Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘seerah’ Category

Selepas beberapa hari, baru diberi kelapangan untuk meneruskan cerita dari seerah sahih Nabi s.a.w berkenaan kisah nenek tua zaman Nabi Musa a.s yang telah dimulakan beberapa hari lepas.

Apakah sebenarnya permintaan nenek ini dari Nabi Musa a.s. sehingga mendapat perhatian Baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam kisahnya berdepan dengan lelaki Badwi yang menerimanya sebagai tamu? Kisah adalah seperti ini…

 

Nenek itu, dalam syaratnya untuk ditunjukkan lokasi makam Nabi Yusuf a.s kepada Nabi Musa a.s telah meminta Nabi Musa a.s untuk mendoakan agar dia (si nenek) menjadi teman Nabi Musa a.s di syurga nanti. Dengan keyakinan bahawa doa para nabi dan rasul akan Allah makbulkan, si nenek tersebut tidak meminta apa2 balasan dunia, kemewahan, kesenangan sementara, tetapi meminta balasan abadi iaitu syurga, dan menjadi teman kepada Nabi Musa a.s ti syurga tertinggi darejatnya.
(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Sambung semula cerita dari kisah2 sahih Nabi s.a.w, cerita nenek tua zaman Nabi Musa a.s. yang dimulakan dua hari lepas. Di kisahkan apabila lelaki Badwi itu hanya meminta Unta dan lembu susu, Baginda Nabi s.a.w terkejut, lalu Baginda Nabi s.a.w bertanya, kenapa engkau tidak meminta seperti yang diminta nenek kaum Nabi Musa a.s.

Kesemua sahabat yang mendengar menjadi hairan lalu bertanya, siapakan Nenek dari Kaum Nabi Musa a.s itu? Tak pernah dengar pun cerita pasal dia? Kenapa Baginda Nabi s.a.w. suruh orang Badwi itu minta seperti Nenek itu? Apa yang nenek itu minta?

Lalu Baginda s.a.w menceritakan, bahawa pada zaman Nabi Musa a.s semasa mereka mengembara hendak melarikan diri dari ancaman raja yang zalim (kalau tak tahu raja man, sila tanya anak2 sekolah menengah) dan keluar dari bumi Mesir, mereka telah tersasar perjalanan mereka, tak dapat mencari jalan keluar dari bumi Mesir, selama 40 TAHUN!. Bayangkan, jalan-jalan beberapa hari aleh2 sampai tempat yang sama, dan berjalan lagi beberapa bulan, tup-tup tiba semula di tempat yang sama, begitulah seterusnya, selama 40 tahun….

jalan di padang pasir tanpa GPS, macam gini lah rupanya, mana nak tuju?

Lalu pada satu pagi yang panas terik (ini saya interframe je), datanglah seorang pendita Bani Israel, jumpa dengan Nabi Musa a.s lalu berkata dia kepada Nabi Musa a.s, akan cerita yang pernah didengarnya berkenaan ikrar Nabi Yusof a.s. Semasa hayatnya Nabi Yusuf a.s pernah berikrar bahawa jalan keluar dari Mesir akan ‘terlindung’ sekiranya jenazahnya tidak dibawa keluar bersama dan di kebumikan di luar bumi Mesir. Laaaa punyalah tak bijak pendita Bani Israel tadi, dah 40 tahun baru nak cerita! Lalu Nabi Musa a.s bertanya di manakah letaknya makam Nabi Yusuf a.s? tak de seorang pun yang tahu. Jadi masalah pun belum selesai…. Dalam ramai2 ahli kaumnya itu, datanglah seorang nenek tua, bongkok, tak berapa sihat dah, tapi mengaku, tahu di mana letaknya makam Nabi Yusuf a.s. Lalu di minta Nabi Musa a.s untuk nenek itu membawa kaumnya ke lokasi..

Nenek itu pulak tidak semudah itu untuk memenuhi permintaan Nabi Musa a.s, lalu dia minta dimenterai satu perjanjian, sebelum dia bersetuju. Di fikiran Nabi Musa a.s, apalah sangat permintaan si nenek ini, lalu dia pun bersetuju untuk memenuhi syarat nenek itu ….

Jadi apakah permintaan nenek itu? Boleh teka? tak ada hadiah pun, cuma nak gambarkan tahap pemikiran manusia, dari zaman dahulu, zaman Nabi Muhammad s.a.w dan zaman kini, ada banyakkya tidaklah berubah mana, tiadalah beza mana antara kita dan lelaki Badwi dalam n3 asal tadi… So, apa yang nenek itu minta sehingga Nabi Muhammad s.a.w membuat perbandingan dengan lelaki Badwi itu? Kena tunggu n3 seterusnya, script nota tak ingat tercampak mana, nanti InsyaAllah sambung, dengan pengajaran2nya sekali.

dek cerita nenek tua engkau inilah sampai atok duduk sorang2 tunggu nenek belum balik2…

Read Full Post »

Dalam pencarian Cinta dan Keredhaan Allah, kita akan berdepan dengan pelbagai pengalaman, pahit, manis, masam, tiga rasa dan lain-lain. Ingin dikongsikan satu kisah dari Seerah Nabi yang diajar dalam kelas Cinta yang pernah saya hadiri. Untuk peringatan diri dan semua yang membaca.

Kisahnya dalam satu pengembaraan Baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya, lalu Baginda Nabi s.a.w. singgah di satu perkhemahan satu keluarga orang Badwi. Orang Badwi memanglah terkenal dengan lasak, brutal dan sikap kerasnya dari dulu hingga sekarang. (ada org bercerita lasaknya perempuan Badwi ini sehingga mereka boleh pikul tong gas memasak,,,,, sebaik sahaja selesai melahirkan bayi, waallahualam) ##. Lalu Baginda Nabi s.a.w. dan sahabatnya diberi makan dan diraikan dengan seadanya. Selesai makan lalu Baginda Nabi s.a.w bertanya kepada lelaki Badwi tersebut akan apa yang dihajatinya, apa keinginannya, untuk Baginda Nabi s.a.w memohon kepada Allah. Bertuahnya lelaki Badwi itu, ingin didoakan oleh kekasih Allah. Lalu si lelaki tersebut menjawab…

“Doakan agar aku mendapat seekor unta untuk ditunggangi dan seekor lembu ibu yang boleh ku perah susunya untuk anak isteriku minum”. Baginda Nabi s.a.w terkejut, kehairanan mendengar permintaan lelaki Badwi tadi lalu Baginda Nabi s.a.w bertanya lagi, apa lagi kemahuan lelaki itu, jawab Badwi itu lagi, “doakan agar aku mendapat seekor unta untuk ditunggangi dan seekor lembu ibu yang boleh ku perah susunya untuk anak isteriku minum”. Begitulah berulang sampai tiga kali, lalu Baginda Nabi s.a.w bertanya, kenapa engkau tidak meminta seperti yang diminta nenek kaum Nabi Musa a.s.

Lalu dalam kehairanan juga para sahabat yang mendengar lalu bertanya, siapakan Nenek dari Kaum Nabi Musa a.s itu? Tak pernah dengar pun cerita pasal dia? Kenapa Baginda Nabi s.a.w. suruh orang Badwi itu minta seperti Nenek itu? Apa yang nenek itu minta?

Aduih, penat dah menulis ni, nanti InsyaAllah, akan di sambung di n3 seterusnya. Pasal si Ustaz yang bercerita itu pun menangguhkan ceriteranya sampai tiga kuliah, jadi kena tunggu n3 akan datang…InsyaAllah.

## Saya pernah melihat sendiri bagaimana orang-orang Badwi ini memandu di Bandar Jeddah k.s.a, maklumlah mereka ini bila memandu di padang pasir tiada perlu patuhi had laju kebangsaan, tiada perlu signal untuk menukar lorong atau membelok di simpang, tiada had muatan, peel yang sama mereka amalkan walaupun mereka berada di jalan raya di bandar. Hebat sungguh… ada lah lebih kurang seperti gambar hiasan di bawah…

pic hiasan dari Google dan sah-sah bukan saya punya

Read Full Post »

Salam Jumaat buat semua…
Dalam satu seerah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya, bahawasanya Asma’ binti Yazid bin As-Sakan r.a telah mendatangi Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya; Sesungguhnya saya ini utusan orang-orang di belakang sana, dari jemaah wanita-wanita Islam, semua mereka mengatakan sama seperti kata saya, dan sama dengan pendapat saya, iaitu; Sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan engkau kepada lelaki dan perempuan, kita semua telah beriman dengan apa yang engkau bawa. Dan kami kaum wanita serba kurang dan cacat, kerana kami duduk di rumah. Dan sesungguhnya kaum lelaki melebihi kami dengan sembahyang Jumaat, menyaksikan jenazah, pergi berjihad. Dan apabila mereka keluar berjihad, kami kaum wanita lah yang memelihara harta benda mereka, kami mendidik anak-anak mereka, apakah kami berkongsi dengan mereka dalam balasan, duhai Rasulullah?

Rasulullah s.a.w pun menulih kepada para sahabatnya, seraya bertanya: adakah kalian dengar bicara wanita yang bertanya soalan yang sungguh baik tentang agamanya? Para sahabat semuanya menjawab: Tidak ada, duhai Rasulullah!. Maka berkata Rasulullah s.a.w: Kembalilah, wahai Asma’, dan beritahukan wanita-wanita yang di belakang itu, bahawasanya kebaikkan layanan salah seorang antara kamu terhadap suaminya, dan kesediaan mereka mendapat keridhaannya, dan menurut apa yang diingini oleh sang suami itu, adalah menyamai semua yang engkau sebutkan tadi”.

Maka Asma’ pun beredar dari situ dengan bertahlil dan bertakbir, kerana sangat gembira dengan keterangan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. tadi.

Jelaslah, bahawa pahala yang diterima oleh wanita dalam menyusun hal-ehwal rumah tangganya, mentaati suaminya, mendidik anak-anaknya adalah menyamai pahala seorang lelaki dalam berjihad serta kerja-kerja lain yang khusus oleh lelaki.

Ref: Abdullah Nasih Ulwan.

Read Full Post »

Nota pengajian oleh Ust Faidzurrahim Hj Mohd Alwi menjadi asas nota kali ini. Ringkasan notanya bertajuk seperti di atas yang diedarkan semasa kuliah bulannya di masjid tempat saya baru-baru ini untuk dikongsi bersama.
Extrait dari notanya bertulis;” Ahli Sunnah bermakna mereka yang berpegang pada apa yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabatnya. Al Jamaah pula bermaksud jemaah muslimin iaitu majoriti umat Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga ke zaman ini”. Di kala ini ramai yg datang dengan pandangan dan tajdid baru, maka terpanggil untuk dinotakan di sini apa yg dikongsikan oleh Ust Faidzurrahim tempohari.

Dari segi sejarahnya, di zaman pemerintahan khalifah Al Abbasi, ada seorang pemerintah yang terkenal dgn ketinggian ilmunya, sifat soleh taqwa dan beraninya, beliau ialah Sultan Solahuddin Al Ayubbi. Beliau telah berjaya menghafal kitab fiqh Imam Syafi’i yang mashyur iaitu kitab Tanbih dan juga kitab al Hamasah. Beliau juga sentiasa menjaga dan mengambil berat terhadap pengajian ilmu aqidahnya. Di zaman beliau terdapat seorang alim bernama Muhammad bin Hibatillah al Barmaki yg telah menulis satu kitab lalu ditunjukkan kpd Sultan Solahuddin Al Ayubbi. Setelah meneliti dan kagum dengan kitab tersebut Sultan Solahuddin telah mengarahkan supaya isi kandung kitab tersebut dijadikan sillibus pengajian untuk kanak2 dan sekolah2 dalam pendidikan aqidah. Beliau juga mengarahkan agar pengajian kitab tersebut dibaca di mimbar2 masjid sebelum azan subuh, kerana ketika itu menjadi kebiasaan umat Islam bangun sebelum subuh untuk berqiamulail.

Diantara isi kandung kitab tersebut menjelaskan aqidah Islah ialah; (terjemahan): Yang Pencipta (Allah) alam tidak diliputi oleh arah dan tempat, Maha suci Allah dari penyerupaan, Allah itu ada Abadi dan tiada tempat bagiNya, dan keputusan bahawa keberadaanNya sekarang sebagaimana Dia dahulu iaitu tanpa tempat, Maha suci Allah dari tempat dan zaman. Kitab ini diriwayatkan oleh Imam As Sayuti dalam kitab Al Wasaeil ila Musamaratil Awaeil.

Dan pegangan ini selari dengan sabda Baginda Nabi s.a.w “Sesungguhnya Allah sediakala (adaNya tanpa permulaan), kewujudanNya tanpa ada sesuatu pun di sampingNya” Riwayat Al Bukhari, Al Baihaki dan Ibnu Jarud.

Sabda Nabi s.a.w lagi

“Hendaklah kamu semua berpegang dengan jamaah dan jangan sekali-kali berpecah belah, sesungguhnya syaitan itu bersama dengan seseorang dan dia akan menjauhi orang yang berdua, barangsiapa yang inginkan kelapangan di syurga maka mestilah dia melazimi jamaah” Hadis ini dihukumkan oleh Imam al Hakim dan Imam Tirmizi sebagai hasan sahih.

Adapun perkataan jamaah dalam hadis dimaksudkan sebagai al sawad al a’zom iaitu majoriti umat Islam, dan bukanlah bermaksud solat jemaah. Hanya Allah yang Mahamengetahui

Read Full Post »

Imam As-Syafi’i yang telah meninggalkan dunia pada tahun 204H ketika berusia 54tahun telah disemadikan di tanah perkuburan Banu Zuhrah di Qarafah Sughra, kaki gunung Al-Muqattam.

Di akhir hayatnya, ketika ditanya oleh seorang muridnya, iaitu Imam al-Muzani tentang keadaan dirinya, Imam As-Syafi’i menjawab ” sudah sampai masaku didunia ini untuk aku tinggalkan, akan aku berpisah dengan rakan taulan, akan mengalami rasa kematian, dan kepada Allah jua tertumpu ingatanku”, demi Allah, tidak aku tahu ruhku akan dibawa ke syurga atau ke neraka”, sempat beliau meninggalkan satu madah;

“Pabila mati dah pejal membeku,

Dah sempit pula penyebaran mazhabku,
Kupanjatkan harapan mendapatkan keampunanMu,
Dosa-dosa menimbun besar ke atasku,
Pabilaku bandingkan dengan keampunanMu,
KeampunanMu itu lebih besar..Tuhanku.”

Beliau meninggal dunia pada malam Jumaat selepas waktu Maghrib pada hari terakhir 29 Rejab, di sisinya murid setia Imam Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Jizi.

satu kitab ulung dalam ilmu Fiqh peninggalan Imam As-Syafie

Read Full Post »

Lagi cerita pasal Kaum Thamud (kaum Nabi Soleh a.s) untuk pengajaran….

Semasa di Madain Soleh, kami berpeluang untuk menyaksikan pelbagai peninggalan arkeologi kaum Thamud, dan satu yg menjadi tarikan sendiri ialah peninggalan kesan2 satu tempat rawatan dan simpanan air. Ternyata latar belakang saya sebagai jurutera air sedikit sebanyak menaikkan minat lebih dari jemaah lain kepada instalasi ini. Sistem pemprosesan air peninggalan kaum ini tidak jauh beza dari segi asasnya dgn apa yg ada sekarang, cuma teknologinya saja yg berbeza.

Mereka sudah pun ada sistem aliran air hujan yg panjang di lereng2 bukit, kemudia disalurkan menerusi sistem penapisan pasir dan disimpan di dalam kolam takungan, yang sudah ada tanda2 had water level yg berperingkat2, mungkin setiap level sebagai penanda had2 penggunaan air.

Mereka juga sudah ada penanda khas untuk setiap rumah, seperti alamat rumah. Setiap fasad hadapan rumah dilengkapkan dgn tanda tulisan berbeza, supaya dapat dibezakan penghuninya.

Dan yg paling ketara kepintaran kaum Thamud yg dilaknatkan Allah angkara engkar ini ialah mereka ada cara untuk conserve mayat dalam rumah masing2. Kerana dalam setiap rumah ada 4 atau 6 tpt spt liang lahad utk diletakkan mayat bila ahli keluarga meninggal. Waallahualam.

Read Full Post »

Older Posts »