Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Saya kembali menulis

Dengan nama Allah SWT saya kembali ke laman ini untuk sekian kalinya, demi menyambung kembali hasrat untuk berkongsi suka duka mencari keredhaanNya, setelah sekian lama menghilangkan diri tanpa berita, walaupun tiada ramai yang bertanya, hanya sekadar bercerita.

Dalam berbulan2 tidak mencatatkan apa2 di sini bukanlah bererti saya tidak berbuat apa2, sebenarnya banyak sekali suka duka ditempuh dalam masa tersebut, tak tercerita kepada sesiapa, cukuplah sekadar kita lafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita menghirup udara, O2 yang ada serta dapat lagi kita melangkah satu demi satu liku kehidupan dunia dengan IzinNya.

Insyaallah akan ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. Semoga saya dapat penuhkan lagi ruang ini dengan apa2 yg bermanafaat selepas ini.

Amin

Advertisements

Read Full Post »

Alhamdulillah… selepas 12 hari menghadirkan diri sebagai tetamu Allah dan penziarah (penjiarah.. sebutnya ustaz di sana) Rasulullah di bumi bertuah Makkah dan Madinah, kami tiga beranak telah selamat pulang kepangkuan anak2 lain yang ditinggalkan pada 28th March 2009.

Perasaan bercampur aduk antara sedih untuk melangkah pulang meninggalkan Baitullah, dan rasa gementar untuk bertemu kalian sabahat handai di tempat halaman, kawan2 bloggers dan rakan2 sepejabat. Namun langkah pulang terpaksa diambil dengan doa untuk datang lagi ke bumi bertuah ini lagi dan menjadi tetamu Allah dan penziarah kekasihNya lagi.

Terima kasih diucapkan kepada rakan2 bloggers yg mendoakan kesihatan kami semasa disana. Kepada yang ingin merasakan buah tangan dari bumi bertuah, rajin2lah e-mailkan untuk bertemu muka, kami sentiasa tunggukan panggilan dan email anda. InsyaAllah kita akan dapat bersua muka suatu masa yg sudah ditentukanNya kelak.

Banyak sekali yang dilalui, dipelajari, diingatkan, dilihat, dikecapi sepanjang berada di bumi bertuah Mekah dan Madinah. Ada yang akan kekal menjadi pengalaman peribadi, sangat peribadi, dan sudah tentu ada yg akan dikongsi bersama, dengan satu tujuan… agar kita semua, sama2 dapat mendapat faedahnya nanti. Kepada yang sudah merancang, sedang menunggu hari, sedang kumpul wang, untuk ke sana, insyaAllah akan dapat ke sana dan merasakan sendiri keajaiban bumi bertuah itu.

Kepada semua, sekali lagi, terima kasih.

Read Full Post »

Tarikh: 24Feb 2009

Lokasi: Masjid Bukit Jelutong, Jln Mimbar, Bukit Jelutong Shah Alam
Pendidik: Ustaz Dr Muhammad Uthman El Muhammady
Tajuk: Gerakan Pemikiran Aliran Baru dan Cabarannya kepada Umat

Ustaz Dr Muhammad Uthman ialah seorang Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2005, seorang Fellow Amat Utama Akedemik ISTAC UIA dan merupakan seorang ulamak ternama negara yang disegani.

Kepada seseiapa yang tinggal di kawasan yang berdekatan lokasi majlis, dijemput ramai-ramai menghadiri majlis untuk memanafaatkan kehadiran beliau kemari.

Read Full Post »

Sentiasa Bersangka Baik

Kali ini bukan nak dinotakan pelajaran berkenaan keperluan bersangka baik yang insyaallah akan dinotakan suatu hari nanti jika diizinkanNya.

Now ni saja nak ringan2kan pemikiran dengan hal2 semasa yang sedang berlaku, apalagi kalau bukan hal serangan kejam Regim Zionis ke atas penduduk Islam Palestin di Gaza yg dicerobohi. Tergerak hati untuk memikirkan apa sebenarnya yg menjadi tujuan org2 yg berduyun2 mengirim SMS dan email berantai yang kekadang agak tersasar isi kandungnya.

Sebagai contoh satu SMS ini yg berbunyi ” marilah beramai2 bermunajat untuk Palestin kerana malam ini Israel telah hampir sekali dengan Masjid AlAqsa dan akan mula merobohkannya malam ini…..”

Sekali baca, memang SMS sebegini menaikkan saraf serta darah pejuang dalam diri setiap muslim yg prihatin. Mungkin juga sipengirim seorang yg prihatin pada Palestin, pada Islam dan pada Al Aqsa. Namun, bila baca dua kali, terasa pula seperti dipermain2 kan oleh individu2 yg memulakan SMS berantai ini. Adakah benar apa yg diSMS kan ini? adakah sipenciptanya seorang yg hanya ingin menaikkan darah kita. Atau mungkin lagi sipengirim ialah seorang yg ingin menaikkan bilangan SMS pengguna yg akan menforwardkan SMS ini kpd rakan2 lain. Ternyata banyak sekali dilintasan hatiku.

Apa tidaknya, Masjid Al Aqsa terletak jauh dari Semenanjung Gaza. Jika kita tahu sedikit tentang geografi bumi Palestin, maka kita akan tahu bahawa AlAqsa terletak di Tebing Barat (West Bank), berhampiran Laut Mati manakala Gaza Strip yg telah dicerobohi lagi baru2 ini terletak bersempadan dgn Egypt. Jadi SMS mengenai cubaan meroboh Al Aqsa baru2 ini adalah tidak tepat sama sekali. Alamak! aku pun terkena rupa2nya.

Tak apalah apa2 pun sebab utama sipengirim, baiklah kita bersangka baik dan menganggap dianya hanya ingin menaikkan kesedaran kita untuk lebih mengambil berat perihal saudara2 kita di Palestin.

Read Full Post »

Tak macam biasa aku catatkan nota pengajian. Kali ini terpanggil untuk menyemak sikit2 laporan report tahun kewangan beberapa syarikat luar yang termasuk dalam senarai boycott yang di war2kan. Bukan tak ikut serta tapi tak mau ikut hanya kerana emosi dan email2 berantai. Kita bertindak mengikut informasi bukan ikut semborono. So semaklah satu dua financial report untuk pengesahan. Yang sempat dirumuskan hanya satu pasaraya dan satu kedai burger bergerbang emas yg ada maskot pakcik tua.

Dari laporan kewangan 2007 Pasaraya Tesco:

In Asia, sales grew by 16.0% at actual exchange rates and by 14.8% at constant rates on a consistent (six month versus six month) basis for China sales, to £3.2bn (last year £2.7bn*). Trading profit increased by 16.9% at actual rates and by 18.5% at constant rates to £145m (last year £124m).

Trading margins were stable in Asia despite rapid sales growth in China, where we made a small loss in the first half as a result of planned growth in overhead as we establish our operations and supply hubs in China’s main economic regions. Elsewhere we saw strong performances in Thailand, Malaysia and Korea (where reported growth was held back by an unfavourable exchange rate).

Asia Results £m
Asia sales (inc. VAT) £3,171m ( x 5.7 = RM 18,074.7 mil = RM18 Bil !!)
Asia trading profit £145m ( x 5.7 = RM 826.5 mil)
Trading margin 4.9% – –

Jadi, daripada rangkaian pasaraya di Asia, jika guna exchange rate RM5.7 hampir RM830 juta keuntungan telah diperolehi dari perniagaan termasuk Malaysia. Fikir2 lah sendiri ye.

Then check pula financial report Kedai Burger Mac Besar kegemaran waktu dulu (setakat inilah ku menjadi senarai pelanggan mu…)

Laporan Kewangan Kedai Burger melaporkan;
In APMEA (Asia Pacific Middle East Australiana), the constant currency increase in revenues in 2007 was primarily driven by strong comparable sales in China and Australia, as well as positive comparable sales in substantially all other markets. In addition, expansion in China contributed to the increase. In 2006, the increase in revenues was primarily driven by the consolidation of Malaysia for financial reporting purposes due to an increase in the Company’s ownership during the first quarter 2006, expansion and positive comparable sales in China, as well as positive comparable sales in most markets.

Memang ada suara2 nakal yang menyatakan kerisauan kesan kepada para peniaga tempatan jika boycott berterusan dilakukan kepada syarikat2 besar ini. Tapi kenyataan kewangan tetap kenyataan (melainkan juru audit2 yg menyediakan laporan ini tidak berlaku benar dan waras semasa mengesahkan laporan).

Sama2lah kita ingat mengingati perihal kezaliman Regim Zionis ke atas saudara2 Islam kita di Palestin. Untuk anak2 dewasa yg sudah matang, boleh share2 some numbers of profit collected pastu biar depa sedar ke mana wang mereka pergi lepas bayar di casher Burger tu… Burger Ramly cicah sos tomato Aminah Hassan dan salad Cameron pun menyeliurkan.

Read Full Post »

Dalam usaha mengubah dan membentuk generasi akan datang menjadi insan madani yang lebih mengutamakan tuntutan akhirat dengan tidak meninggalkan kepentingan duniawi kami telah membuat keputusan berbeza untuk Danish dalam persekolahannya berbanding dengan abang2nya yg lain.

Bermula 5 Jan 2009, bermulalah langkah Muhammad Danish Syabil dalam misinya (dan juga misi kedua ibubapanya) untuk mendapat pendidikan berlandaskan agama Islam di sebuah sekolah agama swasta yang berorientasikan Al Qur’an di Klang. Mula2 merasakan sedikit tersentuh melihat kekurangan dari segi infrastruktur sekolah ini berbanding sekolah harian biasa di taman perumahan kami, namun apabila melihat 167 lagi ibubapa lain yang juga mendaftarkan anak2 mereka di sini maka kami sedar bahawa kesedaran mengenai kepentingan pelajaran seimbang dari peringkat awal ini telah sampai kepada ramai ibubapa rupanya.

Sekolah ini juga mengamalkan sistem pentafsiran pelajar Musleh (SPPM) yang mana pendidikan dan penilaian pelajar bukanlah hanya bersandarkan kepada berapa A atau berapa markah 100% yang mereka capai dalam pelajaran, SPPM juga memberi penekanan kepada penilaian akhlak murid supaya mereka ini akan tetap akidahnya bila dewasa nanti dan dapat juga mengajak orang lain untuk berlaku baik, InsyaAllah. Pokoknya adalah Akidah Merentasi Kurikulum.

Walaupun terletak di Klang, ramai di kalangan pelajar yang datang dari Subang, Shah Alam, Damansara dsbnya. Tak ku sangka ada beberapa orang kenamaan yang turut menghantar anak2 mereka ke sini.

Dengan izinNya, ku harap Danish dapat mencapai cita2nya untuk menjadi seorang doktor yang berjiwa ustaz tahfiz dan mampu mendidik saudara Islam di generasinya. Amin

Read Full Post »

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Seperti yang dijanjikan, dicatatkan nota sambungan ke-3 untuk tajuk yang sama yang telah dicatatkan dahulu. Setelah diperhatikan contoh2 hati keras dan sebab2 hati menjadi sebegitu, kitab ini menyimpulkan beberapa langkah yang dapat kita amalkan untuk memupuk hati yang lembut dan tunduk dengan kebesaran Allah…

Di antara jalan2 yang dapat membantu menghilangkan kerasnya hati dan menjadikannya lembut dan terbuka untuk menerima kebenaran dari Allah:

Ma’rifat (mengenal) Allah
Siapa yang kenal Allah, maka hatinya pasti akan tunduk dan lembut, dan siapa yang jahil terhadap-Nya, maka akan keras hatinya. Semakin bodoh seseorang terhadap Allah, maka akan semakin berani melanggar batasan-Nya. Dan semakin seseorang berfikir tentang Allah, maka semakin sadar akan kebesaran Allah, keluasan nikmat serta kekuasaan Nya.
Mengingat Maut
Pertanyaan kubur, kegelapannya, sempit dan sepinya, juga penderitaan menjelang sakaratul maut termasuk ke dalam mengingat maut. Memperhatikan pula orang-orang yang telah mendekati kematian dan menghadiri jenazah. Hal itu dapat membangunkan ketertiduran hati kita, dan mengingatkan dari keterlenaan. Sa’id bin Jubair berkata, “Seandainya mengingat mati lepas dari hatiku, maka aku takut kalau akan merosak hatiku.”
Berziarah Kubur dan Memikirkan Penghuninya.
Bagaimana mereka yang telah ditimbun tanah, bagaimana mereka dulu makan, minum dan berpakaian dan kini telah hancur di dalam kubur, mereka tinggalkan segala yang dimiliki, harta, kekuasaan, pangkat maupun keluarga, lalu ingat dan berfikir, bahwa sebentar lagi dia juga akan mengalami hal yang sama.
Memperhatikan Ayat-ayat Al- Qur’an.
Memikirkan ancaman dan janjinya, perintah dan laranganNya. Kerana dengan memikirkan kandungannya, maka hati akan tunduk, iman akan bergerak mendorong untuk berjalan menuju RabbNya, hati menjadi tunduk dan takut kepada Allah.
Mengingat Akhirat dan Kiamat
Huru-hara dan kedahsyatannya, Surga dengan kenikmatannya, neraka dengan penderitaannya yang disediakan untuk para perlaku dosa dan kemaksiatan.
Memperbanyak Dzikir dan Istighfar
Dzikir dapat melembutkan hati yang keras. Karena itu selayaknya seorang hamba mengobati hatinya dengan berdzikir kepada Allah, sebab ketika kelalaian bertambah, maka kekerasan hati makin memuncak pula. Kalau insan yang suci dari dosa seperti Nabi s.a.w itu beristighfar tidak kurang dari 100 kali setiap hari, apakah layak kita yang hina dina dengan dosa ini untuk melakukan kurang daripada itu?
Mendatangi Orang Soleh dan Bergaul dengan Mereka.
Orang soleh akan memberikan semangat ketika kita lemah, mengingatkan ketika lupa, dan memberikan jalan ketika kita bingung dan pertemuan dengan mereka akan membantu kita dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
Berjuang, Muhasabah dan Melihat Kekurangan Diri.
Manusia, jika tidak mau berjuang, bermuhasabah dan melihat kekurangan diri, maka dia tidak tahu, bahawa dirinya sakit dan banyak kekurangan. Jika dia tidak merasa sakit atau punya kekurangan, maka bagaimana mungkin dia akan memperbaiki diri atau bertaubat?
Inilah penghujung bagi siri mengubat hati yang keras yang dapat diringkaskan dari sumber ini. Semoga Allah menginsafkan hati kita semua untuk menerima dan menjalankan kebenaran serta menjauhkan diri dari perkara2 yang ditegahNya.

Amin.

Read Full Post »

Older Posts »