Dipetik dari buku kecil Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni,
dalam 566 kata-kata hikmah yang dia tulis, saya tak tahu kenapa yang dua ini betul2 meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa….
No 441: “Boleh jadi Allah mencegah anda dari memperolehi sesuatu adalah sebuah kurniaanNya, dan tidak terlaksananya keinginan anda adalah sebuah bentuk kasih sayangNya, tertundanya percapaian anda dari apa yang anda usahakan, yang anda inginkan adalah inayah dari Allah, kerana DIA lebih mengetahui apa-apa yang baik untuk diri anda melebihi dari diri anda sendiri”…..
No 449: ” Mendengarkan Al-Qur’an yang dibaca dengan suara yang merdu, berzikir dengan seikhlas hati, menginfaqkan harta yang halal, dan menasihati dengan ungkapan yang jelas dan baik, merupakan hidangan untuk jiwa dan taman bagi hati“…
Mungkin sehari dua ni jiwa agak sentimental, jadi bila baca buku kecil ni, teringat pula palikan pada diri sendiri. Esok hari Jumaat, 27 Syawal 1430H, kepada sesiapa yang belom dapat selesaikan 6 hari puasa sunat Syawal insyaallah boleh puasa, tapi kenalah gabungkan dengan hari ni khamis atau dengan Sabtu 28 Syawal…. tapi banyak lah pula jemputan open house…
hati -ustazah kata tadi, bahaya dosa itu samalah bahaya racun di dalam badan sama ada kuat atau lemah
betul lah tu, dosa menjadi karat dalam hati
Salam,
Kadang2 sesuatu ayat tu biasa kita dengar tapi dalam keadaan tertentu seperti bila menghadapi masalah berkaitan ia lebih menyentak hati
memang now ni tengah emo… tapi sementara je, dah pulih malah lebih baik insyaallah.
Tidak kelihatan tanda kita akan bertemu kerana Allah. Doakan semoga kami sihat. Kerana Abang long akan berpindah ke Taiping hujung bulan ini.
Kami doakan Abg Long & keluarga sihat2 belaka.
Berpindah ke Taiping? Atas sebab apa tu? Maaf, tak kesempatan untuk bersua. Tapi Taiping juga menjadi destinasi cuti kami. Atas talian keluarga angkat di sana. Insyaallah dengan IzinNya kita akan dapat bertemu. Doakan Abg Long sekeluarga sihat dan terusan bahagia
nice sharing,thanks
Ya Gudang Hikmah, selamat bertemu di alam maya.