Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘rediscovery diri’ Category

bismillah

Akhirnya, dengan rasa hiba menyaksikan Ramadhan 1430H beransur meninggalkan kita, begitu cepat waktu berlalu sehingga tak terasa sudah sampai ke hujung Ramadhan rupanya. Cuma sesekali tersentak bila anak2 bertanya kapan mahu berangkat pulang jumpa nenek mereka untuk beraya.

Mungkin bagi sesetengah jiwa, Ramadhan tahun ini sama dengan tahun2 terdahulu; samada kita telah capai tahap taqwa (kerana inilah tujuannya), atau kita masih terkial-kial, merasakan puasa ini hanya salah satu ibadah khusus, sebagai memenuhi tuntutan syarak, malam niat, tarawih witir, morer, siang tak makan tak minum, tak masukkan sesuatu ke dalam ruang rongga, maghrib berbuka, dan sekali bayar zakat fitrah, untuk ke sekian kalinya. Maka untuk ke sekian kalinya, itulah yang kita dapat, tak jelas apa yg dapat.

Atau kita merasakan ada sesuatu yang tercapai kali ini, terasa lebih manis, lebih lemak, lebih enak, lebih empuk puasanya, tak kira siangnya dan malamnya. Cuma, ada pula persoalan, kenapa selepas bulan Ramadhan, keenakkan, kemanisan, keempukkan, kelemakkan itu hilang begitu sahaja…..atau bagaimana mahu mencuba untuk setidak-tidaknya kekal secebis daripada kelazatan tadi, sehingga Syaaban 1431H akan datang (sekiranya umur kita sampai ke tahap itu), dan akan bertemu Ramadhan 1431H dengan kesan2 Ramadhan 1430H yang masih kekal. (more…)

Advertisements

Read Full Post »

Sedikit peringatan untuk diri, untuk di amalkan tak kira hari, di hari rasa senang hati ataupun di hari terasa duka nestapa. Sepotong ayat yang cukup mudah untuk diingati, dan maknanya memang bisa mencucuk hati. Untuk di amalkan tak kira H1N1 melanda kini, ataupun dikala tiada wabak yang merisaukan hati… pesanan orang yang jauh lebih tinggi ilmu agamanya dari saya.. untuk di amalkan waktu pagi dan petang.. bacalah Ayat terakhir dari Al-Qur’an Surah At-Taubah (surah-9) ayat 129;

  

 حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ

 ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 

 

….cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

Bacalah seperti 7 kali di kala pagi dan petang, bacaan ayatnya sungguh mudah untuk diingati, kerana seringkali kita dengari.

Read Full Post »

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, guru, cikgu besar, pengetua, peniaga kantin, penjaga kebun dan semua warga sekolah sekalian. Semoga cuti 2 minggu telah dapat merehatkan kepala dan badan anda semua dan bersedia untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu dan menabur ilmu serta terlibat dalam tuntutan ilmu.
Pernah belajar ilmu Fiqh? Guna kitab Matla’ Al-Badrain (versi Jawi atau Rumi) hasil penulisan Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani? Kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu Fiqh, maka kitab ini adalah antara rujukan pilihan para Ilmuan dan guru-guru pondok untuk digunakan.
Jika anda seperti saya yang baru nak berta-tih dalam mendalami ilmu agama, dan ilmu Fiqh termasuk, kitab Matla’ Al-Badrain ini dan bahasa yang digunakan (versi rumi termasuk) akan memeningkan fikiran anda dalam satu patah ayat pertama yang dibaca. Maklumlah, kita bukanlah lulusan pondok dan tiada asas pengajian seumpamanya. Maka, pengajian kitab ini tanpa guru yang mahir akan mengkecamukkan kefahaman diri. Bila mana saya mula join kelas dwi-mingguan berlandaskan kitab ini, ustaz sudah selesai bab2 awal, dan kelas pertama saya adalah berkenaan solat jenazah (Kitab Al-Janaiz). Segala bacaan dan lafaz doa yg diperjelaskan didatangkan tanpa baris. Maka berdikit-dikitlah saya membariskan lafaz2 doa yg diajarkan. Mujurlah saya berbekalkan sedikit asas pengetahuan berkenaan solat jenazah yang pernah dipelajari dahulu. Namun kini ada berita gembira untuk orang awam seperti kita…
Kitab Matla’ Al-Badrain ini telah berjaya di terjemahkan kepada bahasa Melayu (bacaan awam) dan tidak lagi dalam versi terjemahan terus Arabic ke Bahasa seperti sebelumnya. Dan versi terjemahan dalam bahasa Melayu awam dalam 2 jilid ini telah disemak dan disahkan oleh peneliti JAKIM akan kesahihannya serta ketepatannya mengikut versi asal Arab dan Bahasa Melayu kitab yang biasa digunakan (spt pic ini)
Versi Bahasa Melayu kitab menawarkan terjemahan spt berikut: Dalam perkara mengatakan aurat ” bermula aurat lelaki itu antara pusat dan lutut pada sembahyang dan pada segala lelaki dan perempuan yang muhramnya. Adapun auratnya pada perempuan yang hilat, maka sekalian badannya dan pada dua, maka hasilnyaa bagi lelaki itu tiga aurat baginya”…. Nah! cubalah kalau2 faham jika rasa terror nak belajar tanpa guru!…. selamat mencuba.

Read Full Post »

Mungkin ada yang membaca berita mengenai peristiwa berdarah di mana 11 jemaah masjid Al Furqan di Cho Airong, Selatan Thai yang sedang solat Isyak pada malam Isnin 8/6/09 lalu terkorban syahid ditembak dengan kejam dari belakang semasa sedang bersolat. Antara syuhadah termasuklah pak imamnya Allahyarham Wan Abdullah Wan Latif 62 thn. Berita lanjut boleh dibaca di sini.

Alhamdulillah, betapa aman dan bertuahnya kita di bumi Malaya ini, paling risau pun semasa solat ialah kalau-kalau kasut/sandal/selipar dicuri orang. Ada juga yang risau kot-kot motor/helmet/kereta dicungkil mat-mat yang saje2 cari kerje kosong, atau cuba2 nak isi bilik lokap kosong.

Keamanan juga menyebabkan kita alpa, berterusan mengosongkan masjid dan surau, terus membiarkan majlis-majlis ilmu berterusan sunyi murung, saudara2 seagama kita di selatan Thai berterusan dihimpit ancaman pihak2 yg tidak berperikemanusiaan. Yang berterusan memporak perandakan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kepercayaan. Yang peliknya siasatan oleh pihak yang berkuasa sering kali ke jalan buntu bila yang menjadi mangsa itu saudara seagamaku… logiklah kalau masyarakat Islam di sana hidup dengan penuh rasa curiga kepada mereka yang memegang senjata meronda kampung halaman mereka.

Ada juga keadaan di tempat kita di mana jemaah memilih bulu untuk majlis ilmu. Sekiranya Ustaz yang datang itu mengajar mengikut rentak dan samba golongan tertentu, maka berdoyong-doyong mereka dari kalangan tertentu datang dari jauh dan dekat. Akan tetapi jika yang datang itu Ustaz yang lantang menentang pendekatan sesetengah golongan, maka yang tinggal semasa majlis ilmu hanyalah beberapa kerat qariah, ahli ‘regular’ atau mungkin beberapa ahli jawatankuasa masjid surau yang agak segan untuk angkat kaki kerana merekalah yang menjemput si Ustaz itu datang. Pelik tapi benar,,,padahal menuntut ilmu (ilmu fardhu ain) itu adalah wajib kepada setiap umat Islam.

Pernah bersyair Muhammad Ibnu Al-Hasan bin Abdullah (yg telah dialih bahasakan);
Dan jadikan olehmu akan diri kamu itu menuntuti faham dan menuntuti faedah dan bertambah-tambahnya dari ilmu pada tiap-tiap hari. Jangan lupa daripadanya satu hari jua pun.

“Dan bersungguh-sungguh olehmu pada menuntuti akan segala faedah-faedahnya dan manafa’at-manafa’atnya yang amat banyak itu, seperti bersungguh-sungguh kamu pada berenang di dalam laut yang amat dalam dan luas, kerana bahawasanya faedah-faedah dari itu amat banyak sehingga tiada kuasa menghabisi akan dia oleh anak Adam”…Risalah Al-Al’alamah Asy’Sheikh Burhanuddin Az Zarnurji.

Salam Jumaat dan selamat menuntut ilmu kepada semua.

Read Full Post »

Salam Jumaat buat diri dan sesiapa yang terbaca nota ini. Saya sambung catatan Rediscovery Diri yang dimulakan sekian masa dahulu dalam mencari Cinta Abadi. Kali ini berkenaan sikap saya terhadap tuntutan ‘memberi’, ‘menghulurkan’. Bukanlah niat untuk membuka pekung di dada, tetapi melihat dari mana saya datang beberapa ketika dahulu, memang sifat cinta dunia dan cinta harta dunia itu menebal dalam diri (… dahulunya cita-cita adalah untuk ada nilai harta tujuh angka sebelum mencapai umur 40-an). Lantas sekarang sepertinya berperang dengan emosi diri melawan sikap cinta dunia yang sebetulnya menggunung bab gunung Kinabalu ini.

Bila disemak dalam kitab Ihya Ulumuddin karya ulung Imam Al-Ghazali, dinyatakan yang cinta harta itu sendiri ada dua sebab;

Pertama: kesukaan bersenang-senang (ialah, siapa diantara kita yang mampu untuk tidak mahu bersenang-senang?). Kerana kecintaan untuk bersenang-senang, maka tidak tercapai kecintaan itu jika tidak dengan harta dan disertai pula dengan angan-angan. Barangkali anak-anak pula dijanjikan bayangan kesenangan sehingga panjang angan-angan menyebabkan kita mengumpulkan harta demi anak-anak…

Nabi s.a.w pernah bersabda yang maksudnya ” anak-anak itu menyebabkan sifat kikir dan sifat pengecut serta kebodohan.” (rujuk Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin – Zaid Husein al Hamid)

Kedua: Bila kita mencintai harta sedangkan kita sudah mengetahui bahawa kita tidaklah memerlukan kesemuanya dikala hari tua (jika umur sepanjang itu), kecintaan harta ini seperti satu penyakit kronik dalam hati hanya untuk dicapai sebagai tujuan, bukanlah memilikinya yang diutamakan tetapi perasaan untuk memiliki itu lebih utama. Semoga Allah melindungi kita dari penyakit kronik ini.

sekadar gambar hiasan: bukanlah kehidupan sebegini yang saya perjuangkan

Menurut kitab Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin, untuk mengatasi sifat kikir, satu caranya ialah dengan mengurangi nafsu terhadap keduniaan serta keinginan untuk itu dan ini, banyak mengingati mati, merenung kematian teman-teman, menziarahi kubur, termasuk memikirkan cacing-cacing yang ada di dalam kubur itu. Perhatian terhadap peinginan untuk anak diatasi dengan menyedari bahawa Penciptanya mengurniakan rezeki bersama anak itu. Ramai anak yang mewarisi sedang itu bukan rezekinya, dan ramai pula anak yang tidak mewarisi, padahal Allah SWT mengurniakannya harta yang banyak selepas itu. Jika anak itu seorang yang soleh, maka Allah SWT akan memimpin orang-orang soleh. Tetapi jika anak itu orang yang fasik, maka ia akan menggunakan harta dunia yang ditinggalkan untuk jalan yang bathil.

Pernah saya ditanya rakan samada saya sanggup menyerahkan segala apa yang ada dari harta dunia kepada orang yang lebih memerlukan dan meneruskan kehidupan dengan seadanya ala-ala kadar sahaja, saya tidak mampu menjawab di mulut, tapi di hati saya pantas menjawab mana mungkin!…. jauh lagi rupanya apa yang saya impikan dari apa yang sebenarnya ada di dalam hati… semoga Allah terus memberi saya kekuatan untuk berjihad ke jalan yang perintahkannya, dan semoga saya menjadi lebih ringan hati untuk memberi…amin

Read Full Post »

Diteruskan catatan diri dalam usaha mencari Cinta Kekal. Sebelum pergi lebih jauh, eloklah diterangkan sedikit latar belakang penulis sebelum saya ‘tersedar’ dari lena yg panjang.

Latarbelakang: Dahulunya saya ini insan yg sering lupa, lupa yg mana hakiki, yg mana tuntutan, yg mana benar dan yg mana bathil. Terkadang, yg diterima ramai dijadikan amalan tanpa fikir apa hukum dari sudut syarak. Dulunya saya tidak merasa apa2 bila berada dikhalayak ramai, berasak2 untuk itu dan ini, tanpa terasa akan azab mata dan takut hati jadi keras kerana itu dan ini. Lebih teruk lagi, saya sering ambil mudah perkara2 yg dipandang berat dalam syarak, dan ambil berat perkara2 duniawi yg tidaklah sepenting perkara2 syarak yg dipandang enteng. Akibatnya, hidup sentiasa tidak cukup, tidak lengkap, bahkan tidak terasa berkatnya apa yg ada,,,walaupun dilihat dari segi material, hampir semuanya sudah ada. Cuma impian sahaja yg semakin hari semakin menggunung.

Kini, alhamdulillah, sedikit demi sedikit yg bathil itu terkikis dan rasa cinta dan sayang kepada yg sepatutnya itu datang, hari demi hari, minggu demi minggu. Walaupun lagi dicari lagi terasa jahilnya. Makin banyak yg tahu makin bertambah banyak yg tidak tahu.

Tambah pula dengan cabaran dan halangan yg terpaksa ditempoh, ditempis, dirempuh. Bila kita tegas dengan syarak hasil dari ilmu cetek yg ada, kita sering pula dilabel sebagai kolot, ektremis, berlagak, perasan dsbnya. Namun tidak sedikitpun terasa sedih, malah terasa pula bahagianya, kerana tujuan diri hanya satu; supaya dikategorikan sebagai Hamba oleh Pencipta. Tidak lebih dari itu, dan semoga RahmatNya datang menyelamatkan diri di hari Perhitungan dan hari Pembalasan.

Antaranya amalan biasa masyarakat yg memberi cabaran untuk saya, dan Insyaallah semoga dapat terus tinggalkan;

1. Bersalaman dengan yg bukan mahram; antara rakan sekerja, rakan perniagaan, sahabat handai, keluarga sahabat handai, anak2 dara sahabat dan yg sama kategori dgnnya. Sudah menjadi amalan sesetengah org (majmuk dijadikan alasan) dan kita pula dianggap sombong jika tidak menyahut jemputan tangan bila dihulur.
2. Dalam bab aurat; saya dianggap extreme, ‘anti fashion, anti social’ bila kita tegaskan untuk keluarga supaya betul2 menjaga aurat dalam berpakaian. Bukan setakat tutup rambut litup tetapi dada diserlahkan, tutup rambut tetapi pakai pula baju yg butang didada hampir2 tidak dapat dikemaskan kerana fit2nya didada, lenganya pula pendek ke siku. Skirtnya pula menayangkan betisnya yg licin, gebu. Sudah saya ingatkan isteri, bahawa yg sebegini hanyalah untuk saya, dirumah bila tiada ipar duai. Dan walaupun hanya dengan ipar duai, Islam tetap dengan hukumnya yg telah jelas dan hakiki.
3. Dalam bab pemakanan; apabila saya cuba amalkan makan untuk tidak lapar dan bukan untuk kenyang sampai sendat, ada pula yg labelkan saya sebagai ‘kufur nikmat’, nakal sungguh kawan2 ni, bila kita cuba amalkan pemakanan yg menjurus kepada ‘pencegahan penyakit’ ada pula yg chop kita kedekut. Senyum aje lah…
4. Dalam bab penggunaan masa; dahulunya, bila ada sahaja masa lapang, beberapa ‘lapangan2 tertentu’ yg akan dipenuhkan dengan kawan2, kini, saya memang padat berjadual. Semuanya menjadi aturan, kitaran harian yg tidak rutin tetapi padat dengan program. Seringkali saya kini ‘terlepas’ dari sesi2 borak2 yg dahulunya sayalah penganjurnya. Maka jadilah saya dalam kategori yg dichop ‘eh, lama tak nampak?’… nak lari ke?”

sesetengah amalan biasa itu telah saya tinggal jauh ke belakang

Semua yg dicatatkan merupakan cabaran harian saya dalam usaha menjejak kasih Cinta yg Abadi yg didambakan saban hari saban waktu. Dalam banyak keadaan saya hanya mampu tersenyum, riang melihat apa yg terjadi, syukur akan nikmat kejadian. Bayangkan jika kita tidak dijadikan, sebagai manusia, atau dijadikan tetapi sebagai yg bukan Muslim, atau dijadikan tetapi buta untuk melihat apa yg ada didepat mata (o hati)…syukur yg Allah. Saya doakan agar berterusan bantuanMu untukku mencari cintaMu…

Read Full Post »

Siri Rediscovery diri disambung kembali dalam pengalaman mencari ilmu bagi memenuhi tuntutan rohani bagi mendapatkan Cinta Kekal yang dicari2 selama ini.

Sebagai insan atau ahli baru dalam setiap kelas2 ilmu yg diceburi, saya kerap kali tersilap cara atau dipandang silap cara oleh ahli2 lama dek kerana tidak tahu adab2 atau ‘sistem’, atur cara menuntut ilmu yg sebetulnya. Tidak pula saya ketahui dulunya bahawa sebetulnya, menuntut ilmu mencari cinta kekal ini penuh dengan adab2nya,,, jika tidak kena cara maka yg dapat hanya cebisan sahaja.

Syukur, saya telah diketemukan dengan seorang guru yg memang khas mengajar manusia2 yg baru ingin menceburi diri dalam hal2 cinta kekal ini. Cuma yg ralatnya, kebanyakkan muridnya adalah baya2 anak2 lelaki saya je. Semuanya anak2 remaja yg rata2 daripada keluarga yg memang sudah dari awal dipupuk dalam suasana ilmiah ini. Lantas saya terasa pula tekanan ‘competitive’ mereka dalam bab2 ‘murid pandai’ ini. Al maklum, kita telah lama terkarat dek cinta dunia yg tak kekal ini. Dalam cubaan menuntut ini, saya diketemukan dengan kitab ini… Ta’lim Al-Muta’aalim (Pelita Penuntut) penulisan Al-Al’Lamah Asy’Sheikh Burhanuddin Az Zarnurji yg telah diterjemahkan oleh Muhammad Syaflil Abdullah Muhammad bin Ahmad Rangkul Fathani (dalam versi jawi dan rumi).

Maka bermulalah saya dengan tergagap2 membaca kitab jawinya. Mujurlah selepas minggu ke-dua, terjumpa versi ruminya, terasa lega di hati kerana tidak lagi tercungap-cungap mengeja ba-da-ali-k-ka-m-uanan-nya… terasa sungguh tinggi rendah langit pada masa tu.

Kini, selepas beberapa kelas, barulah jelas bahawa pentingnya adab2 menuntut ilmu dalam kita mencari ilmu itu. Pentingnya kita memilih ilmu dan guru serta tauladan dan ketetapan dalam menuntut itu. Barulah jelas pada diri dan datangnya kelazatan dan hikmah ilmu yg dicari.

Saya kongsikan satu syair Abi Hanifah Rahimahullahu:
Siapa-siapa yg belajar ilmu bagi tempat kembalinya;
mencapai ia akan kelebihan daripada sebetul-betul atas agamanya.
Maka ayuhai kerugian org-org yg belajarnya;
bagi mencapaikan kelebihan dari sama2 hambaNya.

Kesimpulannya: Belajarlah ilmu dengan niat yg sebenarnya….

Read Full Post »

Older Posts »