Salam Jumaat buat semua,
Bermula dengan taufan Ketsana di Vietnam dan Filipina, kemudian tsunami di Samoa dan diikuti dengan gempa bumi dahsyat di bumi Padang, Indonesia, ujian Allah datang bertubi2 dengan KekuasaanNya yang tiada daya untuk kita manusia kerdil ini menahan diri. Kita yang tidak ditimpa malapetaka dan ujian getir ini secara terus tidaklah hanya boleh mengambil sikap tidak acuh dan tidak ambil ‘pot’ dengan apa yang berlaku. Apatah lagi ujian dan kejadian ini berlaku selepas beberapa minggu sahaja kita semua telah menjalani latihan pembersihan jiwa semasa Ramadhan tempohari.
Dari tangisan jerit perih mangsa gempa bumi di Padang, berita 2 Oct 2009 melaporkan 770 nyawa maut, 294 jiwa lagi sedang bergelut parah dan hampir 500 bangunan runtuh ranap ke bumi. Seramai 500 pelajar Malaysia akan di bawa pulang dengan pengankutan tentera udara. Di harap kepada rakan saya bersabar menunggu kepulangan anakanda kesayangan mereka yang juga seorang pelajar di sana.
Kepada kita yang bernasib baik dan sedang menikmati kurniaan keamanan dan kesihatan di sini, sebagai TANDA KESYUKURAN akan apa yang dikurnikanNYA, marilah hulurkan bantuan, setakat mampu, jika tidak dengan wang ringgit dan penglibatan secara physical, marilah kita hadiahkan doa, al-Fatihah, doa keampunan kepada jiwa-jiwa yang telah pergi bersama dengan redanya taufan dan gempa tersebut. Tentu ada banyak NGO Islam Malaysia yang akan melibatkan diri dalam misi kemanusiaan di sana nanti, mohon agar setiap kita dapat memberi sebarang sumbangan.
Semasa saya melalui satu bangunan sekolah di Shah Alam pagi tadi, terserempak dengan paparan slogan yang indah tercatit di tembok;
Wahai jiwa-jiwa yang di uji, bersabarlah kerana DIA tidak akan menimpakan sebarang ujian yang tidak mampu kita hadapi. Dan DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang nyata dan yang tersembunyi.
Tak lupa juga kepada mangsa ribut angin kuat di Kelantan baru-baru ini. Hampir 700 pemilik rumah yang mengalami kerosakkan rumah tempias dari Ketsana. Di harap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan berkanun yang lain akan turut membantu mereka, tak kita apa pilihan politik mereka.
Assalamualaikum aykay,
Sesungguhnya kita rakyat di Malaysia ni sangat-sangat bertuah kerana tidak pernah diuji dengan ujian berupa bencana alam yang dasyat-dasyat.
Namun,disebabkan itu juga kita selalu lupa dan lalai untuk mengambil peringatan dari Allah yang telah diujinya kepada saudara-saudara kita di luar sana.Kita kebanyakkannya tidak bersyukur dengan nikmat tersebut.
Lihatlah Malaysia,baik dari pemimpin hingga kepada rakyatnya,kebanyakkan kita lupa untuk menjalankan tanggungjawab kita iaitu meninggikan syariat Allah di bumi Malaysia,baik di segi ibadah,muamalah,munakahah dan jenayah.
waalaikumussalam.
sebenarnya di bumi Malaya, kita sentiasa di uji dgn tsunami aqidah, ribut tauheed dan taufan akhlak setiap masa terutama di hari2 minggu, aduh senak mata memandang kepincangan dalam masyarakat terutama muda mudi yg tengah bertenaga tinggi.
Salam dek,
Memang kita ni amat bertuah dan seharusnya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.
Adik ipar Kak Tie di kelantan ada beritahu tentang ribut tu.. Takut, katanya. Kak Tie di ganu ni ada juga rasa, tapi sipi-sipi je…
Simpati kepada saudara2 kita yang dalam kesusahan, tak kira di mana2 pun.
sama la tu. dlm kejadian terdahulu rumah mertua pun kena, terbang atap tengah2 rumah, habis kuyup. kena pulak time tu mereka ke Rantau Panjang shopping…