Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Tafsir Qur'an’ Category

Bukan niat untuk memceburi bidang politik atau mencetuskan semula kehangatan isu2 sensitip berkenaan perhimpunan bawah pokok di negeri Yeop, yang sesetengah golongan memandang enteng dan sesetengah lagi memandang tinggi, dan sebahagiannya tidak kesah langsung.
Dalam2 melawati seerah2 Nabi s.a.w (al maklum now ni bulan Maulidur Rasul, rajin je baca buku sejarah), terjumpa sepotong ayat Qur’an dimana Allah berfirman dalam surah Al Fath ayat 18;

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; (18)

Baru saya sedar, rupa2nya persidangan, perbincangan, mesyuarat bawah pokok bukanlah perkara yang tidak pernah di buat orang. Mungkin juga kesah Hudaibiyah inilah yang menjadi teras kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk membuat ceritera persidangan dewan orang2 besar di bawah pokok dalam filemnya (tajuknya sudah lupa daaaa).
Persidangan aman bawah pokok pernah dijalankan oleh junjungan Baginda Nabi s.a.w dalam peristewa perjanjian Hudaibiyah, yang ada sesetengah kisah disebut Bai’at Tahta Sahjara (perjanjian di bawah pokok).

Kesimpulannya: saya amat cetek, lupa2 bab2 seerah Islam, kalau bab2 sejarah Melayu lagi kurengg, yang tahu lebih cuma sejarah world cup, kisah2 bola dan model2 HPhone. Inilah kelemahan diri yang sangat2 perlu diperbaiki hari demi hari.

Read Full Post »

Celupan Allah

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (138)

Pengajian tafsir yg diikuti telah sampai ke ayat 136 – 139 surah Al Baqarah, Ustaz Daruzzaman yg tegas dalam pengajaran luasnya menyentuh dengan mendalam ayat ke -138 yang mana Allah berfirman berkenaan Agama Islam yang umatnya akan sebati dengannya. Sib’rah Allah di tafsirkan sebagai Celupan Allah. Lalu di gambarkan bagaimana sesuatu yg putih yg dicelup atau dye dengan sesuatu warna kekal, nescaya akan terserlah warna yg dicelup itu. Begitulah hendaknya agama Islam yg kita pegang ini. Sebetulnya perlu terserlah dari diri, perwatakan, pertuturan, budibahasa, tatasusila, hatta cara pemanduan di jalanraya pun perlu kita serlahkan ciri2 keIslamannya…

Ditegaskan oleh tuan guru, Islam yang perlu kita serlahkan adalah datang daripada kekuatan iman di dalam hati sanubari yg berpegang dengan tauhid kita kepada Pencipta.

Dikala kita mengiyakan bahawa kita ini adalah orang Islam, maka keserlahan itu perlu diketengahkan dikesemua anggota badan, bukan hanya dibibir, walhal bibir disolek merah merekah menggoda lelaki lain selain suami,,,bukan hanya diserlahkan dengan pakaian, tetapi pakaian pula seketap pembalut buah nangka, bukan pula dengan wangian semerbak bila keluar bekerja sehingga bisa menarik seramai mungkin kumbang di luar sana. Bagi suami2 pula bukan sekadar Islam kerana bersolat Jumaat di masjid tetapi berjemaah di padang semasa maghrib, bukan pula hanya mengherdik marah bila orang bukan Islam tidak menghormati kesederhanaan kita tetapi mesti juga terasa aurat isteri terbuka…dsbnya.

Read Full Post »

Di mana2 tempat di bumi yang fana’ ini sesiapa sahaja yang mempunyai kedudukan, harta, pangkat dan darjat akan mendapat layanan khas, spt VIP atau untuk yg lebih lagi masuk kategori VVIP. Ada yg mendapat layanan VVIP ini sekadar setempat aje, se kawasan kampung, daerah, negeri je. Maknanya ada VVIP kampung yang tidak akan mendapat layanan seumpama itu bila keluar kawasan, datang je ke bandar maka jadilah mereka tidak di kenali langsung. Ada VVIP yg mendapat layanan istemewa hanya kerana mereka membayar lebih, jadi dapat laluan express, Q express, kaunter express dan macam2 lagi yg nak di expresskan.

Ada juga VVIP negeri yg bila ke luar negeri atau negara akan hilanglah tahap VVIP mereka lalu menjadilah mereka masyarakat sahaya seperti org2 lain. Walaupun ada segelintir yg masih mampu membayar wang sehingga terus mendapat layanan istemewa walaupun sudah ke luar kawasan, namun bila mereka merantau lebih jauh, ke negara yg lebih tinggi kosnya maka sedikit demi sedikit tahap VVIP mereka akan hilang; samada dengan sengaja (nak low profile lah) atau tidak. Cuma beberapa kelompok spt hartawan, ketua2 negara yg akan berterusan mendapat layanan VVIP.

Samada kita sedar atau lupa (atau tidak ambil peduli), di dalam Al Qur’an telah Allah jelaskan bagaimana caranya untuk kita mendapat layanan VVIP bilamana hari pembalasan tiba. Ada difirmankan dalam beberapa ayat mengenai jaminan VVIP yg Allah janjikan kepada golongan manusia biasa (yg bukan dari golongan para Nabi dan Rasul). Itulah jaminan Allah kepada orang2 yg bertaqwa (bukan sekadar org Islam). Seperti firmanNya;

Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. An Nuur 052

Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, sesungguhnya untuk mereka ada taman (syurga) yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka beroleh pemberian di dalam syurga dari semacam buah-buahan, mereka mengatakan: Ini pemberian yang kita terima dahulu, dan kepada mereka diberikan pemberian yang serupa, untuk mereka di dalam syurga ada jodoh yang suci dan mereka kekal di dalamnya. al Baqarah 025

Golongan yg bertaqwa sahajalah yg diberi jaminan Syurga di akhirat kelak. Memanglah telah berbuih2 mulut ustaz2, imam2 mengingatkan kita untuk menjadi ahli golongan ini. Saban waktu Jumaat akan diingatkan oleh khatib supaya kita menjadi orang yg bertaqwa, namun adakah kita sudah mencapai tahap spesifikasi org2 yg bertaqwa?

Kesimpulannya: kepada mereka yg sudah merasai kedudukan dan layanan VVIP di dunia ini, bersyukurlah dan teruslah berusaha untuk mendapat VVIP yg tulen dan kekal di akhirat nanti. Kepada yg masih belumpun sampai ke tahap sipi2 tu (termasuklah si penulis ni), teruslah juga bersyukur dengan nikmat yg diberikan, dan terus beristiqamah untuk mencapai tahap spesifikasi bagi membolehkan ganjaran VVIP di hari kekal nanti. Insyaallah

Read Full Post »

Dalam satu pengajian tafsir, satu topik yang sangat relevan dengan pencarian cinta abadi dan juga peristiwa keganasan Zionis telah dikupas oleh Ustaz Dr Roslan Mohammad UM. Beliau mengupas ayat 33-34 surah Fusilat:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34)

Mengikut tafsir Ibnu Katsir (setakat ini, inilah kitab tafsir keluaran terbaik dan mudah dibaca yang ku jumpai); secara khususnya orang yang menyeru kepada Allah dalam ayat ini adalah merujuk kepada Bilal Ibn Rabah r.a dan Abdullah Ibn Ummi Makhtum r.a. Kedua-dua sahabat ini adalah orang yang akan melaungkan azan dan menyeru para sahabat Rasul s.a.w yang lain apabila masuknya wakto solat. Kehebatan mereka ini sehingga disebut di dalam Al Qur’an. Dari segi tafsiran umum, adalah menjadi kemestian manusia yang mencari cinta Allah itu dari mereka yang sentiasa menyuruh orang lain ke jalan Allah dan pada masa yang sama mereka itu mengerjakan apa yang disampaikan kepada org lain itu. Ini barulah kes cakap serupa bikin or bikin serupa cakap.

Secara amnya, kedua2 manusia yang hebat tadi (Bilal dan Abdullah Ummi Makhtum) adalah manusia yang dari segi fizikalnya tidaklah seindah yang diidamkan. Bilal adalah seorang hamba yang kulitnya diceritakan agak tidaklah cerah. Dan Abdullah Ummi Makhtum pula adalah seorang yang buta. Namun kehebatan dan ketaatan mereka sangatlah tinggi berbanding kita hingga ada ayat Al Qur’an yang khusus ditujukan buat mereka berdua. Inilah bukti nyata bahawa cinta Allah bukanlah pada paras rupa dan kesempurnaan fizikal, tetapi ketinggian taqwalah yang menjadi ukuran.

Dalam pada penderitaan saudara kita di Palestin yang masih dan terus disiksa ditindas ini kita dapat meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah, menghulurkan sebarang bantuan dari segi wang ringgit, doa munajat dan sebagainya, sebagai tanda kasih kepada agama kita.

Read Full Post »

Sepanjang musim cuti panjang yang lalu, begitu ramai pasangan2 pengantin baru yang mengikat janji, ada juga penganti lama yang menyambut hari kesyukuran ulang tahun (ini kes saya lah).

Dalam kesibukan kehidupan duniawi dan menjalankan persedian menuju ke alam yang kekal, menjadi lumrah naluri manusia biasa untuk mendapat pasangan yang akan sama2 mendirikan satu institusi keluarga yang bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang sempurna. Namun sejauh mana kita mengotakan rasa syukur kepadaNya…. walaupun inilah janji kita, seperti yang difirmankan dalam surah Ar-A’raf 189:

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَجَعَلَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَا‌ۖ فَلَمَّا تَغَشَّٮٰهَا حَمَلَتۡ حَمۡلاً خَفِيفً۬ا فَمَرَّتۡ بِهِۦ‌ۖ فَلَمَّآ أَثۡقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَٮِٕنۡ ءَاتَيۡتَنَا صَـٰلِحً۬ا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur. (189)

Sesungguhnya, suami dan isteri yang dipasangkan itu adalah untuk masing2 mendapat ketenangan bersama. Dan apabila dikurniakan nikmat zuriat yang baik, maka kita hendaklah bersyukur, dengan memberi pendidikan rohani dan jasmani yang terbaik untuk anak2 yang diamanahkan itu. Tapi, berapa banyakkah tumpuan yang kita berikan kepada pembentukkan rohaniah mereka? Adakah kita hanya memberi penumpuan kepada penyediaan duniawi mereka sahaja? Ini kena tanya diri sendiri,,, berapakah peruntukan untuk pendidikan rohaniah dan berapa pula untuk pendidikan ilmu duniawi. Tidaklah dinyatakan yg pendidikan ilmu dunia itu tidak penting tetapi kita perlu semak keutamaan yang diberi…

Timbul pula satu persoalan baru oleh Ustaz, adakah kita ini dipandu oleh roh atau jasad kita ini yang memandu roh? Aduih berat sekali persoalannya, sehingga kena tunggu di waktu lain untuk sambungannya.

Read Full Post »

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Seperti yang dijanjikan, dicatatkan nota sambungan kepada tajuk yang sama yang telah dicatatkan dahulu. Dalam perjalanan saya mencari CintaNya, dikurniakan satu peluang untuk mendapat pendedahan ini. Mungkin pada sesetengah jiwa, ianya bukanlah perkara baru, namum bagi saya, selagi kita ada sesaat di dunia, tidaklah mungkin teringin untuk mensia-siakan peluang mendapat peringatan ini.
Sebab-Sebab Kerasnya Hati
Kenapa sebenarnya hati kita menjadi keras? Di dalam kitab ini dinyatakan beberapa faktor penting yang mengeraskan hati kita di antaranya;

• Cintanya Hati kepada Dunia sehingga Melupakan Akhirat
Kalau hati sudah keterlaluan mencintai dunia melebihi akhirat, maka hati tergantung terhadapnya, sehingga lambat laun keimanan menjadi lemah dan akhirnya merasa berat untuk menjalankan ibadah. Kesenangannya hanya kepada urusan dunia belaka, akhirat terabaikan dan bahkan ter-lupakan. Hatinya lalai mengingat maut, maka jadilah dia orang yang panjang angan-angan.

Seorang Alim pernah berkata, “Tidak ada seorang hamba, kecuali dia mempunyai dua mata di wajahnya untuk memandang seluruh urusan dunia, dan mempunyai dua mata di hati untuk melihat seluruh perkara akhirat. Jika Allah menghendaki kebaikan seorang hamba, maka Dia membuka kedua mata hatinya dan jika Dia menghendaki selain itu (keburukan), maka dia biarkan si hamba sedemikian rupa (tidak mampu melihat dengan mata hati).

• Lalai
Lalai merupakan penyakit yang berbahaya apabila telah menjalar di dalam hati dan menetap di jiwa. Akan tertutup pintu hidayah sehingga hati akhirnya menjadi terkunci. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 108;“Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itu lah orang-orang yang lalai”

Dalam ayat yang lain, firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 179 berkenaan orang yang lalai adalah mereka yang memiliki hati keras membatu, tidak mahu lembut dan tidak termakan dengan pelbagai nasihat. Dia bagai batu atau bahkan lebih keras lagi, kerana mereka mempunyai mata, namun tak mampu melihat kebenaran dan hakikat setiap perkara. Tidak mampu membezakan antara yang bermanfaat dan membahayakan. Mereka juga memiliki telinga, namun hanya digunakan untuk mendengarkan berbagai bentuk kejahatan, kedustaan dan kesia-siaan.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A’raf 179)

• Kawan yang Buruk
Ini juga merupakan salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batas, banyak berhibur dengan keterlaluan dan menghabiskan hari-harinya untuk perkara2 yang sia-sia, maka sangat tinggilah kemungkinan untuk terpengaruh dengan keadaan tersebut. Maka berhati2lah untuk berkawan selagi tidak melampaui batasannya.

Terbiasa dengan Kemaksiatan dan Kemungkaran
Dosa merupakan penghalang seseorang untuk sampai kepada Allah. Ia merupakan penghalang untuk hati menuju kepadaNya serta membalikkan arah perjalanan yang lurus.

Kemaksiatan meskipun kecil, terkadang mendorong terjadinya satu kemaksiatan lain yang lebih besar dari yang pertama, sehingga semakin hari semakin bertambah membusut tanpa terasa. Dianggapnya hal itu biasa-biasa saja, padahal satu persatu kemaksiatan tersebut masuk ke dalam hati, sehingga menjadi sebuah busut kemestian yang amat berat untuk dilepaskan, seperti orang ketagihan. Maka melemahlah kebesaran dan keagungan Allah di dalam hati, dan melemah pula jalannya hati menuju Allah, sehingga menjadi terhalang dan bahkan terhenti tak mampu lagi bergerak menuju Allah.

• Melupakan Maut, Kubur dan Kedahsyatan ancamannya.
Termasuk seluruh perkara akhirat baik berupa azab, nikmat, timbangan amal, mahsyar, shirath, Surga dan Neraka, semua telah hilang dari ingatan dan hatinya.

• Melakukan Perosak Hati
Yang merosak hati sebagaimana dikatakan Imam Ibnul Qayyim ada lima perkara; (i) bergantung kepada selain Allah (ii) panjang angan-angan (iii) banyak bergaul dengan sembarang orang (iv) berlebihan makan (v) berlebihan tidur.

Kesimpulannya
Hati yang lembut merupakan nikmat Allah yang sangat besar, kerana dia mampu menerima dan menyerap segala yang datang dari Allah. Allah mengancam orang yang berhati keras melalui firman-Nya dalam surah Az—Zumar ayat 22:

”Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang “.

Persoalannya, apakah langkah2 yang dapat kita amalkan untuk memupuk hati yang lembut dan tunduk dengan kebesaran Allah? Apakah caranya untuk kita menghilangkan rasa keras hati dan menjadikannya lebih terbuka untuk menerima kebenaran Allah?

Bersabarlah, semoga dengan izinNya, InsyaAllah akan dinotakan seterusnya jika ada peluang, dalam siri no3 nanti.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Read Full Post »

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Segumpal daging yang dinamakan hati menjadi sumber pertimbangan, tempat tumbuhnya cinta maupun kebencian, tempat timbulnya keimanan dan kekufuran, tempat timbulnya rasa taubat dan juga rasa keras kepala, menjadi induk kepada ketenangan dan juga kekusutan.

Jika kita mampu membersihnya, hati inilah yang dengan izinNya menjadi sumber kebahagiaan. Namun sebaliknya hati2 yang kusut akan menjadi sumber bencana jika kita terusan menodainya. Lurus atau bengkoknya hati banyak mempengaruhi perangai serta peel seseorang.

Abu Hurairah r.a. pernah berkata
“ Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera, jika raja itu elok, maka akan eloklah pula tenteranya, jika raja itu buruk, maka buruk pulalah tenteranya.

Adakah kita mengetahui samada hati kita ini sebenarnya lembut atau keras?

Tanda-Tanda Kerasnya Hati


· Malas menjalankan ketaatan dan amal kebaikan
Hati yang keras itu malas untuk menjalankan tuntutan ibadah, bahkan mungkin meremeh2kannya, melakukan solat dengan bermalasan dan tiada kekusyukkan dan kesungguhan. Malah ada yang malas dan merasakan berat untuk bersolat atau mengerjakan sunnah.

Firman Allah dalam saurah At-Taubah ayat 54:

“Dan mereka tidak mengerjakan shalat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (At-Taubah : 54)

· Tidak tersentuh bila dibaca ayat2 Qur’an

Hati yang keras itu ialah apabila disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, maka tidak tersentuh sama sekali, tidak mau khusyu’ atau tunduk, dan juga lalai dari membaca al-Qur’an serta mendengarkannya, bahkan enggan dan berpaling darinya. Sedang kan Allah telah memperingatkan dalam surah Qaaf ayat 45:
“Maka beri peringatanlah dengan al-Qur’an orang yang takut kepada ancaman-Ku.”

· Tidak tersentuh dengan ayat2 Qauniyah
Walaupun dengan adanya peristiwa2 seperti kematian, bencana dsbnya, hati yang keras tidak akan terasa apa2. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang biasa, tidak ada apa2, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah :126)

• Berlebihan Mencintai Dunia dan Melupakan Akhirat
Orang yang berhati keras ini mempunyai keinginan dan tumpuan semata2 untuk urusan dunia. Segalanya dikira dari sudut duniawi dan material. Cintanya, bencinya dan hubungannya sesama manusia hanya untuk kepentingan dan urusan dunia sahaja. Akhirnya, terbentuklah dirinya yang egois, berhasad dengki, kedekut, berkira dan tamak terhadap dunia dan apa2 yang ditawarkan di dunia ini.

· Kurang Mengagungkan Allah.
Apabila larangan Allah diengkari, tiada rasa marah di dalam hati2 yang keras. Tiada lagi perasaan untuk mempedulikan amal ma’ruf serta tidak pedulikan terhadap kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.

· Kemaksiatan yang tidak putus-putus
Orang yang keras hatinya akan melahirkan kemaksiatan baru akibat dari kemaksiatan yang telah dilakukan sebelumnya, sehingga menjadi sebuah rangkaian kemungkaran yang sangat sukar baginya melepaskan diri.

Sebab-Sebab Kerasnya Hati
Jadi, adakah kita ini berhati keras atau sebaliknya? Tepuk dada tanyalah iman…
Apakah sebabnya hati kita menjadi keras? Di dalam kitab ini [Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan] dinyatakan beberapa faktor penting untuk kita ketahui. InsyaAllah, akan dicatatkan dalam kelapangan akan datang.

Read Full Post »

Sempena penghujung tahun 1429H dan membuka tirai 1430H sampailah masa untuk kita membuat self-check berkenaan perkara ini: iaitu solat berjemaah samada di masjid2 atau di surau2 di kawasan masing2. Ramai di kalangan kita (termasuk penulis yang daif ini) mengambil mudah perihal solat berjemaah bersama2 qariah yang lain dan kekadang meringankan tuntutan berjemaah hanya kerana tuntutan hal2 peribadi serta hal rumah tangga mendahului kepentingan solat berjemaah di masjid / surau. Ada juga yang berjemaah berdua atau bersama ahli keluarga di rumah, katanya lebih selesa. Moga2 selepas ini, keinginan serta darjat kepentingan untuk berjemaah di masjid / surau akan lebih meningkat, melebihi kepentingan memenuhi tuntutan2 yang lain.

Bagaimana yang kita sedia maklum, seorang hamba wajid memelihara solatnya dan berusaha untuk memperbaikinya setiap kali menunaikan kewajiban tersebut. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 43 yang bermaksud:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”

Apabila diperintahkan untuk rukuk bersama2 orang2 yang rukuk maka perintah untuk berjemaah itu adalah sangat jelas maksudnya. Sehinggakan dalam surah An-Nisa ayat 102, Allah berfirman lagi yang ertinya:

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.”
Terjemahan Al Qur’an dari – Sakhr International

Berkali2 sudah kita diingatkan bahawa tiadalah seseorang yang menyempurnakan wuduknya kemudian berangkat ke masjid, kecuali Allah akan menuliskan baginya satu derajat serta dengannya pula dihapuskan darinya satu kesalahan – Hadits Riwayat Muslim, kitab Al-Masajid 257, 654.
Walaupun sudah di ketahui faedah2nya solat berjemaah di masjid/surau, masih ramai di antara kita termasuk penulis yang masih belum memenuhi tuntutan solat berjemaah tersebut kerana kesedaran diri sendiri yang masih rendah tentang kepentingannya. Moga2 selepas ini perkara ini akan dapat diperbaiki dan dikekalkan selagi nyawa dikandung badan.
Selamat menyambut maal Hijrah 1430H.

Read Full Post »

Saya percaya ramai yang telah membaca liputan ini dari konteks sains, tetapi ingin saya huraikan sedikit dari kontek Islamic gitu untuk rujukan di masa akan datang.
Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai banyak persamaan. Namun ia juga mempunyai beberapa perbezaan. Antaranya:
  • Otak kiri lebih memfokuskan pada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian berkenaan dengan suatu perkara.

  • Otak kanan pula memefokuskan pada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep.

Orang yang mempunyai pemikiran yang baik adalah orang yang memanfaatkan kedua-dua bahagian otak ini. Pendidikan Islam menekankan penggunaan kedua-dua bahagian ini secara serentak. Sebagai contoh, semasa mempelajari ilmu kaedah fikah, penguasaan bahasa serta pemahaman dalil secara terperinci ditekankan. Dengan cara demikian, bahasa yang tersurat di dalam Quran dan sunnah dapat difahami dengan betul. Bagi mencapai tujuan ini, otak kiri perlu dimanfaatkan. Sebagai contoh jika dikaji sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim yang menceritakan.

“Nabi memberi kelonggaran kepada abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka.”

Secara zahir, nas ini menunjukkan kaum lelaki boleh memakai kain sutera apabila mereka menghidap penyakit kulit yang serius. Daripada bahasa tersurat, ulama Islam membuat analisis bagi memahami bahasa yang tersirat di sebalik nas itu. Hasil daripada kajian dan analisis, lahir konsep yang dikenali sebagai kaedah fikah. Kaedah yang lahir daripada nas ini adalah merujuk kepada kecemasan mengharuskan yang haram. Bagi memahami konsep yang tersirat daripada bahasa yang tersurat, otak kanan perlu dimanfaatkan.

Umat Islam dididik supaya menguasai kemahiran interpersonal dengan baik. Dengan kemahiran ini, umat Islam mampu menyelami dam memahami perasaan orang lain melalui bahasa, gaya pertuturan serta bahasa badan yang dilahirkan. Dalam konteks ini, Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud:

(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Bagi memahami perasaan dan emosi manusia melalui bahasa badan serta gaya pertuturan, otak kiri dan kanan perlu dimanfaatkan serentak.

Makan dan minum mempunyai pengaruh pada fungsi otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada karbohidrat kompleks yang baik seperti yang terdapat dalam pasta, bijirin, gandum, nasi dan seumpamanya. Karbohidrat kompleks tidak hanya berfungsi sebagai makanan yang menyalurkan tenaga. Ia juga mempunyai zat-zat logam, vitamin dan bahan serat yang penting bagi kesihatan manusia.

Sebaliknya, karbohidrat biasa yang terdapat dalam gula-gula, coklat, sirap dan air botol bergas, hanya mempunyai kalori tanpa vitamin dan zat. Justeru, ia sewajarnya dijauhi. Kajian juga menunjukkan vitamin B perlu untuk kesihatan otak dan kekurangannya boleh menyebabkan kemurungan, sakit mental dan gangguan daripada sudut intelek. Mengambil ikan juga baik bagi otak kerana ia kaya dengan protein. Selain daripada itu, minyak ikan kaya dengan asid lemak terutamanya omega-3. Omega -3 berkhasiat kerana ia mencegah daripada strok.

Read Full Post »

Siapa di kalangan kita yang tidak teringin untuk menjadi kaya, hartawan, wangwang, dsbnya. Saban waktu kita didedahkan dengan pelbagai tawaran wang mudah, harta, modal kecil tapi pulangannya berlipat ganda, terutama di zaman2 ekonomi gawat yang dijangka akan lebih gawat pada 2009 nanti.
Namun, bilamana menjelajahi siri B.A.S.S (baca – amal – sebar – sabar) aku diketemukan dengan satu hadith dari Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. (i) Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). (ii) Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad), Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
Sekali imbas, bunyinya seperti lebih baik untuk tidak menjadi hartawan daripada menghadapi hisab yang berat dihari perhitungan kelak. Walaubagaimanapun, dengan B.A.S.S yang lebih mendalam, kita akan bertemu dengan satu rangkap ayat Al-Qur’an surah An-Nuur ayat 37 – 38 yang maksudnya:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Voila!, kuncinya ada banyak dinyatakan di dalam kitab suci kita ini, termasuklah ayat di atas. Dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan dihisab seadil-adilnya, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam ayat An Nuur di atas.
Siri Jutawan ini akan diperhalusi dihari2 mendatang dengan izinNya.

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »