SOS Aminah Hassan sungguh sinonim dalam hidup saya, sebagai sos pilihan yang dijamin halal, sejak dari zaman muda remaja. Diberitakan sos istimewa ini turut dijual di Eropah, US, Australia dengan label AH, dan turut terjual di beberapa negara lain. Pagi semalam, pengasasnya, puan Aminah Othman, 72 telah meninggal dunia akibat sakit tua. ALFATIHAH buat Allahyarhamah, semoga Allah mencucuri RahmatNya kepada roh puan Aminah. Sukar untuk saya ganti SOS AH dengan jenama lain, walaupun jenama AH ini sebenarnya telah lama bertapak, bermula dari tahun 1966 lagi. Kepada syarikat AH sebagai penggiat produk makanan halal, saya sebagai pengguna mengucapkan terima kasih.. Baca sini
Ada juga dakwaan bahawa perniagaan AH telah di jual kepada syarikat bukan bumiputra, tetapi saya masih setia dgn AH kerana rasanya yang telah lama meresap ke dalam badan (promosi produk halal ni..) dan anak kepada Allahyarhamah, telah mengesahkan bahawa mereka masih mengekalkan AH sebagai perniagaan keluarga dan tidak di pindahmilik kepada org lain.
Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. 🙂
Besar jasanya kepada umat !
salam kenal utk Pak Tabib,
saya khabar baik tk. Insyaallah kita sama mendapat keberkatan Ramadhan kali ini.
sos tomato aminah hassan memang digemari org-org lama
Wah.. alfatihah….
huhuhu
maza lebih sukakan Kicap Jalen, dari AH ni.. tapi itukan citara masing2…
umumnya maza memang respect pada usahawan kita…
Kicap Jalen? bang, buatan negeri mana tu tak pernah tahu la, kicap tamin tahu gak.
apa2pun selamat meneruskan ibadah puasa
Alfatihah…….
Produk AH antara produk makanan bumiputera yang terulung dan berjaya.
Mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
insyaallah
alfatihah..
kita pon suka sos cili AH ni dimkn turun temurun dr zmn kecik2 lg 😉
di negara Arab product aminah dikenali dgn brand AH
Assalamualaikum aykay,
Saya tak pernah dengar pun jenama AH ni.Lepas ni insyaAllah saya akan mencubanya.Lebih baik kita bertukar kepada produk bumiputra Islam daripada menggunakan produk yang ada unsur syubahah.
Kan Nabi kita telah bersabda bahawa setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram,neraka lebih utama untuknya.
Moga-moga dengan usaha Allahyarhamah mewujudkan produk halal ini akan diterima Allah sebagai amal soleh di sana.Amin.
nak barangan AH, silalah ke outlet yg tak berapa canggih, di kedai2 runcit kampung ada la.. kat pasar payang tganu pun ada
kicap jalen dari jb, johor..milik bumiputera n smakin popular n mendapat sambutan..dptkan di pasaraya/hypermarket terdekat dgn anda skrang.heheh