Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘amalan sunnah’

Ingin penulis membawa satu hadis dari riwayat sahih Bukhari seperti di bawah. Saya percaya ramai yg telah maklum dgn hadis ini, di sebut oleh penceramah2 bila membahaskan hal2 khilafiyah berkenaan bacaan talkin, pahala membaca Al Qur’an kepada si mati, dalam pertelingkahan berkeaan perkara2 bid’ah dsbnya. Namun, bukan itulah tujuan nota ini.

Yang menulis lebih cenderung untuk membawa diri dan pembaca kepada isi kandung hadis dan kemudian amalan2 harian yg tersurat dalam hadis, dan lebih fokus kepada siksaan akibat amalan buruk yg ringan spt disebut oleh hadis, dan bukan lah untuk menilai amalan2 yg di qiyaskan dari hadis ini spt menanam pokok di kuburan, menabur bunga di pusara, menyiram air bunga, dsbnya.

Hadisnya adalah spt berikut:- 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

Maksudnya:“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.”

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah, Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-Baul.)

Dua amalan yg disebut dalam hadis bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Perkara 1. (Bagi lelaki) – Seorang tidak bersuci daripada kencing – tidak melakukan amalan berIstibra’ – yakni mengeluarkan lebihan air kencing daripada zakar semasa berhadas kecil. Mengikut biologi lelaki, memang menjadi kecenderungan untuk air kencing lelaki untuk tidak habis keluar dan tinggal titisan di ‘alat’ kencing’. Dan Istibra’ adalah amalan spt berdehem, batuk2 ataupun mengurut zakar supaya lelehan kencing itu keluar. Jika tidak, adalah dikhuatiri lebihan itu akan keluar semasa seseorg itu solat, dan bayangkan jika tidak diamalkan amalan sunnah sebegini, dan lelehan itu keluar semasa seseorg itu bertawaf, maka bertawaflah dia dengan keadaan najis… kan sedih gitu, hanya di sebabkan amalan sunnah yg kecil je di mata mereka yg tidak cakna.

Camna nak urut benda tu kalau kencing berdiri gini?

Perkara ke -2 : di sebut dalam hadis ialah manusia (kebiasaannya wanita) yang suka berjalan ke sana ke mari menjaja cerita orang lain, mengadu-domba, membawa mulut. Timbullah istilah minah CNN, makcik satelite, dsbnya. Perkara seperti ini seolah di pandang engteng oleh sebahagian ahli masyarakat, namun, implikasinya sangat besar lagi merbahaya. Akhirnya, izinkan saya kongsikan kata pujangga purba…. tutur kata itu indah ibarat perak, namun diam itu lagi indah ibarat emas...waallahualam 

Read Full Post »