Malam ini, Rabu malam Khamis 15hb Syaaban 1430H adalah antara malam – malam yang dinantikan oleh sekalian umat Islam di serata dunia. Tak kiralah ada, walaupun segelintir saudara seagama, yang benar-benar bersungguh2 menafikan, dengan dalil-dalilnya, menyuarakan akan ketidak perlunya untuk menyambut malam ini dengan tambahan amalan sunat, sehingga ada yang membeli ruangan akhbar tempatan, hanya untuk menidakkan amalan golongan ulama’ Â terdahulu, yang sangat mengutamakan malam nisfu Syaaban ini. Pada saya (yg cetek dan tandus amal ini) biarlah, inikan amalan sunat, jika keberatan untuk tidak melakukannya terpulanglah kepada diri sendiri, dan tidaklah perlu menghalang dari yang lain mengerjakannya. Kerana priority biarlah betul, yang perlu diperjuangkan dengan sehebat2nya ialah bagaimana membawa saudara2 seagama yg masih lalai itu ke jalan yg benar, bukan bertelagah antara nak lakukan yg sunat atau tidak.
Kepada yang berkesempatan, maka kunjungilah masjid dan surau berdekatan, sibukkanlah diri untuk beribadah pada malam ini, semoga ianya menjadi titik mula untuk terus menyibukkan diri dengan ibadah kepadaNya sementara menunggu Ramadhan, dan dapat istiqamah sepanjang Ramadhan dan berterusan selepas itu.
Kepada yang masih ragu2, kerana ada cerdik pandai jurusan tinggi agama yang mendakwa Hadis2 yang berkenaan kelebihan amalan1 sunat pada bulan2 tertentu seperti bulan Rajab dan Syaaban adalah hadis palsu yang direka semata2. Kenapa perlu menidakkan amalan yang telah lama, di amal dan disarankan oleh ulama2 terbilang nusantara dari sekian lama, dan mereka2 ini berguru dengan guru2 yang bersanadkan ulama2 yang diterima pakai oleh sekian ramai ulama lain yang terbilang ilmunya. Sedangkan yang menentang amalan2 sunat di bulan2 Rajab dan Syaaban ini pula adalah ulama yang dicerca, ditentang oleh ulama2 lain yg tersohor di zaman itu. Jadi,,,,?
Saya diberitahu oleh seorang sepupu yang sering ke India, Pakistan mengikut pergerakkan ‘kumpulannya’, dia khabarkan yang golongan penentang amalan2 yg diterima pakai oleh ‘main stream’ di Malaya ini, bila mereka ke India atau Pakistan, akan berkhobar2 menggalakkan amalan2 seperti bacaan Qunut dalam solat subuh, kerana di sana, amalan ‘main stream’nya tiada bacaan Qunut. Jadi apakah sebenarnya tujuan golongan penentang dan beraliran berlainan ini? Hanya Allah Mahamengetahui tujuan sebenar mereka.
Insayaalah….mari lah kita ramai ramai bersembahyang sunat maghrib ini..dan jangan lupa baca Yassin 3 kali…
insyaAllah. buat apa2 yg sunat tambahkan apa2 yg wajib. jangan habiskan masa tengok CSI dah la mlm ni… rugi besar la
Jom ke masjid malam nie kengkawan gitew…
huhuhuhu
jom,,, ada makan2 pulak tu
Mak mertua sy pesan dgn suami, kemudian saya sms anak kt asrama…jadi mlm tu kami dari 3 keturunan buat serentak walau di tempat yg berbeza.
kalau tak dpt buat semua, jgn tinggal semua
kak, tapi hal ni ramai pulak yg duk promo jangan buat…kerana tak dibuat zaman Rasulullah… tak tahu lah