Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Bicara hari’

Maghrib hari ini insyaallah berlabuhlah 1430H dan membuka tirai 1431H. Banyak tempat2, masjid2 yang menganjurkan majlis2 ilmu, berdoa dan amalan lain yang bertujuan untuk memupuk ukhwah Islam semoga terus berkembang di tahun mendatang.

Ramai bloggers yang memaparkan doa akhir tahun dan doa awal tahun, dan jika yg masih tiada bolehlah rujuk di mana2 blog yg memaparkannya. Dan seperti biasa akan ada juga bloggers yg akan menafikan amalan2 doa akhir dan awal tahun ini, menurut mereka ini adalah bukan dari amalan sunat dan tidak wajar dilakukan. Rujuklah bolg2 mereka untuk membaca hujjah2 bernas mereka.

Saya cuma terpanggil bila membaca petikan Dewan Negara hari ini (sidang 16 Dec 2009). Seorang Timbalan Menteri menggesa majikan2 membenarkan para pekerja untuk pulang awal hari ini 17 Dec 2009…! Wahhh, pak menteri pun peka rupanya dengan sambutan awal Muharram, ingat saya. Tapi bila baca berita penuh, rupanya berita tersebut berbunyi ” Timbalan Menteri Belia dan Sukan di sidang Dewan Negara menggesa majikan benarkan pekerja pulang lebih awal hari ini 17 Dec 2009 supaya para pekerja dapat menonton perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Laos….. tambah beliau lagi, jika tidak dapat benarkan maka majikan digesa untuk sediakan TV dan benarkan pekerja menonton perlawanan tersebut dari jam 6:00pm.

goooooaaallll!

Nah! mana yang kita hendak pilih? Samada ke masjid surau dan sertai majlis berdoa akhir tahun dari jam 6:30pm dan bersama lagi berdoa selepas solat Maghrib berjemaah serta mengikuti majlis ilmu selepas solat Maghrib? Atau bersama2 dengan Pak Timbalan Menteri menonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA dari Jam 6:00pm sehingga habis, di kedai2 mamak, di ruang tamu rumah atau di pejabat? Pilihan adalah hak sendiri, cuma kekawan yg sedia membantu memberi nasihat peribadi.

SELAMAT TAHUN BARU 1431H UNTUK SEMUA. SEMOGA TAHUN INI MENJADIKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN KEREDHAANNYA, DAN LEBIH BERKAT KEHIDUPAN KITA SERTA DI AMPUNKAN SEGALA DOSA YG LALU DAN YG AKAN DATANG

Advertisements

Read Full Post »

Perjalanan mencari Cinta Abadi telah membawa saya ke satu majlis Ilmu yang pemberi ilmunya seorang yg sering mentarbiyahkan orang2 kampung, pakcik2 pesara dan sememangnya bahasa yg di gunakan oleh penceramah adalah bahasa yg sesuai sangat untuk para pendengar dari kelompok tersebut. Mudah, terus, kekadang bahasa yg kasar, tiada berselindung, dan jelas tiada unsur2 politiking.

Dalam menterjemahkan huraian Minhajul Abidin oleh Imam Al Ghazali, dalam bab2 taubat, saya di terjahkan dengan istilah tak biasa kita dengar…. Taubat Cabai dan Taubat Tahi!

Nah engkau!, apa halnya cabai dan tahi dengan taubat, dengan Imam Al Ghazali dan dengan mencari keredhaanNya? Panic di buatnya. Namun, setelah difikirkan dan di saringkan, kena pulak dalam suasana yang mana keseluruhan murid yang hadir (tolak diri saya je) kesemuanya adalah warga pencen dan penghuni tempatan yang aktiviti rasmi hariannya ialah menghabiskan masa di warong Mek Yah sambil melewati haji dan kapit dalam main dam. Dan kerja sambilan mereka ialah mencari duit dengan kutip buah kelapa sawit dan berkebun. Tidaklah ada niat memandang rendah kepada mereka sedikitpun, namun itulah hakikatnya dan ‘sometimes reality bites’. Jadi tidaklah salah bila istilah Taubat Cabai dan Taubat Tahi keluar dari mulut penceramah, kerana itu mungkin menepati penerimaan para pendengar.

Rupanya; Taubat Cabai ialah org yg kononnya bertaubat, tapi seolah2 bertaubat hanya kerana implikasi sementara, umpama seperti selepas terburai urat perut lepas kena masak sambai tumis cabai kering… terus bertobat tak mau makan lagi… tapi lepas je clear perut celaru, lepas je hilang panas perit pedas di mulut, segala perit pedas hilang, dan hilanglah penyesalan akan dosa yg di buat, maka di ulang2 lagi perbuatan dosa yang sama, tanpa ada rasa keazaman untuk tidak mengulangi lagi kesalahan dosa tadi… org kampung tu panggil taubat cabai,,, saya pun sengeh je la.

wild fruits

Ini bukan cabai tapi buah salok kampong, turut dijadikan sajian ulaman

Taubat Tahi

pula di ceritakan kisah umpama seorang yg TERmakan tahi, terutama tahi sendiri (bukan tahi Ayah Pin yg di kapsulkan). Dah terkena sekali, walaupun segigit, maka sampai sudah akan terus berhati2, takut2kan terkena lagi, malah cukup membenci akan keTERtidak sengajaan dia TERmakan tahi (terutama tahi sendiri). Maka akan tertanam sikap keazaman tinggi untuk tidak terjebak lagi makan tahi, memohon ampun kerana kesalahan TERmakan tadi dan berIKHTIAR bersungguh2 untuk menggelakakan perkara yang sama berulang. Begitulah tuntutan taubat seperti dalam huraian kitab Minhajul Abidin tulisan terakhir Iman Al-Ghazali yang dianggap penulisannya yang paling populer.

minhajul abidinSesiapa yang berhajat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan 4 syarat taubatul nasuha yang di gariskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin, bolehlah mengikuti kelas2 kuliah oleh Ustaz2 yang diiktiraf oleh pihak2 berkuasa, di kawasan berhampiran dgn anda, kerana saya percaya kitab ini adalah antara kitab terlaris yang digunapakai oleh Ustaz2 untuk pengajian.

 

Read Full Post »

Sedikit peringatan untuk diri, untuk di amalkan tak kira hari, di hari rasa senang hati ataupun di hari terasa duka nestapa. Sepotong ayat yang cukup mudah untuk diingati, dan maknanya memang bisa mencucuk hati. Untuk di amalkan tak kira H1N1 melanda kini, ataupun dikala tiada wabak yang merisaukan hati… pesanan orang yang jauh lebih tinggi ilmu agamanya dari saya.. untuk di amalkan waktu pagi dan petang.. bacalah Ayat terakhir dari Al-Qur’an Surah At-Taubah (surah-9) ayat 129;

  

 حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ

 ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 

 

….cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

Bacalah seperti 7 kali di kala pagi dan petang, bacaan ayatnya sungguh mudah untuk diingati, kerana seringkali kita dengari.

Read Full Post »