Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘anak-anak Muslim’

Musim cuti akhir tahun 2009 kali ini menjadi lebih ceria daripada kebiasaan. Pertamanya alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Angah dalam UPSRnya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk lebih cemerlang dalam apa2 yg di ceburinya, dari segi duniawi dan ukhrawi. Menjadi lebih mendalam dia dalam amalan hariannya. Keduanya tergerak pula hati untuk membawa semua ahli keluarga bercuti insyaallah dalam sedikit masa nanti, sambil berusaha mengeratkan kasih mesra.

Tanpa banyak soal, Along dan Angah telah memulakan hari-hari kem ibadah mereka di Maahad Tafhiz Al Muqri kelolaan Ustaz Darulzaman. Dengan tujuan untuk memberi tambahan pendedahan kepada keduanya mengenai  akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat serta teknik hafazan al Quran. Teringat pula pesanan guru mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan syiar Islam, dengan berbekalkan ketinggian akhlak Baginda s.a.w sehingga dipuji Allah SWT dengan firmanNya dalam Al-Quran QS. Al-Qalam ayat 4;

 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (more…)

Advertisements

Read Full Post »

Dalam perbincangan kitab Tarbiyatul-Awlad Fil-Islam (karangan Abdullah Nasih Ulwan), tiba2 tersangkut pada bab berkhitan untuk anak2, terutama anak2 lelaki kerana anak saya yang berumur 7 tahun itu masih belum bersedia untuk berkhitan katanya. Sedangkan kebanyakan para ilmuan menyatakan bahawa khitan itu wajib ketika si anak menghampiri umur balighnya, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk memenuhi segala tuntutan hukum syariat dan perintah Allah seperti yang digariskan oleh syara’.

Barulah saya didedahkan dengan amalan afdhal, iaitu berkhitan dilakukan pada seawal umur anak, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah khitan. Dulu semasa saya mula mendapat cahaya mata, saya masih diselubungi oleh kepompong kejahilan dan berdegil untuk menunggu umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Sekarang bila sudah 7 tahun umurnya, pandai pula dia bersyarat, hendakkan balasan itu ini, ada specifikasinya pula diletakkan, memilih pula dia cara mana perlu dia dikhitankan. Zaman dah berubah kot. (more…)

Read Full Post »