dan dengan banyak rujukan ilmiah. Segelintir kita yang masih dengan amalan yang telah kita amalkan sekian lama (dari KAFA), maka apabila pendedahan baru dibuat dengan cara sekerat2 maka timbullah keraguan dan persoalan. Padahal, seluruh umat yang mendirikan solat hanya dengan satu tujuan, mencari keredhaan Allah. Namun, banyak masa kita habiskan untuk berdebat berkenaan hal2 khaifiat..yang kekadang memang mengelirukan…
Hanya Allah yang Mahamengetahui

Read Full Post »

Solatku…

yang saban hari cuba ku lakukan seawal waktu
yang saban waktu ku lakukan bersama teman2ku
yang saban kalinya kulakukan mengikut ilmuku
yang saban kalinya kuzahirkan semampuku.

Solatku, jauhlah lagi dari solat Saidina Ali k.w yang bila mana betisnya terkena panah musuh semasa perang, lalu beliau solat dan sabahat lain mengeluarkan panah tanpa Saidina Ali k.w merasakan peritnya. Solatku, tiadalah layak menandingi solat Saidina Uthman r.a yang mengkhatamkan satu Al Qur’an dalam qiamnya.

Solatku, hanya penuh dengan cacat dek lekaku kepada dunia. Hanya tempang dek ceteknya ilmu akhiratku. Hanya daif dengan lamunanku, melayani bisikan dan lintasan syaitan celaan Allah. Solatku, mungkin seumpama sebutir pasir hitam di tengah-tengah jutaan pasir2 lain di pantai.

Ya Rabbi, bantulah aku dalam menyempurnakan solatku seperti tuntutanMu. Bantulah aku untuk mencapai solat para solehin. Dalam lafaz kesyukuranku terhadapMu dengan nikmat kehidupan dunia yang Engkau berikan, aku mohon kepadaMu, bantulah aku mencapai solat yang akan memberkati hidupku dan mencegah aku daripada melupakanMu dengan izinMu…

Solatku, hanyalah untuk satu tujuan, seumpama juga hidup dan matiku, hanyalah untuk mendapat keredhaanMu. Maka terimalah solatku sebegini rupa dan akan ku perbaiki solatku selagi Engkau meneruskan kehidupan duniaku, menggunakan nikmatMu.

Sesungguhnya, Engkau Tuhan Pencipta yang Mahamengetahui apa2 yang aku zahirkan dan apa2 yang aku sembunyikan. Amin

Read Full Post »

Older Posts »