Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘keluarga’

Musim cuti akhir tahun 2009 kali ini menjadi lebih ceria daripada kebiasaan. Pertamanya alhamdulillah, dengan keputusan cemerlang Angah dalam UPSRnya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk lebih cemerlang dalam apa2 yg di ceburinya, dari segi duniawi dan ukhrawi. Menjadi lebih mendalam dia dalam amalan hariannya. Keduanya tergerak pula hati untuk membawa semua ahli keluarga bercuti insyaallah dalam sedikit masa nanti, sambil berusaha mengeratkan kasih mesra.

Tanpa banyak soal, Along dan Angah telah memulakan hari-hari kem ibadah mereka di Maahad Tafhiz Al Muqri kelolaan Ustaz Darulzaman. Dengan tujuan untuk memberi tambahan pendedahan kepada keduanya mengenai  akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat serta teknik hafazan al Quran. Teringat pula pesanan guru mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan syiar Islam, dengan berbekalkan ketinggian akhlak Baginda s.a.w sehingga dipuji Allah SWT dengan firmanNya dalam Al-Quran QS. Al-Qalam ayat 4;

 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (more…)

Advertisements

Read Full Post »

Lama sepi nota kerana terpaksa mengubah jadual harian setelah bibik kami melarikan diri sehari sebelum Ramadhan 1430H tiba. Mungkin perasaannya untuk menyambut Ramadhan bersama ‘keluarga’nya lebih kuat daripada perasaan ingin terus bersama kami sekeluarga. Bersyukur kami suami isteri kerana ketiadaan bibik di sambut dengan keperihatian serta-merta anak-anak akan kerja-kerja rumah, dan masing-masing tangkas membantu ayah ibu menyiapkan kerja rumah mana yang mampu. Tak semena-mena Along dapat menunjuk bakatnya di dapur. Patutlah dalam satu hari koperasi sekolah, dia menjadi chef masak makaroni haritu…. Ada bakat rupanya.

Bibik lari tidaklah satu kes yang pelik lagi. Mengikut pengawal hari Jumaat 30Syaaban itu ada 3 org bibik yg melarikan diri di kawasan phasa saya. Jadi abang polis tidak lansung pelik dengan apa yg berlaku. Tapi cuma terasa sedikit (sangat terasa kepada isteri) kerana bibik lari bersama-sama DUA pasang BAJU RAYA isteri yang masih belum berbayar pun. Kainnya di beli dari kawan yang membawa pulang dari Pakistan. Aduih, marah dan kecewa Isteri bila teringatkan baju rayanya yang di larikan bibik. Itulah aturan Allah, DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga bibik tu insaf dan sedar kesalahannya dan sanggup untuk mohon maaf satu hari nanti. (more…)

Read Full Post »

Minggu lalu kita tersentak dengan pemergian arwah Ust Asri Rabbani ke alam barzakh (semoga Allah mencucuri Rahmat kepada rohnya). Membaca cerita isterinya mengenai hari-hari akhir arwah benar-benar menyentak sanubari saya betapa saya perlu membuat beberapa perubahan drastik dalam dairi kehidupan saya dan keluarga… antaranya; perkara sunat yang perlu di buat namun masih belum saya buat2 sampai ke semalam, iaitu wasiat…. buat isteri, anak-anak, dan ahli keluarga tercinta.

Saya diingatkan oleh seorang guru, bahawa meninggalkan wasiat terutama buat ahli keluarga (anak-anak, isteri..) pada asasnya adalah perkara sunat yang di tuntut. Cuma stigma saya, buat wasiat ni terasa macam nak meninggal dunia je. Al-maklum, terasa sangat hina untuk bertemu dengan si pencabut nyawa, masih belum bersedia, masih kecil bekalan amalnya… Dan buat wasiat ni bukanlah sekadar untuk pembahagian harta tetapi sebaliknya, tinggalkanlah wasiat-wasiat yang berupa pesanan kepada ahli keluarga. Antara pesanan yang di sarankan seperti pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya seperti di firmankan Allah dalam surah Al Luqman. (more…)

Read Full Post »

Dalam perbincangan kitab Tarbiyatul-Awlad Fil-Islam (karangan Abdullah Nasih Ulwan), tiba2 tersangkut pada bab berkhitan untuk anak2, terutama anak2 lelaki kerana anak saya yang berumur 7 tahun itu masih belum bersedia untuk berkhitan katanya. Sedangkan kebanyakan para ilmuan menyatakan bahawa khitan itu wajib ketika si anak menghampiri umur balighnya, kerana tidak berapa lama lagi ia akan menjadi mukallaf untuk memenuhi segala tuntutan hukum syariat dan perintah Allah seperti yang digariskan oleh syara’.

Barulah saya didedahkan dengan amalan afdhal, iaitu berkhitan dilakukan pada seawal umur anak, supaya nanti apabila ia sudah sempurna berakal, faham segala urusannya, ia sudah pun mendapati dirinya sudah khitan. Dulu semasa saya mula mendapat cahaya mata, saya masih diselubungi oleh kepompong kejahilan dan berdegil untuk menunggu umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Sekarang bila sudah 7 tahun umurnya, pandai pula dia bersyarat, hendakkan balasan itu ini, ada specifikasinya pula diletakkan, memilih pula dia cara mana perlu dia dikhitankan. Zaman dah berubah kot. (more…)

Read Full Post »