Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘masyarakat’

Berita tergempar dari kampung,,, “kedai emas No-Zek kena rompak oleh geng Arab“, kata mak mertua saya. “Hilang satu peti besi, kerugian bernilai hampir RM1 Juta”. Berita ini dilaporkan di media2 tempatan,  klik sini untuk baca. Tuan kedai ini seorang kenalan mertua saya, dan saya pun pernah melanggan dari kedai emas ini. Dan memang Bandaraya Kay Tee meriah dengan lambakan kedai emas, mungkin kerana simpanan dengan cara emas berlian adalah cara mudah org KayTee menyimpan wang sambil bergaya. Nilai emas tidaklah susut teruk, dan sambil simpan dapatlah bergaya sehingga mak cik penjual keropok lekor pun bergelang emas separuh tangan, dan rantainya, waduh berat je nampak.

geng arab rompak noorzek

picture Utusan Malaysia

Bukan kisah emas berlian yg nak di notakan, tetapi amalan harian yg dipesan oleh ramai Ustaz2, supaya kita istiqamah mengamalkannya, antaranya sebagai pelindung diri daripada perbuatan manusia yg berniat jahat seperti pukau, santau, sihir dsbnya. Sebagai usaha kita dindingkan diri dengan bacaan2 doa, dari ayat2 Al Qur’an. Dan yg tidak pernah missed dari senarai bacaan yg di syorkan ialah membaca  ayat Al Baqarah 255;

(more…)

Advertisements

Read Full Post »

bismillah

Lama saya menyepi, bukan bermakna tinggal terus dunia nota blog tapi sedikit perubahan dalam pembahagian masa sehingga tidak ternota apa yg nak dikongsikan. Jauh perjalanan yg dibuat dalam beberapa minggu ini, dari memburu ilmu dan pembawa ilmu, sehingga ke jejak mencari waliallah di selatan tanahair. Alhandulillah, walaupun sebahagian drp tujuan tidak tercapai, namun masa yg telah diluangkan tidaklah pula terasa sia-sia, semoga mendapat keberkatan Ilahi.

Dalam beberapa minggu ini pelbagai isu berkenaan agama Islam timbul, ditimbulkan dan menimbul dalam masyarakat awam. Mungkin ada yg tertanya2, tercari2 punca, tergaru2 kepala; sebenarnya apa yg sedang dibicarakan oleh cerdik pandai agama Islam ini. Antara isu penangkapan bekas mufti, aliran kaum muda, tauliah untuk berdakwah dsbnya. Tak kering juga isu berkenaan hidup bermazhab, kekal dengan satu2 mazhab secara total, tidak ikut mana2 mazhab dsbnya. Masyarakat awam spt kita menjadi kalut, dan agak ramai yang tak ambil pusing, cukuplah dengan menjalankan ibadat2 khusus spt solat lima waktu, puasa, zakat, dan menunaikan haji… yg lain2 tak di ambil pusing.

Maka timbul di fikiran saya; dari perkara2 ini timbul ruang untuk pengajaran,,, penderaan,,, dan penganiayaan

1. Pengajaran; inilah peluang untuk di ambil bagi memperkemaskan ilmu dan pengamatan dengan kefardhuan menuntut ilmu agama; secara syumul, sebagai cara hidup, dari mula bangun tidur sehingga kembali tidur di malam hari, dan peluang ini datang bukan lah sia-sia. Kalau dahulunya sesi-sesi kuliah agama di masjid surau secara tetap atau kuliah umum kita biarkan je ia lengang, inilah masanya untuk kita memenuhkan ruang kuliah, dan spt seorg student yg ‘belia’ (kata anak sulung saya), kita hadir dengan buku nota, pen, IC recorder dan seboleh2nya dengan kitab yg diajar. Barulah kita boleh di kategorikan sebagai seorg ‘penuntut’, dan bukan setakat dengar, yg kekadang hanya di pinggiran telinga.

2. Penderaan: Kepada yg masih tidak ambil peduli dengan perihal agama Islam yang sedang berlaku, takut2kan satu hari nanti, jiwa kita akan terasa penderaannya. Kerana cetek ilmu, mahu jalan pintas sahaja, dan sebolehnya ringkas, maka mudah kita terjebak dengan anasir2 nakal yg sengaja menggula2 kita dengan ajaran baru, mudah, modern, ‘muda’, tajdid, dsbnya, yang takut2kan akan menjadi penderaan kepada jiwa suci kita yang hauskan ilmu cuma tidak ambil berat berkenaan yg hakiki.

3. Penganiayaan: Jika berterusan membiarkan diri dalam penderaan ilmu, takut2kan terjerumus kita dalam kelompok teraniaya. Terpedaya dengan momokan ilmu oleh pembawa2 ilmu yang bertopengkan ijazah, pangkat, kedudukan dan gelaran, begitu pantas mendabik dada mencemuh pendapat yang ramai, pendapat yg telah di terima pakai oleh jumhur ulama terdahulu; termasuklah pendapat imam Mazhab yang 4. Maka jika terjadi yg sedemikian, maka jadilah kita manusia mangsa ‘penganiayaan’ dek kerana kita berat untuk meluangkan masa mencari ilmu yang fuqaha’, yg diterima pakai oleh ulama2 tersohor terdahulu.

Maka, pesan Baginda Rasullullah s.a.w adalah benar; antara perkara awal yg akan di cabut dari manusia akhir zaman, ialah ilmu agama yang hakiki, dan timbullah umat Islam yang ramai, tetapi mereka ibarat buih di lautan, lemah …..

Selamat mengerjakan haji buat teman2 seperjuangan. Moga2 kalian mendapat haji yg mabrur dan selamat pulang ke tanah air..

Read Full Post »