Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘masjid’ Category

Maghrib hari ini insyaallah berlabuhlah 1430H dan membuka tirai 1431H. Banyak tempat2, masjid2 yang menganjurkan majlis2 ilmu, berdoa dan amalan lain yang bertujuan untuk memupuk ukhwah Islam semoga terus berkembang di tahun mendatang.

Ramai bloggers yang memaparkan doa akhir tahun dan doa awal tahun, dan jika yg masih tiada bolehlah rujuk di mana2 blog yg memaparkannya. Dan seperti biasa akan ada juga bloggers yg akan menafikan amalan2 doa akhir dan awal tahun ini, menurut mereka ini adalah bukan dari amalan sunat dan tidak wajar dilakukan. Rujuklah bolg2 mereka untuk membaca hujjah2 bernas mereka.

Saya cuma terpanggil bila membaca petikan Dewan Negara hari ini (sidang 16 Dec 2009). Seorang Timbalan Menteri menggesa majikan2 membenarkan para pekerja untuk pulang awal hari ini 17 Dec 2009…! Wahhh, pak menteri pun peka rupanya dengan sambutan awal Muharram, ingat saya. Tapi bila baca berita penuh, rupanya berita tersebut berbunyi ” Timbalan Menteri Belia dan Sukan di sidang Dewan Negara menggesa majikan benarkan pekerja pulang lebih awal hari ini 17 Dec 2009 supaya para pekerja dapat menonton perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Laos….. tambah beliau lagi, jika tidak dapat benarkan maka majikan digesa untuk sediakan TV dan benarkan pekerja menonton perlawanan tersebut dari jam 6:00pm.

goooooaaallll!

Nah! mana yang kita hendak pilih? Samada ke masjid surau dan sertai majlis berdoa akhir tahun dari jam 6:30pm dan bersama lagi berdoa selepas solat Maghrib berjemaah serta mengikuti majlis ilmu selepas solat Maghrib? Atau bersama2 dengan Pak Timbalan Menteri menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA dari Jam 6:00pm sehingga habis, di kedai2 mamak, di ruang tamu rumah atau di pejabat? Pilihan adalah hak sendiri, cuma kekawan yg sedia membantu memberi nasihat peribadi.

SELAMAT TAHUN BARU 1431H UNTUK SEMUA. SEMOGA TAHUN INI MENJADIKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN KEREDHAANNYA, DAN LEBIH BERKAT KEHIDUPAN KITA SERTA DI AMPUNKAN SEGALA DOSA YG LALU DAN YG AKAN DATANG

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yang terbaca nota ini, jangan ragu-ragu dan tunggu lagi, masa bukanlah menunggu kita, kerana kita lah yg mengharungi masa. Peluang pelaburan jangka pendek dan panjang ini mungkin antara peluang terbaik yang datang kepada kita…

Adalah di war-warkan pembinaan masjid baru, di kawasan Shah Alam, bertempat di Bukit Jelutong, dengan kapasiti maksimum 5,000 jemaah yang mana kos pembinaannya akan di kongsi bersama antara pihak Istana, Kerajaan Negeri, Pemaju Bukit Jelutong dan juga para penderma individu termasuklah diri anda!

Masjid Bkt Jelutong 1

construction of New BJ Mosque

Untuk yang ingin memberi sumbangan, sila rujuk pic di bawah;

Masjid Bkt Jelutong 2

Pembinaan Masjid Baru BJelutong

Read Full Post »

Menuju ke penghujung Ramadhan 1430H, seperti mana2 tahun2 sebelumnya, maka tiada apa yang lain yang di cari melainkan mencari suatu malam yang Allah Firmankan sebagai satu malam yg lebih baik di sisiNya daripada seribu bulan (surah al-Qadar). Manakan ada manusia pada zaman ini dapat beribadah kepadaNya selama 83thn 4 bulan Non Stop. Maka saya dan seluruh umat Islam di zaman ini, dan dari zaman awal Umat Nabi Muhammad s.a.w tidak akan melepaskan peluang untuk merebut peluang MENINGKATKAN ibadah di malam2 akhir Ramadhan untuk mendapat ganjaran seribu bulan tersebut, Insyaallah.

Ust Dr Azhar Yaakob, seorang penceramah yg hebat ilmunya datang berkongsi dengan jemaah di tempat saya berkenaan penyediaan diri mencari malam Qadar ini. Mengikutnya, sepertimana dalam banyak hadis yang sahih sanadnya, malam Qadar ini adalah salah satu malam dari malam2 di bulan Ramadhan. Jadi sesiapa yang telah konsisten berjemaah Maghrib dan Isya’ berjemaah dari awal 1 Ramadhan (rujuk sbg Perkara-1) sehingga malam akhir Ramadhan, insyaallah mereka akan mendapat ‘sebahagian’ dari malam Qadar, yang pasti berlaku dalam satu malam dari malam2 tersebut. (more…)

Read Full Post »

Alhamdulillah, dengan izinNya kita semua telah berjaya selesaikan separuh Ramadhan 1430H. Moga2 segala amalan, rintihan, esakan, tangisan akan di kabulkan olehNya, tak kiralah bila ketika, kerana jika itulah janjiNya, maka siapalah kita untuk menidakkannya.

Dalam peluang bersua dengan seorang pengiat dakwah, sempat dia berkongsi pengalamannya berdakwah sana-sini dan dalam satu sesi dakwahnya, dia bersua dengan para peniaga, pengusaha, pedagang, yang tidak lekang dari bibir mulut mereka berceritakan mengenai untung, pulangan berganda, sambutan hangat dsbnya. Perkara penting dalam perniagaan spt mereka ialah LOCATION  – TIMING – PRODUCT. Saya pun teringat mengenai pesanan seorang agen hartanah yang dulu pernah berpesan kpd saya untuk memerhatikan perkara sama dalam membuat pelaburan harta tanah, dan saya mengikutinya dan alhamdulillah memang ada benarnya.

LOCATION – TIMING – PRODUCTS begitulah juga dalam kita beramal, melakukan ketaatan kepada Allah, dengan mengharapkan keredhaanNya dan balasan syurga. Kita pun sepatutnya membuat pendekatan yang sama; (more…)

Read Full Post »

Nota Merdeka 31hb Ogos 2009 berkisarkan isu yg runcing, menggugat keamanan umat dan kesinambungan aqidah dari atuk ke ayah ke anak dan insyaallah ke cucu.. ADAKAH KITA BENAR dan BENAR-BENAR MERDEKA?

Pegangan Syiah dan Islam Liberal menggugat akidah dan Wahhabiyah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh menggugat pecah belah ummah – Dr Muhammad Uthman El-Muhammady 

Begitulah rumusan dan pandangan Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Dan mengikut Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 3 Mei 1996, keputusan telah dipersetujui untuk menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Muzakarah yang sama juga mengakui bahawa ajaran Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam, dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang…. tapi yang sedang berlaku di kalangan masyarakat lain lah pula! (more…)

Read Full Post »

Sempena hari ke – 4 Ramadhan al-Mubarak 1430H semalam, kunjungan ahli-ahli qariah ke masjid di tempat saya masih alhamdulillah boleh di tarik senyum lebar, masih meriah. Deretan kereta dan motor di parkir dan di tepi2 jalan sudah cukup memberi jawapan berapa ramai jemaah pada malam2 awal Ramadhan ini. Semoga berkekalan dan bertambah2 sampai ke hujung Ramadhan.

Dalam kegairahan manusia memenuhkan ruang legar masjid, dapat dilihat juga masih ramai dikalangan pengunjung yang datang untuk lebih berborak, sambil menghembus kepulan asap rokok, dan kurang untuk meluangkan masa di dalam ruangan solat samada untuk berzikir, membaca al-qur’an atau membaca kitab2 hadis. Kecewa melihat mereka melepaskan peluang masa yang di berikan. Semoga mereka di ringankan hati untuk lebih memanafaatkan masa untuk beramal dan kurang berborak pasal yang tak tentu hala.

Sebagai quick check dan masih tidak terlewat untuk mengingatkan diri sendiri serta berkongsi ilmu yang diturunkan oleh Ust Anzaruddin berkenaan kesalahan-kesalahan kecil yg manusia kurang ilmu macam saya mungkin akan buat, sedangkan dgn sedikit ilmu maka kita boleh maksimakan pahala dari amalan tambah2 dalam malam2 Ramadhan ini, kata Ust Anzaruddin;

Solat Isya’ bersendirian bila lewat tiba masjid

Kekadang, atas sebab2 tertentu, mungkin kita terdatang lewat untuk Isya’ dan bila sampai pak imam dah start tarawih. So? apa nak buat? (more…)

Read Full Post »

Lama sepi nota kerana terpaksa mengubah jadual harian setelah bibik kami melarikan diri sehari sebelum Ramadhan 1430H tiba. Mungkin perasaannya untuk menyambut Ramadhan bersama ‘keluarga’nya lebih kuat daripada perasaan ingin terus bersama kami sekeluarga. Bersyukur kami suami isteri kerana ketiadaan bibik di sambut dengan keperihatian serta-merta anak-anak akan kerja-kerja rumah, dan masing-masing tangkas membantu ayah ibu menyiapkan kerja rumah mana yang mampu. Tak semena-mena Along dapat menunjuk bakatnya di dapur. Patutlah dalam satu hari koperasi sekolah, dia menjadi chef masak makaroni haritu…. Ada bakat rupanya.

Bibik lari tidaklah satu kes yang pelik lagi. Mengikut pengawal hari Jumaat 30Syaaban itu ada 3 org bibik yg melarikan diri di kawasan phasa saya. Jadi abang polis tidak lansung pelik dengan apa yg berlaku. Tapi cuma terasa sedikit (sangat terasa kepada isteri) kerana bibik lari bersama-sama DUA pasang BAJU RAYA isteri yang masih belum berbayar pun. Kainnya di beli dari kawan yang membawa pulang dari Pakistan. Aduih, marah dan kecewa Isteri bila teringatkan baju rayanya yang di larikan bibik. Itulah aturan Allah, DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga bibik tu insaf dan sedar kesalahannya dan sanggup untuk mohon maaf satu hari nanti. (more…)

Read Full Post »

Older Posts »