Berita tergempar dari kampung,,, “kedai emas No-Zek kena rompak oleh geng Arab“, kata mak mertua saya. “Hilang satu peti besi, kerugian bernilai hampir RM1 Juta”. Berita ini dilaporkan di media2 tempatan, klik sini untuk baca. Tuan kedai ini seorang kenalan mertua saya, dan saya pun pernah melanggan dari kedai emas ini. Dan memang Bandaraya Kay Tee meriah dengan lambakan kedai emas, mungkin kerana simpanan dengan cara emas berlian adalah cara mudah org KayTee menyimpan wang sambil bergaya. Nilai emas tidaklah susut teruk, dan sambil simpan dapatlah bergaya sehingga mak cik penjual keropok lekor pun bergelang emas separuh tangan, dan rantainya, waduh berat je nampak.
picture Utusan Malaysia
Bukan kisah emas berlian yg nak di notakan, tetapi amalan harian yg dipesan oleh ramai Ustaz2, supaya kita istiqamah mengamalkannya, antaranya sebagai pelindung diri daripada perbuatan manusia yg berniat jahat seperti pukau, santau, sihir dsbnya. Sebagai usaha kita dindingkan diri dengan bacaan2 doa, dari ayat2 Al Qur’an. Dan yg tidak pernah missed dari senarai bacaan yg di syorkan ialah membaca ayat Al Baqarah 255;
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ
Atau lebih dikenali dengan Ayat Qursi. Dah berkali-kali kita baca ayat Qursi ini, tiap2 selepas solat fardhu, semasa kita terasa takut seriau, setiap kali kita hendak tidur dsbnya, namun apakah kita semua maklum akan maknanya?
Sebagai kongsian, maksud ayat (mengikut Rasm Uthmani) ialah;
Pesan sorang Ustaz, jangan tinggalkan bacaan ini walaupun tidak dibaca terus selepas solat kerana Imam tidak bacanya, selepas kita bangkit untuk meneruskan hal2 lain, bolehlah membaca sambil berjalan, semasa di kereta, ataupun bila sudah berlabuh di sofa. Insyaallah dengan IzinNya, kalimah2 ini akan menjadi pelindung diri kita dari gangguan2 yg tidak dijemput. Insyaallah dapat istiqamah.
Tangsi:- Pakai hiasan untuk suami di rumah je, biar pun menjolok mata, tapi bila keluar rumah, kaum isteri, jagalah peradaban dan aurat seperti yg di syaratkan oleh Islam.
tak ada barang kemas seurat pun… :p
Insyaallah – amalkan ayat Qursi ini… anak2 pun dah dipesan2
kalau dah berseri2 tak de brg kemas tu tetap berseri. yg mengerlip2 tu untuk suami je
huk alorh…geng arab?
xleh bla