Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Tafsir Qur'an’ Category

Berita tergempar dari kampung,,, “kedai emas No-Zek kena rompak oleh geng Arab“, kata mak mertua saya. “Hilang satu peti besi, kerugian bernilai hampir RM1 Juta”. Berita ini dilaporkan di media2 tempatan,  klik sini untuk baca. Tuan kedai ini seorang kenalan mertua saya, dan saya pun pernah melanggan dari kedai emas ini. Dan memang Bandaraya Kay Tee meriah dengan lambakan kedai emas, mungkin kerana simpanan dengan cara emas berlian adalah cara mudah org KayTee menyimpan wang sambil bergaya. Nilai emas tidaklah susut teruk, dan sambil simpan dapatlah bergaya sehingga mak cik penjual keropok lekor pun bergelang emas separuh tangan, dan rantainya, waduh berat je nampak.

geng arab rompak noorzek

picture Utusan Malaysia

Bukan kisah emas berlian yg nak di notakan, tetapi amalan harian yg dipesan oleh ramai Ustaz2, supaya kita istiqamah mengamalkannya, antaranya sebagai pelindung diri daripada perbuatan manusia yg berniat jahat seperti pukau, santau, sihir dsbnya. Sebagai usaha kita dindingkan diri dengan bacaan2 doa, dari ayat2 Al Qur’an. Dan yg tidak pernah missed dari senarai bacaan yg di syorkan ialah membaca  ayat Al Baqarah 255;

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

Musim cuti akhir tahun 2009 kali ini menjadi lebih ceria daripada kebiasaan. Pertamanya alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Angah dalam UPSRnya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk lebih cemerlang dalam apa2 yg di ceburinya, dari segi duniawi dan ukhrawi. Menjadi lebih mendalam dia dalam amalan hariannya. Keduanya tergerak pula hati untuk membawa semua ahli keluarga bercuti insyaallah dalam sedikit masa nanti, sambil berusaha mengeratkan kasih mesra.

Tanpa banyak soal, Along dan Angah telah memulakan hari-hari kem ibadah mereka di Maahad Tafhiz Al Muqri kelolaan Ustaz Darulzaman. Dengan tujuan untuk memberi tambahan pendedahan kepada keduanya mengenai  akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat serta teknik hafazan al Quran. Teringat pula pesanan guru mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan syiar Islam, dengan berbekalkan ketinggian akhlak Baginda s.a.w sehingga dipuji Allah SWT dengan firmanNya dalam Al-Quran QS. Al-Qalam ayat 4;

 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (more…)

Read Full Post »

Salam Jumaat;

Susulan kejadian gempa bumi berturut-turut di Padang pada 30-9-2009 yang lalu dan di Jambi keesokkannya, satu pemerhatian menarik saya terjumpa dalam satu laporan (juga di sebut oleh seorang penceramah untuk di kongsikan di sini)

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52.”

Mari kita rujuk Al-Qur’an, siapa pun yang membuka Al-Qur’an sepatutnya merasa kerdil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat2 Allah Swt tersebut: Surah ke-17 ayat ke-16 (QS. Al Israa’ ayat 16):

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

Dan seterusnya, surah ke-17:58 (QS. Al Israa’ ayat 58):

“Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

Dan akhirnya surah ke-8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa terkini di Sumatera, peringatan tentang azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya.

Menanti Tsunami di N31cBagan Pinang

Menanti Tsunami di N31 Bagan Pinang

Sesuatu yang tentunya membuatkan kita tersentak, sepatutnya menjadikan kita lebih beringat.

Read Full Post »

Bukan niat nak perhangatkan pasal sambutan Raya walaupun Ramadhan ada lagi berbaki 10 hari akhir yg jauh lebih bermakna dari raya, cuma sebagai persediaan kepada diri dan sesiapa yg akan bermusafir sambil berpuasa Ramadhan jika pulang ke kampung yg nun jauh ke, atau dalam perjalanan semasa berpuasa. Kan ada keringanan diberikan untuk tidak berpuasa bagi yg bermusafir… tapi camana ye?

Ust Darulzaman dari Tahfiz Puchong memberi peringatan berkenaan hal ni dua minggu sudah, sebagai peringatan kerana semua dah tahu kan? Sambil2 dia merujuk kpd ayat 184 surah Al-Baqarah yang potongan ayatnya spt berikut;

أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬‌ۖ

فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

(more…)

Read Full Post »

Dalam suasana kekeliruan yang (sengaja) ditimbulkan oleh sesetengah ahli masyarakat termasuk pemimpin tertinggi masyarakat mengenai hukum sebat rotan (seorang model sambilan – semoga Allah menerima taubatnya) kerana di TANGKAP (diCAPITALkan kerana jika sendiri mengaku perlaksanaan hukumnya lain pula) oleh pegawai majlis agama semasa sedang minum arak di khalayak ramai. Timbul pula berita (sama saban tahun) berkenaan penangkapan beberapa orang lelaki Islam yang sedang meneguk arak (ditangkap dengan botol di tangan) semasa sambutan merdeka ke 52 semalam…Baca SINI

Kalau tahun2 dahulu, perkara orang Islam di tangkap pada malam sambutan merdeka, dengan araknya, dengan berkelakuan kurang sopannya, memang sudah perkara routine sepanjang tahun baru dan malam merdeka. Tapi pada tahun ini, tahun 1430H, sambutan malam kemerdekaan ke52, di sambut pada malam Ramadhan… sedang ramai yang sedang bertarawih, berwitir, atau bertadarus, ramai juga yang berada di tempat yang sangat salah, melakukan perkara yang sangat-sangat besar dosanya, meneguk air setan. Di beritakan, di Ops Masih ada yang Sayang’, seramai 200 orang muda remaja dan veteran, termasuk 6o remaja perempuan di tangkap,,, kesian mereka ni, harap-harap akan mendapat pengampunan dari Allah. Kehidupan kita pun tidak diketahui cara penamatnya. (more…)

Read Full Post »

Bersedekah bukanlah bermusim tapi…

Musim Ramadhan yang bakal menjenguk beberapa hari lagi, insyaallah akan membuka ruang untuk sekalian umat Islam untuk menjadi lebih mudah untuk bersedekah. Di harapkan bukanlah bermusim, tetapi kita mengambil peluang untuk melipat gandakan amalan sedekah kita kerana segala amalan adalah di lipat gandakan ganjarannya di bulan yang mulia ini.

Sabda Nabi s.a.w,Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakitmu dengan bersedekah dan hadapilah pelbagai bala itu dengan berdoa”.

Dan dalam satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah, tiada seorang pun yang memaafkan kezaliman melainkan Allah menambahkan kemuliaannya, dan tiada seorang pun yang tawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya”.

Dan kemuncaknya ialah petikan dari Al-Qur’an surah Al Baqarah ayat 268, Allah berfirman;

 

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ

 

يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ 

 

Syaitan itu menjanjikan (menakut-makutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya”.

Banyak masjid surau yang akan mengadakan tabung-tabung khas sempena Ramadhan, maka sesekali lalu di tepi tabung itu janganlah segan2 untuk menghulurkan sekeping dua wang kertas. Ataupun akan didatangkan bertemu kita sekian-sekian orang yg datang meminta-minta, sedarlah, walaupun apa persepsi kita, ada sesetengahnya memang berbuat demikian kerana paksaan hidup…maka hulurlah seringgit dua, kalau mampu hulurlah cukup untuk mereka sediakan satu juadah berbuka..

sama-samalah merebut peluang yang Allah sediakan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w ini, kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat kita.

 

Tuan, puan, bantulah kami

Tuan, puan, bantulah kami

 

Read Full Post »

Sedikit peringatan untuk diri, untuk di amalkan tak kira hari, di hari rasa senang hati ataupun di hari terasa duka nestapa. Sepotong ayat yang cukup mudah untuk diingati, dan maknanya memang bisa mencucuk hati. Untuk di amalkan tak kira H1N1 melanda kini, ataupun dikala tiada wabak yang merisaukan hati… pesanan orang yang jauh lebih tinggi ilmu agamanya dari saya.. untuk di amalkan waktu pagi dan petang.. bacalah Ayat terakhir dari Al-Qur’an Surah At-Taubah (surah-9) ayat 129;

  

 حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ

 ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 

 

….cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

Bacalah seperti 7 kali di kala pagi dan petang, bacaan ayatnya sungguh mudah untuk diingati, kerana seringkali kita dengari.

Read Full Post »

Older Posts »